Khamis, 5 Jun 2008
Harga minyak naik lagi....
Berkuatkuasa hari ini, harga minyak akan naik 40% kepada RM 2.70 seliter. Harga diesel pula naik 63% kepada RM 2.58 seliter. Kenaikan kedua-dua bahan apa ini adalah kenaikan yang cukup keterlaluan ditambah pula dilakukan secara mendadak. Kenaikan harga minyak memang sudah dijangka lama tetapi yang tidak dijangka adalah pengumuman kerajaan untuk menaikkan harga minyak pada kadar yang cukup tinggi.
Harga minyak global sudah mengalami kenaikan sejak beberapa bulan yang lepas. Awal tahun 2008, harga minyak dunia telah mencecah USD100/barrel. Kemudian harga minyak terus naik sehingga paling tinggi dicatatkan pada 22 May apabila mencecah USD 135.14/barrel. Walaupun harga minyak mengalami naik turun sepanjang tahun ini (lebih banyak naik daripada turun), harga minyak masih berada di tahap yang cukup tinggi. Harganya masih melebihi USD100/barrel.
Minyak adalah satu perkara yang sangat sensitif. Kesannya cukup besar dalam ekonomi. Apa yang dikesalkan kerajaan menaikkan harga minyak pada kadar yang keterlaluan dalam satu masa. Sebaik sahaja orang ramai mengetahu tentang kenaikan harga minyak, orang berpusu-pusu ke stesen minyak untuk mendapatkan minyak sebelum naik keesokannya.
Yang kita lihat kesesakan yang berlaku kerana orang ramai berebut-rebut membeli minyak adalah yang paling teruk pernah berlaku. Saya rasa jika kenaikan minyak dalam lingkungan 10%, kesesakan tidak sebegini teruk kerana akan ramai yang beralah. Tetapi kerana kenaikan yang cukup tinggi - 40%, majoriti besar tidak mahu mengalah untuk membeli minyak walaupun beratur panjang.
Perkara lebih besar yang kita bimbangkan ialah 'domino effect' kenaikan harga minyak. Sebelum ini pun kita sudah mendengar Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) meminta tambang bas (bas ekspres, bas mini dan bas henti-henti) dinaikkan sehingga 100% dengan alasan khuatir syarikat bas akan menghentikan perkhidmatan satu demi satu kerana sudah tidak mampu lagi untuk menanggung kos operasi yang kian meningkat. Harga beras sudah pun naik. Dengan kadar baru yang ditetapkan kerajaan, sudah ada peruncit yang merungut kerana dikatakan untung sangat tipis dan 'cukup makan'.
Selepas kenaikan minyak, saya pasti kita akan mendengar bertubi-tubi sana-sini harga barang yang akan naik. Peniaga seperti biasa akan memberikan alasan terjejas kerana kesan kenaikan harga minyak yang antaranya mereka terkena tempias daripada kesan kenaikan kos pengangkutan. Orang ramai akan merasai kesengsaraan harga barang dapur yang akan meningkat, tambang bas anak-anak sekolah yang juga berpotensi untuk naik, makanan dan minuman yang dijual di restoren, gerai, kedai makan juga tidak terlepas untuk kita sama-sama merasai pesta kenaikan harga barang. Mungkin sebagai salah satu program pelancongan Malaysia, kita boleh masukkan sekali program 'Karnival Harga Barang Naik Malaysia' yang diadakan setiap 3 bulan sekali.
Ramai di antara kita yang merungut tentang kekerapan harga minyak yang naik lebih daripada 2 kali setahun. Tiada siapa yang benar-benar mengira beberapa banyak peratusan kenaikan yang ditanggung semua. Harga minyak naik, harga barang naik. Namun yang menyedihkan kita, kadar kenaikan harga minyak dan barang adalah lebih tinggi daripada kenaikan gaji tahunan kita secara purata. Itu pun bukan semua antara kita yang mendapat kenaikan gaji.
Jadi apa yang berlaku ialah, secara tidak sedar setiap tahun kita semua menjadi lebih miskin. Persoalannya, jika kenaikan harga barang dan minyak yang kita tanggung saban tahun melebihi 50%, adakah wajar untuk kita meminta majikan kita - "Boss, harga barang & minyak naik banyak setiap tahun. Minyak baru-baru nie pun dah naik 40%. Tarif elektrik pun dah naik. Harga barang bakal menyusul. Gaji kita boleh tak dinaikkan paling kurang 25% setahun ??".
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
19 ulasan:
harga minyak naik, harga semua brg naik
termasuk la harga anak dara...hehe
Saudara Nadzri,
Fenomena harga minyak naik, dan harga minyak naik sudah dijangka.
Mungkin pakar ekonomi akan memberi gambaran bahawa harga minyak naik disebabkan INFLASI TINGGI ataupun ekonomi dunia tidak stabil.
Hakikatnya inilah akibat manusia yang bertuhankan Amerika. Jawapan kepada kenaikan harga minyak dan harga barang ialah PENGGUNAAN WANG KERTAS (LEGAL TENDER).Semua tahu yahudi control dunia melalui Amerika.Dan Amerika telah menghapuskan wang ringgit bersandarkan emas. Kini matawang dunia tidak lagi bersandarkan emas, tetapi berdasarkan Demand and Supply USD. Tetapi kita tidak sedar bahawa US is still keep on printing USD currency. In other words, US is creating a lot of money right now.Paper money eventually returns to its intrinsic value ---- zero.
We are in danger of being overwhelmed with irredeemable paper, mere paper, representing not gold nor silver; no sir, representing nothing but broken promises, bad faith, bankrupt corporations, cheated creditors and a ruined people.
Money is the most important subject intellectual persons can investigate and reflect upon. It is so important that our present civilization may collapse unless it is widely understood and its defects remedied very soon.
Bankers own the earth. Take it away from them, but leave them the power to create money and control credit, and with a flick of a pen they will create enough to buy it back.We need to come back to our Dinar and Dirham
betol tuh.. i sokong.. hantaran pun terpaksa naik... hahahaa
Assalamualaikum Sdra Nadzri,
Mohon izin beri komen dlm blog Sdra.
Saya tertarik dgn tulisan tentang 'domino effect' Sdra.
Kalau ada masa, kupas lagi dgn skop yg lebih besar.
Tkasih.
Saya dengan ini mengusulkan undi tak percaya kepada pak lah!..minta pak lah turun atau diturunkan secepat mungkin!!!
Good write up..
utk lan,
kalau pak lah turun pn..selesai masalah ke?
Saya selaku ahli UMNO berasa amat malu di bawah kepimpinan Pak Lah.Perkara-perkara seperti :-
1.Kenaikan harga minyak melampau selepas jaminan berlaku pada Ogos ini.
2.Kekalahan Pulau Batu Puteh
3.Gambar tertidur sana sini
4.Gambar dengan Michelle Yeoh
5.Isu MB Terengganu
6.Perlantikan Zaid Ibrahim
7.Tiada rasa hormat pada Tun Dr.M
8.Kehilangan kuota yang banyak dalam JPA untuk anak Melayu
9.Kegagalan mempertahankan 2/3 majoriti.
10.Pelbagai lagi perkara yang tak tersenarai.
UMNO kini menjadi perlekehan ahli lawan & juga ahli komponen BN.
Sewaktu saya dulu Universiti dahulu, ketika ramai rakan-rakan saya menyokong Anwar Ibrahim & pembangkang, amat senang untuk berhujah dan menjelaskan rasional & tindakan Tun Dr.M
I am bit agree with Nizam Sukarbi.
What say ya Nazri?
http://redssays.blogspot.com/
saudara nazri,
tahniah,kupasan yang komprehensif mengenai kenaikan harga minyak.saya bersetuju dengan pandangan saudara.
kenaikan mendadak harga minyak juga di sebabkan pembangunan pesat negeri cina dan india.walaupun demikian harga tinggi minyak di pasaran dunia di jangka akan membawa kepada kelembapan ekonomi dunia.apabila itu terjadi,pemintaan terhadap bahan api akan merosot lalu menyebabkan harga minyak turun...
kemelesetan ekonomi dunia akan membawa bersamanya kesengsaraan kepada jutaan manusia,terutamanya di benua afrika,india,sri langka dan banyak lagi penduduk-penduduk dunia yang miskin.
kesimpulannya ialah,masa hadapan kita nampak gelap........
Hi Nadzri, thanks for ur comment.. ur blog is great..
hi nadzri,
im just wondering.. based on what I read in CIRU online (u shud know this) the oil price per barrel is expected to raise around USD 250 in 2009 if the fuel price keep on hiking using the same trend. that is almost 100% increase from the current per barrel price.
will the fuel price here reach rm5.40 per litre then?
p/s: 25% salary increase per year is damn good news :P
salaam saudara nadzri,
harga minyak dah naik tu, tak boleh nak kata apa, nak harap turun pun dah tak boleh... jadi aku tak sesekali harap minyak akan turun, cukuplah kalau PAKLAH yg TURUN!!!
SUARA RAKYAT UNTUK MALAYSIA!!!
http://suararakyat.iblogger.org/
Well, looking at the scenario, our "current" status as "NET" oil exporter simply means that we export more crude oil than we import them.
Logically speaking, assuming they are at the same price (exported oil $ = imported oil $), the country won't stand a chance of losing if the world oil price keep going up.
But the truth is, our exported oil is even of higher quality & price.
I think we can't blame Petronas because it has done its duty by paying the dividends, royalties, corporate tax, petroleum tax etc to the Government, and it is the Govt who set the price of gasoline at the petrol station.
Just my 2 cents.
Aku Juga Ingin Marah Pasal Minyak!
Geramm? bila Polis kata 'jangan'?
Malaysia 'selamat' dari amalan demokrasi! Yahoo!
+++
Bila kerajaan Malaysia menaikkan harga minyak, aku rasa, akulah manusia yang paling seronok sekali. Bukan sebab aku ada kontrak atau apa-apa hubungan bisnes dengan kerajaan. Jauh sama sekali kalau nak katakan yang aku seorang kapitalis bermisai. Aku masih miskin fizikal.
Bermula satu bulan lepas, sampai sekarang, aku adalah seorang pengguna harta benda awam. Kehidupan aku sekarang bergantung kepada kenderaan awam dan telefon awam. Aku sekarang bukan penguna langsung minyak.
Aku seronok bila kerajaan telah menaikkan harga minyak. Yang mana sudah tentu akan menaikkan sensitivity massa terhadap kehidupan masing-masing. (Baca: social, ekonomi, dan politikal). Seorang perempuan yang sebelum ini mungkin tak pernah terlintas difikirannya untuk membunuh Pak Lah, telah, dengan marahnya dan lawaknya memberitahu aku (dan mengajak aku!) untuk membunuh Pak Lah. Ganas bukan?
Minyak memang berkuasa. Lebih berkuasa dari pengetahuan.
Setakat hari ini, aku masih belum jumpa sesiapa yang menyokong tindakan Kerajaan Malaysia. Atau mungkin aku terlepas pandang? Pergi mampuslah. Daripada pemandu teksi, sampailah kepada pensyarah, mereka memang tak puas hati. Pensyarah aku mengomel mengenai kos minyaknya untuk sebulan, Rm 1007, hanya untuk datang mengajar. Takpa la, dia kaya.
Tapi macam mana dengan seorang pelajar, yang mempunyai kereta, atau motosikal? Macam mana dengan penganggur? Macam mana dengan golongan kelas bawah, yang sudah tentu merasai dengan hebatnya kenaikan minyak ini? Apa agaknya tindakan kerajaan Malaysia untuk mereka? Dan apa efeknya kenaikan harga minyak ini untuk kerajaan?
Dengan kadar pengangguran, dan kemiskinan yang akan meningkat, membuatkan kata-kata Aristotle terngiang-ngiang atas kepala aku, “Kemiskinan akan membawa kepada dua benda, jenayah, atau revolusi”
Adalah lebih baik, kerajaan terus menerus menaikkan harga minyak. Sekurang-kurangnya, akan ada orang yang akan cuba memahami perkataan-perkataan seperti ‘perubahan’, ‘reformasi’, ‘angkat kalih’, ‘tukar’ atau mungkin ‘revolusi’?
Apa laa bodoh pak lah nie.. Kalo minyak naik brg2 mesti naik. Tgk skang ape dah jadi. Kate boleh kawal. Kalo naik cukai hiburan, rokok, minuman keras x pelaa.. BAHLUL punyer PM
Aper? minyak naik.. ish2.. biarlah naik.. biar rakyat susah dan merempat.. biar jer.. malaysia kan boleh!! MALAYSIA BOLEH
Minyak naik..? xpe2.. malaysia boleh.. lagipun biarlah rakyat merempat dan merana.. kita kerajaan kena buat duit utk kita dulu.. wat pe bagi rakyat senang.. nnt diaorg lupa diri.. aku rs mcm nih lah pemikiran pak lah..
Catat Ulasan