Ahad, 15 Jun 2008

Gold Dinar & Silver Dirham: Pandangan Saya



Dalam artikel sebelumnya, saya hanya menceritkan apa yang saya dengar dari ceramah ‘Dinar & Dirham: Uniting the Ummah’ oleh Umar Ibrahim Vadillo. Saya tidak menyatakan pendapat saya. Artikel kali ini, saya akan membentangkan secara terbuka pandangan saya tentang Dinar Emas & Dirham Perak. Sebelum itu, saya ingin membetulkan pendapat seorang blogger yang menggambarkan seolah-olah saya memberitahu semua orang bahawa hutang itu tidak Islamik. Saya tidak pun membuat penyataan sebegini rupa. Hutang semestinya dibolehkan. Peminjam adalah seorang yang mengharapkan sesuatu di luar kemampuannya dan Islam menggalakkan orang yang mempunyai lebihan untuk memberikan pertolongan pinjaman kepada yang berhajat.

Dinar Emas & Dirham Perak – apa bezanya dan apa yang boleh kita harapkan berbanding duit kertas (fiat money)? Untuk menjawab soalan ini, saya perlu membawa pembaca untuk kembali kepada sejarah. Dinar itu hanyalah pada nama. Yang penting sebenarnya adalah penggunaan satu benda yang mempunyai nilai sendiri secara semulajadi untuk dijadikan matawang. Perkara penting & asas yang ada pada emas & perak ialah dari sejak penemuannya, manusia secara semulajadi suka kepada emas & perak dan terus menganggapnya sebagai benda bernilai walau keadaan apa sekalipun (kemerosotan ekonomi, peperangan, wabak penyakit, bencana alam).

Kerana apa? Emas dan perak mempunyai nilai intrinsik secara semulajadi. Duit kertas tidak mempunyai nilai intrinsik. Nilainya ada kerana datang ‘secara paksa’ oleh kerajaan untuk digunakan oranng ramai sebagai matawang yang sah. Apabila datang satu fenomena luar biasa – peperangan, kemelesetan ekonomi global, rampasan / peralihan kuasa sebagai contoh, nilainya boleh turun secara mendadak dan sampai satu tahap, duit kertas boleh menjadi satu benda yang langsung tiada nilai. Sejarah sudah banyak menceritakan semua ini. Manusia yang tidak belajar dari sejarah akan terus melakukan kesilapan yang sama. Sejarah terus berulang.

Iraq sebagai contoh, ketika Saddam Hussein masih berkuasa duit kertas Iraq yang mempunyai gambar Saddam berfungsi seperti biasa sebagai matawang. Apabila rejim Saddam tumbang, matawang Iraq secara tiba-tiba menjadi langsung tidak bernilai. Orang ramai berebut-rebut untuk menukarkan duit kertas mereka kepada matawang lain. Huru-hara jadinya. Negara kita sendiri pun pernah terjadi. Ketika Jepun berkuasa, kita menggunakan duit Jepun. Apabila Jepun dikalahkan British, semua duit sebelumnya sudah menjadi ‘daun pisang’, langsung tidak bernilai. Itu contoh yang kita boleh lihat akibat peperangan dan peralihan kuasa.

Bagaimana dengan kemelesetan ekonomi? Jerman pada awal abad ke 20 telah mengalami kemelesetan ekonomi. Matawang mereka jatuh teruk. Ramai orang kebuluran dan pengangguran berleluasa. Perkara yang dianggap mengarut boleh terjadi kepada duit kertas telah terjadi. Nilai duit kertas susut ke satu tahap yang sangat tidak munasabah. Untuk membeli sebuku roti, rakyat Jerman terpaksa membayar sehingga 10,000 deutch mark. Ini mungkin gaji untuk berbulan-bulan yang hanya dapat dibelanjakan membeli makanan yang tidak sampai seminggu untuk dihabiskan. Contoh lain ada banyak lagi tetapi saya tidak mahu memanjangkan artikel semata-mata untuk memberikan contoh apa yang terjadi.

Dalam sejarah manusia yang pernah menggunakan emas, perak, atau benda lain yang berharga sebagai matawang tidak pernah terjadi perkara yang begitu teruk atau mengarut seperti apa yang terjadi kepada sistem matawang kertas. Sebabnya adalah mudah. Emas dan perak nilainya ada secara semulajadi dan tetap bernilai sepanjang masa walau apa keadaan sekalipun. Sejak dari permulaan manusia menemui emas perak dan saya boleh jamin sampai ke hari kiamat, emas dan perak tetap bernilai di hati manusia. Duit kertas pula, ia tidak mempunyai nilai secara sendiri dan nilainya boleh susut secara drastik apabila terjadi keadaaan-keadaan yang luar biasa.

Sejarah telah membuktikan, penggunaan emas & perak sebagai matawang telah menyebabkan inflasi / kenaikan harga sebagai hampir tiada. Katakan harga seeokor kambing adalah 1 Dinar Emas, 100 tahun kemudiannya harganya tetap 1 Dinar Emas. Ini bukan cerita rekaan saya. Ini adalah sejarah yang pernah terjadi. Dibandingkan dengan sistem matawang, jangankan 100 tahun, 5 tahun sahaja kita boleh tengok kenaikan harga banyak benda. Kenapa? Mesti ada sebab disebaliknya.

Baru-baru ini kita semua melenting apabila kerajaan menaikkan harga minyak. Di peringkat global, harga minyak naik. Tetapi yang pelik, kenapa harga minyak dunia naik walhal tidak adapun kekurangan bekalan minyak? Tidak adapun berlaku loji minyak terbakar secara besar-besaran. Tidak pula berlaku pengeluaran minyak dunia susut secara mendadak. Kenapa minyak tetap naik? Puncanya adalah kerana susutnya nilai US Dollar. Ini sudah beberapa kali terjadi. US dollar naik, harga minyak turun, US dollar turun, harga minyak naik. Apa kaitannya?

Urus niaga minyak dunia dijalankan menggunakan matawang US dollar. US dollar pula susut nilainya yang berpunca dari kelembapan ekonomi Amerika. Secara asasnya, untuk satu tong minyak yang sama memerlukan lebih banyak US dollar berbanding sebelumnya. Jika satu dunia menggunakan emas / perak sebagai matawang dan pembelian minyak dilakukan menggunakan emas / perak, perkara sebegini tidak terjadi. Mungkin harga minyak dunia boleh naik kerana faktor demand & supply. Demand lebih dan supply kurang dan pengeluar minyak boleh mengambil kesempatan untuk menaikkan harga minyak. Tetapi sekurang-kurangnya kita tidak merasai kenaikan harga minyak yang berpunca kerana urusniaga yang dijalankan menggunakan matawang kertas US Dollar!!

Seperti yang saya katakan pada permulaan artikel, yang penting bukanlah dinar & dirham kerana dinar dan dirham itu hanyalah nama semata-mata. Yang saya ingin tekankan di sini ialah penggunaan semula emas dan perak sebagai matawang. Tetapi untuk kearah penyatuan umat Islam, tidak salah untuk kita menggunakan emas yang dipanggil dinar dan perak yang dipanggil dirham sebagai satu matawang. Semuanya berkongsi satu nama yang sama. Usaha kearah mengembalikan semula emas dan perak secara serius telah bermula sejak dua dekad lalu.

Di peringkat antarabangsa, sudah ada negara Islam yang mengeluarkan dinar emas dan perak. Mungkin belum sepenuhnya menggantikan wang sedia ada, tetapi sekurang-kurangnya sudah ada yang menjalankan urusan zakat, perkahwinan, simpanan menggunakan dinar emas dan dirham perak. Di Malaysia pun sudah ada. Kelantan adalah negeri yang tampak lebih serius dengan mengeluarkan dinar emas Kelantan dan pada masa yang sama menggalakkan rakyatnya untuk menggunakannya dalam mas kahwin, zakat dan simpanan peribadi.

36 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saudara Nadzri,

The idea of GOLD DINAR will benefit us as a developing country, particularly in balance of trade. However, our current leader has no substance knowledge about this thing unlike our great former PM Tun Dr. Mahathir. Please keep your blog in pleasant and moderate manner as nowadays too many bloggers so much in love using profane language to express their view.

Husaini
Leeds, UK

Horse Power berkata...

www.kami-horsepower.blogspot.com

AyuAyek berkata...

It's a long way to go with this dinar and dirham, and any development and progress towards this should be beyond religion. For a new idea or concept to be accepted and embraced by world community, it should not carry interest of a particular group or institution. There are reasons for fiat money to be so widely accepted without question, and so there must be strong reasons for it's replacement. History alone wont do the job. By the way, economist never learn from history nor does politician.

Mr.EJ berkata...

Good Artikel Nadzri,

As Ayu said, there must be a reason for a fiat money . Maybe one of the reason is , easy to carry . So we need to find others reason that make fiat money world wide acceptable.

Tanpa Nama berkata...

Wrt to crude oil prices, other than USD currency, I think excessive speculating activities in futures markets also contributes to present scenario as they also trade based on rumors, apart from the normal Supply & Demand (based on US inventories etc).

Mohd Nadzri Kamsin berkata...

To Ayu,
The reintroduction of Gold as currency is not about religion. Any country can implement it. Call it whatever they want it to be called. For Muslim, as an Ummah it is better to have one standard gold currency which i propose to be called as "Gold Dinar". If European can have thier own single currency - Euro, why not Muslim countries have thier own one?

There are a lot of reasons why we should replace the fiat money with gold & silver. I have stated some of them in this article.

To E.J.,
Thank you for giving one of the reasons.

To 101,
There are times when speculative activities did take place and causing the price of oil to hike. There are times when oil price rose due to the weakening US Dollar. There are times when both factors contributed to the rise of oil price or one come after another.

Tanpa Nama berkata...

saya sokong senior aku

Tanpa Nama berkata...

aku suka idea negara islam ada satu matawang spt yg euro buat tu. kalo kita tgk time mula2 euro nak di implement kan, bukan sume orang sokong gak. tapi diorang stay buat and sokong each other. skarang? pound-RM susut tapi euro-RM naik. hebat gak kan. cuma masalahnya, apa akan jadi kepada ekonomi dunia if kita guna dinar/dirham ni. US bukannya boleh duduk diam kalo tgk orang islam nak berjaya. siut..

RinG berkata...

Tun Mahathir pernah cadangkan peggunaan matawang dinar sebelum ini. Kerajaan Negeri Kelantan sudah memperkenalkan Dinar Emas sebagai ganti wang dan setakat yang satu tahu, digunakan sebagai mas kahwin. bernilai tuu.

amirs82 berkata...

Assalamualaikum,

En Nadzri, do you still remember me? Good promotion you did at chedet.com.

This is my view: You are correct on the view that Gold is a good trading medium compared to others because of it has its own intrinsic value. It was a basic knowledge that has been thought by few lecturers during explaining on economy. Some of them are referring to how the economy started century ago and some referring to Islamic way of economy. And also some of them relate this paper money was created by the Jews in order to conquer world, thru economy, as per their ‘so-called’ secret strategy plan called ‘Protocol Zion’. (if I not mistaken). This plan is to divert people perception that this paper money is everything to their life, and upon the paper money collapse, the Gold money will be the real money, which Zionist are currently collecting the gold around the world and be the largest holder.

But the real fact that all must understand is this gold money is the real money. Saving in gold is much better than saving in Bank. If you can track down the rate of Ringgit against Gold, it is not the price of Gold is increasing, but the Ringgit and all other currency is devaluating. You can check with you parents or grand parents. For example, last 2 years, price of a gram of gold is around RM 70++, now increase to RM 90++, increased by more than 20%, while our GDP grow by 6% per year. Even if you save in Bank, you can only get 2.7% per year. To relate the issue correctly, all commodities are priced higher every year, oil, palm oil, rice, sugar, flour. It all due to dilution of paper money value. But in the case of Gold and Silver, price of chicken during Nabi Muhammad time is 3 Dirham, is still 3 dirham now, this is quoted by an old Islamic economist. I remember quote by one old man at my village, where during he is a new teacher in 1960s, his salary is RM 150.00 per months and cost a cup of coffee is 8 cents. In 2003, salary of new teacher is RM 1,500.00 and a cup of coffee is 80 cents. The ratio is still same. Today, Government increase teacher salary to RM 1.8k and cup of coffee is RM 1. Still the same. So, what is the meaning of economy growth? That’s why we should fight for increase of 40% in our salary, due to increase in oil price by 40%.

Back to the economy, for Gold to be globally accepted, we as muslim should letting go the name of dinar and dirham. More acceptable name by both muslim and non-muslim should be created and the concept is sellable to country leaders and economist.

To repair this current corrupted economy, correct info and concept is to be circulated to all world’s leaders and economist. Phase One, we should have one global currency that circulated in restricted volume used by all people all over the world. Global trading is to be done under one currency, where fluctuation in value of the paper money against the major commodities is minimum or better, fixed. These commodities have intrinsic value, just like Gold. When people understand concept that this fixed ratio of the currency are to the commodities is much better to economy, mainly due to it have own intrinsic value. After this concept is sellable to all people, then we go for second phase. However, when they experience that this commodities such as crude oil and palm oil could be instable is there is natural disaster or war, than they will find alternative, which Gold could come to their mind. They will understand that Gold is one of the stable valued commodities, and tagging/fixed the currency to gold is much better. Many will still against having to bring real gold coin during trading, due to their old perception that duly cemented into their mind. So, by fixing currency to gold will still and nearest best effort to correct our economy. It just like in 1930s, which all currency is fixed against gold in custody of national bank.

I still can like few of the economy changes in the past linked to Protocol Zion. But I still not buy this protocol.

Thanks. May Allsh bless us all.

aMiRs82

Unknown berkata...

assalamualaikum & selamat sejahtera

Aku bukan tak setuju dgn artikel ini dan penggunaan dinar emas. Tapi sebagai pengamal ekonomi/ kewangan masa kini, pendekatan yg disebarkan masih kabur kerana aku rasa hujah-hujah adalah berdasar & menjurus kepada akademik.. Perlaksanaan mungkin tak dapat diutarakan sebab kekaburan tu.

Sebab:
1/ Masih tiada respond kpd persoalan IQBAL yg berpendapatan 4,000 dan nak beli rumah 100,000.

2/ Ingat kes beras, tepung, gula dll yg kekadang habis sebab org sorok. Kalau pakai emas/perak... dan kena sorok!! camna nak buat & mana nak cari

3/ camna nak dapatkan emas/perak ni, adakah semua kena register ke... Tapi yg pasti, mesti org penting dan presiden parti politik sure dpt allocation terbanyak.. Yg kita macai ni misti tak dapat langsung..

second generation. berkata...

Salam.. Saja la nak tanya. Sejak dunia menggunakan wang kertas, dan surat sijil2 sebagai urusniaga mengantikan sistem barter dan duit emas, perak, kat mana semua emas dalam dunia pergi(emas jongkong), apabila sesebuah negara nak menaikkan nilai wangnya, bagaimanakah caranya, adakah salah satu caranya dengan memberi stok emas berbentuk jongkong kepada bank dunia. Jadi kat mana tersimpannya emas yang terbanyak kat dunia ni. Atau inikah caranya orang barat nak kumpul emas selama lebih beratus-ratus tahun. depa ada emas, kita ada kertas.

Mohd Nadzri Kamsin berkata...

anonymous - 'aku sokong senior saya'. Diharap tolong tinggalkan nama.

Ring,
Emas tetap bernilai sepanjang masa.

Amirs82,
I do remember you. Thank you for sharing ideas and opinion. I'm glad to see that we share the same idea - Gold is real money. I agree with you that we need to have the reintroduction of Gold into the system in several phases. What i am doing now is to share the knowledge.

mrasd,
Dengan pendapatan RM4,000 bagaimana untuk membeli rumah RM100,000? Jangan salah faham. Bukan kerana apabila kita gunakan emas sebagai matawang, maka hidup kita akan jadi aman bahagia tanpa perlu meminjam. Yang dipertikaikan di sini ialah sistem berasaskan riba yang membolehkan bank mengaut untung secara amat berlebihan. Kebanyakan orang tidak pernah pun mengira jika kita meminjam sebagai contoh RM 60,000; berapakah jumlah sebenar yang kita bayar kepada bank setelah ditambah 'kadar faedah atas faedah'(compounded interest). Pinjaman RM 60,00 tetapi perlu dibayar sehingga sekitar RM 80,000 dan ke atas. Ini menguntungkan satu pihak secara berlebihan. Tetapi jika tiada bank, bagaimana pula untuk kita meminjam? Ada alternatif kepada bank. Saya akan tulis pada masa akan datang.

Tentang sorok barang,emas sebagai matawang tidak boleh menjamin perkara ini tidak boleh berlaku. Tetapi, apa yang kita alami sekarang, sebelum peniaga sorok barang pun harga sudah naik. Barang akan naik kerana harga minyak naik. Harga minyak naik kerana US Dollar susut nilai. Barang makanan juga boleh naik kerana ada 'traders' di peringkat global yang mengaut keuntungan besar-besaran dengan 'bermain' dengan pasaran hadapan komoditi makanan. Benda mengarut yang terus menyeksa kita terus berlaku. Kerana apa? Sistem yang kita pakai membolehkan ini semua. Maka dengan sendirinya peniaga tempatan akan menaikkan harga barang dan kita pula terpaksa menerima seadanya.

Bagaimana untuk mendapatkan emas? Banyak sumber kalau saudara betul-betul mencari. Saudara boleh dapatkan dari Dinar Emas Kelantan. Bank Negara pula menjual Kijang Emas. International Gold Dinar (IGD) turut menjual 'Dinar Emas. Banyak lagi sebenarnya.

secondgeneration..pulaupinang,
Ada banyak negara yang dikurniakan dengan anugerah hasilbumi emas. Ini termasuk Afrika Selatan, Indonesia, Rusia, Australi, China dll. Apa yang ada sekarang ini saya rasa bukanlah negara tertentu yang dibimbangkan membolot emas tetapi 'individu-individu tertentu' yang terus mengawal simpanan emas untuk meraih keuntungan besar pada kemudian hari.

Naik-turun matawang kertas sesebuah negara tidak memerlukan negara tersebut memberi jongkong emas kepada Bank Duna.

Unknown berkata...

tuan2 & puan2

Kepada iqbal, at last sedara Nadzri ada sentuh soalan tuan.. Tapi seperti yg aku agak, jawapan tu tak menjurus kepada apa yg kita nak dapatkan. Tapi takpe aku nak dgr penjelasan sedara Nadzri dulu sebelum kemukakan hujah..

Tapi aku nak tekan kat sini yg aku ni bukan against dinar.. tapi cuma bila kita baca penjelasannya- aku rasa pemahaman tu kurang. Jadi kalau aku cadang dari guna dinar/emas, kita guna minyak!! amacam.. nak curi pun kena pakai tong, nak bawak sana sini pun susah. Tapi konsepnya sama- benda saja lain. Atau pun kita pakai sistem barter (tukar barang). Kalau umum nak tau- kerajaan ada amalkan perniagaan tukar barang dgn Sudan lebihkurang 10 tahun lepas. Dlm kes ni kita bagi komputer, Sudan bayar dgn Lembu ternakan diorang. Pada aku ni pun berlandaskan islam jugak. Cubalah pikir- camna tu.

Pokoknya, tak semua betul2 faham apa penjelasan Tun Mahathir pasal ni. Jadi kita semua cuba ketengahkan pandangan masing2 yg kekadang tak kena.

Tapi takpe, nanti kita tambah lagi- cuma satu je. Masa aku jadi FOREX spekulator- aku cuma nak buat duit. Aku nampak jugak camna org speculate on GOLD.. Jadi hujah yg kata emas tu stabil takde la berasas. Cuma sebenarnya ini bukan yg kita maksudkan bila ckp pasal dinar/emas. Mungkin kita semua dah faham yg pengeluaran & perdagangan emas dunia dikuasai oleh syarikat besar kepunyaan org Yahudi.. nak tau tak susah, cari je kat google ke atau wikiPedia.. semua fakta ada.

Anyway, adalah wajib yg pandangan sebenar dinar/emas kita ketengahkan dengan jelas supaya apa yg hendak dicapai tu difahami. Tun Mahathir ada org yg paling layak- kita yg tahu tu boleh la tokok tambah...

Sekian

Tanpa Nama berkata...

good article...makin hebat blog ko ni yek...we need more smart blogger like u...i'm preparing myself to be another one :-)

Zaki, your ex-officemate in Gebeng

amirs82 berkata...

msad,
Pinjam meminjam dalam islam tak salah. Tapi mengenakan interest atau fees yang tinggi adalah riba', iaitu haram dalam islam. Ini kerana system Bank yang ada sekarang adalah mengadakan yang tiada, menadi salah satu sebab kenapa nilai matawang jatuh. Cth: En. A simpan RM 10K dalam Bank A, lepas tu En. B pinjam RM 10K untuk beli rumah dari En. C, En. B pinjam dari Bank A dan bayar ke En. C, dan En. C deposit dalam Bank Z. Dengan ini, dari RM 10K ini, dalam system monetary barat ini, duit bertambah tanpa ditambah fizikal wang kertasnya, meningkat sebanyak 2 kali. Belum lagi di pusing sebanyak sejuta kali. Dengan sekali pusingan, mata wang jatuh separuh dari nilainya. Jadi itu yang menyebabkan mata wang naik turun, yang boleh di iktiraf sebagai riba'. Belum lagi di kaji ke atas 'financial instrument' yang lain seperti hedging, bond, security, sub-prime credit, cagamas, retakaful dan lain lain yang ramai orang tak tahu langsung. System ini telah di adakan dengan agak rumit supaya 95% masyarakat tidak tahu yang mereka telah makan hasil riba' yang banyak tanpa disedari. Tapi apa boleh kita buat. Ikut je laa.

Tetapi, dengan adanya Bank Islam, riba' nya tiada (itu apa yang majlis syariah kata). So, peminjam dan penyimpan tidak di cas berlebihan dan di hadkan. Manakala, tiada had cas yang ditetapkan oleh Bank Biasa, yang membawa kepada riba'.

Dan dengan ada Emas sebagai trade money, satu satu nya system kewangan yang telah di terima pakai semasa zaman Nabi, adalah system yang 95% bebas dari riba'. Sekali lagi, apa boleh kita buat, system nye dah tiada. Masa zaman Nabi SAW, pinjam meminjam adalah halal jika tiada riba', so Bank Islam boleh diadakan. Tp bila di putarbelitkan monetary system dunia oleh barat, maka riba' beleluasa.

2nd generation penang,

Nampaknya, anda telah memahami system kewangan yang telah dilupuskan sejak 1960an - 1970an, di kala Reagan, President of USA. Sebelum itu, matawang di nilai berdasarkan simpanan emas di Bank Negara. So, sebagai contoh, RM 10 = 1 gram emas. Apabila lebih membangun negara tersebut dan nilai export melebihi import, bermakna, bertambah lah wang=emas dibawa masuk ke Malaysia, dan simpanan emas Malaysia bertambah. Contoh: dikala RM kertas yang teredar ada 1 billion nilainya, dan RM 10 = 1 gram emas. Bila eksport barang dan 1USD= 1 gram emas company malaysia terima, simpanan emas malaysia bertambah. So, bila 1 billion ringgit = 100m emas, emas bertambah jadi 200m gram, jadi nilai RM 10 = 2 gram pula, so nilai bertambah. jadi bila dulu RM 10 = 1 gram emas = 1USD, sekarang RM 10 = 2 gram = 2USD

Sekarang, nilai wang di ganti system nye, yang bukan lagi berdasarkan emas simpanan yang ada intrinsic value nya. Ia bertukar kepada 'trade surplus', yang mungkin anda2 dengar di Buletin Utama - Ekonomi, Malaysia ada RM XX billion trade supply. Ini trade supplus lah yang menyumbang kepada berapa nilai mata wang kita berbanding mata wang lain. Last sekali saya ingat, Malaysia ada RM 1.1 billion atau sama nilai dengan nilai import bersih 8 bulan. Itu pon rase nye sebulan lepas punya info. Haha. So, lagi banyak surplus, lagi banyak kita export dari import, dan lagi kukuh ekonomi Malaysia dan memberi kekukuhan kepada matawang Malaysia. Harap ini dapat menjelaskan sedikit sebanyak tentang ekonomi barat.

Kalau ekonomi berasaskan emas, harga barang akan di tetapkan kepada emas, tidak akan banyak berubah walaupun supply banyak atau kurang. Jadi riba' terhapus. So, dengan barat menyebarkan concept mata wang dan equilibrium (supply and demand), ini bukan saja menghapuskan pengekalan nilai barang kepada emas, malah membebaskan pengekalan (flooting) berdasarkan supply. Ini telah menwujudkan ada nya concept inflasi dan menambah nilai barang yang berkurangan. So, bijak nya barat dangan system ini, menunjukkan macam mereka bijak dalam mencipta satu system yang lebih baik. Tetapi, ia adalah permulaan kepada kehancuran ekonomi, atas concept yang salah dan sesat. Sampai, tak dapat di perbetulkan lagi dan kita akan mati bersamanya. Apabila kita sudah kembali bijak. Dr M memajak kan nilai mata wang kita kepada USD, supaya negara kita keluar dari casino forex yang merugikan. Harga barang jadi kekal, terutama barang import, dan ekonomi menjadi stabil. Dr M jugak lah yang ingin mengembalikan eams sebagai wang, supaya kita kembali kepada ekonomi bersih riba' (spt masa zaman Nabi). Tp Dr M bijaknya dalam ekonomi lambat, jadi tak sempat habiskan project nye. Kita laa kene sambung.

Tp di zaman PLah, di hancurkan balik system yang DrM bina, then menyebabkan kita kembali menyokong riba'. Dia tak sedar yang bila RM 3.20=1USD di fikirnya bagus, tp lagi merugikan pengeksport tempatan, bila barang yang sama dulu di jual keluar dengan harga RM 3.70 sekarang di murahkan ke RM 3.20, kira lah berapa percent. Sekarang rakan2 PLah memburuk2kan DrM, yang di katakan corup, tp mereka tak tahu banyak mengenai ekonomi, dan terus menghancurkan ekonomi malaysia. Kita rakyat yang susah.

Trimas.

aMiRs82@yahoo.com

ultromhh berkata...

wah,saya semakin berminat. teruskan menulis tentang perkara ini saudara nadzri. Boleh cadangkan mana-mana buku yang boleh dibeli sebagai rujukan tambahan.

Tanpa Nama berkata...

very informative, good effort bro

mie berkata...

great..:)

Tanpa Nama berkata...

Datuk Nazri,

1)If I have 100,000,000 pieces of Gold Dinar, may i know where to put them?? so that I can take conveniently everyday to do my daily purchasing?

2) Value of money doesn't only come from the "price" of that money itself but it also was determined by other factors such as the demand of your currency. If you have 100,000,000 Gold Dinar, and nobody wants to use it because they don't need it (maybe they don't buy things from you) , your value of the Gold dinar will still shranking even though it's "Gold".

I know it's good to have it so that we wont' be threaten by other currencies. But in nowadays world, it's not easy.

keep Good work, Datuk.

Tanpa Nama berkata...

nadzrik,

1) apa beza penggunaan dinar/dirham dgn single currency yg tidak diniagakan?

Mohd Nadzri Kamsin berkata...

mrasd,
Kita tidak boleh gunakan minyak sebagai matawang. Tidak praktikal. Orang tidak berminat untuk membawa tong ke hulu ke hilir. Untuk sistem barter, kita boleh gunakan tetapi tidak praktikal untuk semua orang dan dan tidak praktikal untuk untuk sepanjang masa. Sekali-sekala di peringkat antarabangsa, negara boleh mempraktikkannya. Jika sepanjang masa, akan ada negara yang rugi kerana tidak sepadan apa yang diterima dengan apa yang diberi.

Saya memang cukup faham penjelasan Tun Dr Mahathir tentang dinar. Untuk pengetahuan semua, Tun bukanlah orang pertama yang memperkenalkan idea Dinar Emas di Malaysia. Tapi disebabkan Tun adalah public figure, orang ramai mula berminat untuk mendengar subjek ini.

Emas masih boleh menjadi mangsa speculation dengan sistem yang ada sekarang. Apa yang saya cadangkan ialah kita menghapuskan terus sistem duit kertas, sistem riba', sistem pertukaran matawang. Perkara sebegini akan mengambil masa panjang. Tapi, sekurang-kurangnya sudah ada permulaan. "Seribu perjalanan bermula dengan satu langkah".

amirs82,
Terima kasih kerana berkongsi pandangan tentang "money creation".

ultromhh,
Cuba cari buku, "Islam & the future of money" karangan Imran Hosein.

my ex-classmate,
Only rich person can have 100 million of gold dinar. Value of Gold Dinar will not shrink if we have the gold as currency.

hry,
Banyak beza dinar/dirham dengan single currency yang tidak diniagakan. Antara perbezaan utama, telalu sukar dan boleh dikatakanb tidak logik untuk kita mewujudkan single currency di dalam dunia. Tetapi untuk dinar/dirham yang berasaskan emas/perak, setiap negara boleh mewujudkan matawang masing-masing asalkan emas/perak adalah komponennya. Nama mungkin berlainan, nilainya tetap ada di mana sahaja kita berada.

Unknown berkata...

assalamualaikum & selamat sejahtera

Aku tak cakap Tun yg pertama sentuh pasal Dinar/Emas tapi yg paling LAYAk.. sebab kita tengok je dlm dunia ni.. Apa pun IRAN kata yg dia tak buat nuklear, USA/ Israel mati-mati kata dia nak buat BOM.. Jadi credibility matters

Fakta Menarik untuk renungan..

Sehingga April 2008, Grain Hedge Funds/Companies (Agri/Commodity based) mempunyai/memegang kontrak Futures (CBOT) ke atas bijirin (Gandum/KacangSoya/Beras/Jagung) dengan nilai unit urusniaga sebanyak 4.4 BILLION bushels.

Memang spekulasi...

Unknown berkata...

salam kpd amirs82

aku baca penerangan pasal 'money creation' kat atas dan yg diterangkan adalah macam buku teks la.. Terlalu jauh dari reality..

kalau kita tengok BNM repot terbaru.. Kebanyakan (kalau tak semua) bank tempatan sekarang mempunya 'Loan Deposit Ratio' bawah 100%. Maknanya setiap RM1 deposit, hanya 90 sen (lebih kurang da) diPinjamkan.. Jadi yg sedara tulis 'pusing sejuta kali' tu kira keterlaluan la.. Macam nak sedap membaca je..

Yg pasal financial instrumen plak.. aku tak payah komen la tapi aku kurang setuju dgn anda punya approach... Mungkin lain kali

Itu hari aku nak pinjam duit & buat bandingan BIMB dgn Public Bank konvensional (utk RM50k selama 5 tahun). BIMB punya ansuran ada lebih RM25 dari Public Bank (konvensional).. Kalau nak kira BIMB tu amalkan riba ke.. sebab cas lagi tinggi.. hhhmmm

Tanpa Nama berkata...

nad!!!
aku ni lok...(ex-hsemat kat emerald melaka dulu)...
as of now, i dont have anything much to comment on your blog, the idea was good and opened, but i think the points were not that sufficient for my brain to digest...hope you can bring more on!!!

btw, nak kasik credit to ayman, sebab dia yg bgtau aku blog ko...

wassalam saudari nadzri!!! :)

C.H.E Dayat berkata...

askum.. oh, ye ke? saya tak de idea waktu buat blog ni.. so main letak ja la.. thanx for comment anyway.. plz give comment and feedback to my article so that we can support each other.. "Go Bloggers"!!

Thanx

Tanpa Nama berkata...

to MRASD

sekadar berkongsi.


Saudara silap apabila mengatakan bank islam mengamalkan riba sebab cas tinggi. bank Islam telah declare berapa kadar keuntungan dan jumlah keseluruhan yang saudara akan bayar.(jumlah ansuran dan jumlah keuntungan yang akan diperoleh oleh Bank Islam).

Dalam islam, apabila penjual ingin menjual barang , dan si penjual telah meletakkan harga yang tinggi sedikit dari market, manakala si pembeli telah mengetahui jumlah sebenar yang akan dibayar, maka ada mutual understanding, maka ia dibenarkan. Ini ada dalam FIQH MUAMALAT
Malah perbankan islam ada menawarkan rebet jika customer buat early settlement.

Unknown berkata...

salam sedar mohd nizam

Kalau baca betul-betul, aku takde pernah ckp Bk Islam amal RIBA. Cuma yg aku nak tekankan ialah dalam penerangan penggunaan dinar/emas oleh sorang pembaca.. ada satu argument yg cakap bank konvensional charge kadar keterlaluan-sebab tu kita kena guna dinar/emas. Ni je yg aku bilang hujah yg terlalu akademik. Kebanyakan ditarik dari buku bulat-bulat. Tu je.. Dgn kata lain, kekadang kalau nak buat hujah, kita terkata benda yg kurang betul.. Dlm operasi BIMB tu, walaupun tinggi tapi transparent cuma ada aspek lain yg aku kurang setuju dan nak bentang pasal bk islam tapi lain kali la ye)..

Sebenarnya approach sedara atas hujah pasal penjual dan pembeli kena tahu kos, jumlah tu pun aku kurang setuju. Bukan salah tapi pendekatan tu boleh mengundang perdebatan.. Aku ada pegi BNM National Syariah Advisory Council pada tahun 2007 sebab buat presentation pasal product (nak dpt clearance la).. Cara diorang (ustaz2+hakim+Dr Daud) approach masalah amat bagus. Kerana nak dapat cop halal ni bukan senang, keputusan tu kena tanpa was-was. kalau org boleh pertikai, makna dia hujah kita tu kurang bagus meskipun produk/barangan tu elok disisi syariah.

Tanpa Nama berkata...

junior.
pirates 02-06

Tanpa Nama berkata...

totally agree, long live En.halim abd hamid =)

Ethan Foo
saintx_ethan@yahoo.com

anaklangkawi berkata...

Seperti mana yg Tun katakan waktu persidangan OIC.. gold emas & silver merupakan alat utk menentang spekulasi.. negara2 dunia sebenarnya tersilap kerana meletakkan wang atas duit kertas..

bagus saudara nadzri.. moga teruskan usaha murni ttg benda2 berkaitan..

Teddy berkata...

thanks for the invitation bro. I shall be there.

Tanpa Nama berkata...

nadzri rocks!

ariPP_ehh berkata...

hermss..
where can i buy the dinar emas klantan??
huhu..interestd to know since ringgit short on value nw..
my mail arif_ehh@yahoo.com

regards;

Tanpa Nama berkata...

long live mr halim..miss his lecture..hehe..

good point nadzri.. ;-)

aidainora@yahoo.com

Unknown berkata...

I'm totally agree with you. The decreasing of value for US dollar may cause a lot of effect to malaysia whether we like it or not. The mode of malaysian economics should be changed to avoid any global economic booming that could infect us further more. The idea shall be implemented to reduce the damage that already occured in our country. I really hope this such idea could be heard by our 'leader' while he was sleeping.