Sabtu, 31 Mei 2008

Selangkah ke Alam Misteri



Malam kelmarin, 29 Mei 2008 (malam Jumaat) saya telah bersama dengan seorang pengurus syarikat (bahagian sumber manusia) dan beberapa staf untuk menyertai satu 'operasi menghalau makhlus halus'. Kami berkumpul terlebih dahulu pada jam 9.30 malam untuk mendengar taklimat dari Ustaz Abu Bakar di tempat parking hadapan bangunan Main Office. Semua yang hadir sebelum itu telah diingatkan supaya mengambil wudhuk sebelum sampai. Apabila semua sudah berkumpul, kami beramai-ramai diminta beristighfar. Kemudian membaca Surah Al-Fatihah, 3 Qul (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, dan Surah An-Nas) dan Ayat Kursi. Kami kemudian diminta selepas ini agar bertasbih di setiap perhentian yang kami lalui apabila diarahkan oleh uztaz.

Lebih kurang 10 minit kemudian, kami pun mula bergerak. Perhentian pertama, bangunan Main Office. Ustaz telah dimaklumkan bahawa pernah ada beberapa gangguan makhluk halus ke atas staff yang biasanya seorang diri bekerja lewat malam. Sampai sahaja, Ustaz mula membacakan beberapa petikan ayat Quran. Kemudian kami diminta bertasbih. Kemudian Ustaz meneruskan bacaan yang agak panjang. Sesekali Ustaz berhenti. Semakin lama bacaan Ustaz menjadi semakin kuat dan nyaring. Beberapa orang yang berada di situ sudah mula berubah air muka, mungkin menjadi pucat. Saya ada terdengar ustaz berkata, "ukhruj, ukhruj". Kalau tidak silap saya perkataan Arab ini bermaksud "keluar, keluar". Suara Uztaz semakin nyaring. Setelah selesai semua, Ustaz bertanya kepada semua. "Ada rasa apa-apa kelainan?". Dalam hati saya terdetik - ketika mula-mula masuk bangunan, suhu agak panas kerana air-cond bangunan yang sudah lama dipadamkan. Tapi ketika suara ustza semakin nyaring membaca ayat Quran, saya dapat merasakan angin dari dalam bangunan dan suhu yang berubah menjadi agak dingin. Apapun, ada yang menjawab, "Bulu tengkok makin meremang, ustaz.." Ustaz pula membalas yang lebih kurang begini jawapannya, "Apabila dibaca ayat-ayat ini, jin-jin dan syaitan akan lari. Kenapa kita pula yang perlu takut. Mereka lari dan kita sepatutnya makin maju ke depan".

Ustaz mengingatkan semua supaya setiap kali sebelum sampai ke tempat kerja untuk berkata "Masya Allah". Dalam perjalanan ke tempat kerja, elok dibaca Ayat Kursi. Perjalanan kami kemudian diteruskan ke warehouse di sebelah. Ustaz meminta pintu warehouse dibuka. Kemudian kami berjalan masuk ke dalam warehouse yang mempunyai ruang yang cukup besar. Seperti biasa uztaz mula membacakan beberapa potong ayat Quran. Yang lain ikut turut serta beberapa ayat dan bertasbih. Ada yang mula memandang-mandang ke atas.

Perjalanan diteruskan pula ke kawasan plant. Bunyi bising mesin yang beroperasi menenggelamkan suara uztaz membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Setelah selesai, ustaz memberi nasihat jika ada terserempak dengan makhluk halus, segera ingat pada Tuhan dan berzikir. Jika kita ingat pada Tuhan, Tuhan akan sentiasa mengingatkan kita. Kami singgah sebentar di warehouse berdekatan dan ustaz berkumat-kamit seperti biasa. Kemudian kami beredar ke perhentian seterusnya, pos pengawal keselamatan. Apabila sampai, salah seorang pekerja syarikat telah menceritakan kepada saya tentang seorang pengawal keselamatan yang telah berhenti kerana tidak tahan diganggu. Dia sendiri pernah melihat dengan mata kasar, makhluk halus yang menjelma di depan mata. Pos keselamatan tersebut di luarnya boleh dikatakan agak terang. Cuma, ia terlalu jauh dari orang ramai. Saya dapat bayangkan jika 'black-out', mungkin yang lemah semangat akan lari lintang-pungkang. Di sebelah kiri terdapat hutan kecil yang belum diteroka. Di sebelah kanan pula merupakan kawasan hutan yang telah dilenyapkan untuk membina plant baru. Ketika berhenti di sini, kami dapat melihat uztaz mengutip beberapa buah batu dan dibalingkan ke beberapa arah kawasan hutan kecil tersebut. Ustaz berkata, "jika kita membaca ayat Tuhan dan yakin dan kita berniat untuk menhancurkan jin, dengan izin Tuhan makhluk tersebut boleh hancur."

Perjalanan kami diteruskan lagi. Kali ini ke jeti pula. Kami berhenti di temapat parking kerete di tepi jeti. Dikatakan ada orang pernah nampak lembaga seakan-akan dilitupi kain putih berlegar-legar di sini. Uztaz seperti biasa membaca ayat-atat suci Quran. Saya mula merakamkan suasana persekitaran menggunakan handphone. Perjalanan diteruskan pula ke pos keselamatan pintu keluar. Suasananya kurang menyeramkan berbanding dengan pos sebelumnya. Diceritakan ada orang pernah nampak lembaga bertenggek di luar pos keselamatan.

Dan seterusnya kami ke Site Office. Lampu dihidupkan. Ustaz berjalan sampai ke hujung dan sekali lagi membacakan ayat-ayat suci Quran.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aik.. dah habis ke story ni??.. nak lagi.. hehhee

Tanpa Nama berkata...

Tahniah saudara, bukan mudah untuk mencari pengalaman berharga seperti ini.
Pesan tuk guru saya, Datuk Ismail Kamus (orang panggil Bapak Ghost Buster) kita tidak perlu takut pada jin iblis laknatullah, tp kita perlu tanamkan keyakinan yang tinggi terhadap Allah Taala.
Jgn lupa amalkan surah Al Ikhlas selalu

Iqbal AG berkata...

Semalam baru 29 Mei. Macam mana boleh jadi 30 Mei?

pelik dan penuh misteri sungguh

Tanpa Nama berkata...

Kenape tak ajak member-member Seekers?

azlishukri berkata...

cerita yang baik dan menarik

raja2u berkata...

Sdr Nadzri,

Kampong saya di Slim Village , Perak dalam keadaan terbiar selama 50 tahun. Usaha untuk membangunkannya selalu gagal seolah-olah ianya menunggu sesuatu sebelum ianya pulih kembali. Ya banyak cerita mengenainya dan sebahagian berkaitan dengan Jin.Panduan dalam Al-Qur'an mengenai Jin mudah sahaja.Jangan puja dia kerana ia akan menjadi besar kepala yang kesudahannya menyusahkan kita.

Sila maklumkan jika ada sambungan kepada episode ini.

Raja Abdul Rahman Dain

Tanpa Nama berkata...

mcm main game silent hill plak bila baca cter nih..

..ade jumpe antu x?

Tanpa Nama berkata...

cerita2 berkaitan mistik sememangya sentiasa menarik minat masyarakat melayu kita...

Tanpa Nama berkata...

MMM...menarik, tapi mana climaks, mcm jalan-jalan jer..

Tanpa Nama berkata...

lihat web saya ni. Mungkin kita boleh lihat sesuatu. http://www.morhabshi.com/morhabshi.html

Tanpa Nama berkata...

aku duk bangi,kat surau annur..dulu heboh ada budak ilang kat utan sebelah surau aku..dtgla bomoh konon2 nk jd hero slamatkn keadaan la..ntah ape dia jampi2,mtk lada itam la bwang la..ckp jin yg colek tu kuat la,pstu dia ckp donwori psl dia dh antar tentera dia pi carik..dr tghmlm smpai ke sbuh la nengok bomoh tu..bsila je dia tepi jln raya..

last2 tk jmpa gak bdk tu..

keesokan harinya member aku ckp bdk yg dikatakn ilang tu tido sblh umh dia..lari umh ke hape..

celaka pnye bomoh..

Tune Talk Tone Excel berkata...

ini ceta betol ke dongeng huhuhu.Macam real je? ok tempat opis u ada mahluk ghaib jin,iblis , syaitan dan lain-lain ok lah tu dah bawa ustaz untuk halau mahluk yang tak berkaitan hadir kat opis tu. Kalau mahluk tu datang lagi jangan halau suruh ustaz tu tangkap dan bubuh dalam botol boleh buat pameran huhuhu.. assalamualaikum

Tanpa Nama berkata...

Saya sekadar ingin berkongsi dengan apa yang kawan saya lalui.

Lebih sepuluh tahun kawan saya didengki orang MELAYU atas kesalahan - bersembahyang dan mengaji.

Untuk pengetahuan saudara Nadzri, orang yang mendengki ada membela jin bangsat syaitan nirrojim untuk melindungi dirinya. Orang mendengki tu tinggalnya tidak jauh; berdekatan rumah je. Sebaik terdengar laungan azan, solat jemaah dan mengaji membuatkan belaannya lemah; ada yang mati juga dan pendengki turut merasa tempias kepanasan berkat dari ayat² suci Al-Qur'an.

Tidak puas hati, lantas mengupah seberapa banyak bomoh jahanam untuk menamatkan riwayat kawan saya sekeluarga dengan harapan dapat berhenti terus dari mengaji dan bersolat.

Dalam jangka masa itu, bukan hanya satu atau dua orang yang mendengki..sedara mara, tok nenek, kawan², sedara mara punya kawan², kawan² punya sedara mara, sedara tok nenek punya sedara mara punya kawan pendengki turut serta mendengki. Mereka mengupah seberapa banyak bomoh² jahanam. Dari selatan tanah air sampai utara, dari bandar hingga ke hutan termasuk di negara² jiran, bomoh² jahanam diupah, untuk memberhentikan kawan saya daripada melakukan amalan dan ajaran Al-Qur'an.

Setiap kali orang yang mendengki berjumpa bomoh, selepas dipuja² ntah hape bende melalui doa² merepek bomoh tersebut, hantu syaitan biadab pasti akan datang ke rumah kawanku ini, dan menyebabkan ibunya pengsan. Mujurlah ibunya kuat pegangan dan amalannya, hanya menyebabkan ibunya pengsan setiap kali ada syaitan nirrojim ni datang dan berkomunikasi melalui ibu kawanku.

Memang dah lumrah sifat syaitan nirrojim melaga²kan manusia, maka terbongkarlah celaka mana yang menghantar, celaka mana yang mengupah bomoh jahanam, dari mana dia dihantar, bomoh jahanam mana yang buat keje; malahan rahsia² sedara mara kawanku ini juga habis diberitahu.

Kebetulan salah seorang pakcik kawanku berada sewaktu ibu kawanku pengsan, habis ditempelak dan dibuka rahsia perbuatan tak betul pakcik kawanku itu oleh syaitan nirrojim tersebut.

Tidak puas hati dan berasa malu kerana apa yang diberitahu adalah benar, maka tidak lama kemudian, pakcik kawanku turut mengupah bomoh celaka supaya membunuh ibu kawanku agar segala kegiatannya tidak terbongkar.

Bodoh juga kat situ, dah tau rahsia bocor kat situ, hantar syaitan nirrojim juga, kan dah kawanku sekeluarga bole tau. Malah pakcik kawanku itu, turut bertanggungjawab memfitnah ayah kawanku itu dgn mengatakan ayah kawanku membela syaitan nirrojim. Dia juga menggunakan bomoh celaka untuk mengenakan adik beradiknya (pakcik makcik kawanku ini)yang lain agar menurut kata² dustanya. Bermulalah era di mana kawanku sekeluarga dipulau sedara mara.

Dalam 10 tahun, serangan bertalu² dari segala jenis syaitan nirrajim, dari yang sekecik² bajang/polong sampailah ke Ifrit, semuanya pernah dilaluinya sekeluarga. Pernah Ifrit dari Myanmar dihantar, memang kuat kata kawanku kerana ifrit celaka tu cakap kat Myanmar tak banyak orang sembahyang. Kat Malaysia tak berapa kuat kerana ramai orang Malaysia bersembahyang.

Cuba bayangkan secara logik, apakah mampu kawan saya hanya sekeluarga melawan serangan musuh bertalu² dari segenap pihak? Hantu syaitan nirrojim dah dibunuh akan tetapi, nak menghentikan si pendengki² celaka tu daripada terus mengupah adalah amat sukar. Banyak wang habis sehingga pernah ketiadaan makanan utk beberapa minggu.

Sehingga hari ini, alhamdullilah jumlah musuhnya sudah berkurangan. Hanya usaha, berserah dan memohon pada Allah Taala menentukan segalanya. Mereka masih lagi meneruskan amalan sepertimana orang Islam. Kawanku sekeluarga masih lagi berjuang… SEMOGA ALLAH MELINDUNGI..

Mahu ambil kesempatan juga untuk mengingatkan kepada peniaga².. jangan sekali² kamu pergi berjumpa sesiapa untuk mencari pelaris.. pelaris itu sebenarnya adalah syaitan nirrojim yang diberikan kepada kamu.. kamu mati, benda tu jadi saka, kamu sendiri tidak sedar secara tak langsung kamu membela syaitan nirrojim..masyaallah.. 7 keturunan kamu menanggung.. mahukan pelaris perniagaan, mohonlah pada ALLAH terus..Dialah yang menurunkan rezeki.. Jangan merungut kalau perniagaan tak maju, itu hanyalah ujian daripada Allah..

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang² yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang² yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Maaf, betulkan saya kalau silap...

Asslamualaikum..

MalayMind berkata...

Bagi aku, alam ghaib ni memang wujud. Tapi, aku agak 'keberatan' untuk menerima kebanyakan perkara yang selalu dikaitkan dengan alam ini tanpa melihatkan bukti-bukti sahih.

Namun begitu, usaha untuk menghalau mereka adalah suatu perkara yang baik, kalau dah sampai tahap menganggu golongan manusia.

PengiranCinta berkata...

dptkan buku termahal di malaysia "99 Jelmaan Makhluk Halus Dengan Antropologi Melayu"...hanya dicetak dlm 99 naskah..layari,
http://www.uncleseekers.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

kepada malaymind..

kamu keberatan nak percaya kerana kamu hanya boleh melihat yang zahir sahaja..

tak mustahil bagi kami, kalau kamu katakan keberatan untuk menyatakan Allah dan malaikat itu wujud..kerana kamu tak nampak..dikalangan kita sebenarnya ada makhluk lain lagi yg hidup macam kita, ada family, ada tamadun..

yang menggangu manusia tu, kamu kan baca Qur'an..apa janji syaiton nirrojim masa diminta tunduk kepada nabi adam s.a.w?

kalau anjing datang mengacau kamu, paling kuat, kamu halau, kamu bole ambil batu baling.. n kalau boleh, kamu sepak je..tp kalau syaitan nirrojim tu kamu nampak, mesti kamu pun buat mcm tu juge..

sebab tu turunnya Qur'an jadi panduan..di ajarkan juga cara untuk menghalau syaiton nirrojim.. jadi maknanya kalau kamu betul beriman pada Qur'an..itu bukti sahih bahawa benda² tu wujud.. Allah Maha Mengetahui..subhanallah..

raja2u berkata...

Raja2u

Qur'an mengesahkan adanya makhlok ghaib. Yang penting kita tidak memujanya kerana itu akan menjadikannya besar kepala dan dengan itu akan menguasai kita.

pencetus strategik vision

NeoLoGy berkata...

Kalo korang rase korang penah kena ganggu dek makhluk gitu..atau anda mungkin penah disihir, panas baran, ringan tangan..asik nk pukul je..cuba guna rawatan/terapi ruqyah syari'ah. First, bleh test dulu..kalo ada simptom2 dia..maknanya terdapat gangguan jin ataupun sihir. terapi ni bleh dapat percuma di http://blog.neologylab.com/?p=327 .nak tau lebih lanjut, baca sket nota kat blog tu.

rawatannya berasaskan ayat2 al-quran. cuma perdengarkan sahaja ruqyah itu dibaca..dan check simptomnye..

saya sendiri dh cuba..mmg terasa simptom2 tu..sy penah diganggu jin..mungkin juga ia masih berdamping dgn saya.

So, mengikut kaedah terapi ni, saya diminta mendengar mp3 ruqyah syari'ah ni 3 kali sehari selama sebulan..sy pn download mp3 ruqyah ni dan masuk dlm henpon..bila nk tido..saya dengar..sy masih dalam proses..semoga saya sembuh dari gangguan..

satu je syarat utama, kita kena ingat..ruqyah ini tidak mempunyai kuasa untuk menyembuh..hanya Allah yang mampu menyembuhkan kita..anggap ini sebagai usaha kita untuk mengubatinya..