Isnin, 23 Jun 2008

Protes Kenaikan Harga Minyak: Berbasikal ke Parlimen


4 orang Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat telah berkonvoi hari ini dengan menaiki basikal dari Bank Negara jam 9.30 pagi ke Parlimen. Mereka tiba di sana lebih kurang 10 minit kemudian.

Mereka yang terlibat ialah: YB Tian Chua (Batu), YB Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan) ,YB Gobalakrisnan (Padang Serai) & YB Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru).

Semalam, dalam blognya YB Zulkifli Nordin sudah memberitahu yang beliau bersama 3 orang Ahli Parlimen, Pakatan Rakyat akan berbasikal ke Parlimen sebagai tanda berkongsi kepayahan bersama rakyat.

Kalau betul hendak berkongsi kepayahan bersama rakyat, diharap semua Ahli Parlimen di atas akan terus berbasikal setiap kali menghadiri sidang Parlimen sehingga pilihanraya seterusnya. Kepayahan rakyat memang patut dirasa bersama oleh pemimpin. Bak kata YB Zulkifli Nordin setelah selesai berbasikal ke Parlimen, "Boleh tahan jugak nak mengayuh ke Parlimen. Berpeluh ketiak." Harapan saya semoga semua ahli Parlimen di atas akan terus berbasikal ke Parlimen. Kita tunggu dan lihat.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagusla tu..tp harap janganla hari ni je..teruskanla sampai YB2 lain pun ikut naik basikal..

zulkufli.umcced@gmail.com berkata...

Saudara,
Saya bersetuju dengan protes yang dilakukan oleh wakil rakyat PKR walaupun ianya dipandang remeh oleh BN atau sebagai satu jenaka.

Apa yang penting disini ialah berapa lamakah BN akan membiarkan 'sindrom protes' ini berlarutan tanpa satu penyelesaian ekonomi yang kukuh. Kita tidak mahu haru-biru dalam usaha ini seperti menyekat penjualan bahanapi kepada negara jiran dan 2 hari selepas itu ditarik balik.

Kemudian gaji 2 minggu sekali di istihar Pak Lah akhirnya akan dikaji semula.

Terbaru Najib pula menyampaikan idea, 2 Pam, satu khas untuk rakyat asing dengan harga biasa mengikut pasaran dunia. Saya amat harian, barangkali BN agak keliru dalam mengatur atau susun cara pemyelesaian masalah. Apakah terlalu tandus cendekiawan dalam BN? Atau sudah berlaku migrasi besar-besaran cendekiawan dari BN ke Pakatan Rakyat terutama PAS.

Saya anjurkan kita membuat kajian ini kerana saya sendiri telah membuat kajian tersebut serta mempunyai jawapannya.

Sekian
Zulkufli
zulkufli.blogspot.com

Akar Umbi berkata...

Nadri,

Tengok dari "bin" aku teka kau budak kg delek, betul tak? Aku pernah 2 minggu kat SAS, lepas tu cabut masuk sekolah biasa. Dulu kat belakang tu, kita org panggil Texas, bandar TR tak ada lagi.

malay-machista berkata...

dear Nadri,
the problem i face nowadays is this...
so many politicians making so many symbolics, symbolising so many things, as if they really care and really understand the bitterness and hardship we - the marhaen- are facing.
truth is, i can't really bring myself to believe them, not anymore...
they are more or less the same,doesn't matter which side they are from, when u really look deep into them, u'll see hunger for power, greed for position. not all of them of course, but enough to put off my trust in them

Admin berkata...

Salam,

Saya telah link kan blog saudara di dalam blog Minda Intelek Melayu.

All the best.

Tq.

Dr Novandri Hasan Basri.
http://novandri.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Salam Saudara,

Kami faham apa yang cuba disampaikan.

Tetapi kami juga ingin tahu apakah yang ingin dilakukan Pakatan Rakyat dalam mengatasi masalah ini.

Penurunan harga minyak akan menyebabkan semakin banyak kereta di jalan raya, semakin sesak, semakin banyak rungutan.

Nanti kena buat lagi banyak jalan...maklumlah, kerajaan bersifat populis.

Salam,

http://umnodu.blogspot.com

Mohd Nadzri Kamsin berkata...

bdk_kg,
Kalau semua YB berbasikal pun menarik.

zulkifli,
Secara umunya saya bersetuju dengan pandangan saudara tentang keputusan tunggang-terbalik kerajaan pimpinan Pak Lah.

azlan,
Saya bukan orang Kg. Delek.

malay-machista,
This is more a kind of cheap publicity.

dr novandri hasan basri,
Dipersilakan.

umnodu,
Harga minyak naik, orang sudah mula berkurang dari segi penggunaan kereta. Yang lebih kita utamakan ialah, kita tidak mahu kenaikan harga minyak yang seperti biasa menyebabkan kenaikan harga barang. Ini menyebabkan rakyat menjadi lebih miskin.

ringgit,
Terlalu menumpukan perhatian kepada pemilihan UMNO akan menyebabkan rakyat semakin bosan dan benci dengan UMNO pada masa rakyat menanggung beban kenaikan harga minyak.

RinG berkata...

suruh diorang pakai safety helmet xleh ke? risau jgk akan kehilangan minda yg bergeliga kot2 terjatuh ke..

malay-machista berkata...

dear nadzri,
thanks for your response
i managed to watch Buletin Utama last night where DS Najib denied vehemently his involvement with Altantuya. A day before, DS Paklah also denied believing DSN involvement.
however, there's an irony here...
if raja petra is a liar, why did he go so far as to make a statutary declaration ?
if he is a liar, why do 90% of his allegations, postings and statements proved to be true ? ( i quote that from comments in blogs - not sure whether it's true though!)
and if DSNajib is really innocent, why do people keep talking about his guilt?
pening lah!
i try hard to be an objective observer, tapi susah sangat!!
that's why it's hard to trust our politician...
remember, even Pak Lah was caught lying twice!( general election and petrol hike)

Noor™ berkata...

Salam..
Im under impression that u detest the leadership of current premier.

Just wondering whether it is necessary to take side in the feud between the former premier and the current premier....

Desperado berkata...

Tak lama...
melecet kangkang wei..

www.pilihananda08.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Kite suruh poklah, najiblaa, khairy serta semua ahli parlimen naik basikal. Baru rakyat boleh ikut.

Tanpa Nama berkata...

4 MANGKUK AYUN NI CARI PUBLISITI MURAHAN.POYO JE...

Tanpa Nama berkata...

x perasan plak.. bila baca blog ni br perasan.. there is nothing left that we can do..selain dpd bjimat cermat and ubah cara hidup..

Tanpa Nama berkata...

hari ini tanggal 12 Julai 2008. Adakah sehingga sekarang mereka masih lagi berbasikal? harap pemimpin jangan hanya berbuat demikian untuk meraih perhatian rakyat yg dalam kekaburan sahaja...Wallahu a'lam...

Tanpa Nama berkata...

belajar banyak