Sebelum nikah bermula, salah seorang hadirin yang datang bertanya kepada jurunikah samada berlaku apa-apa perubahan kepada jawatankuasa masjid. Jurunikah agak hairan kenapa hadirin tersebut berminat hendak tahu. Orang yang bertanya kemudian memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai di Lembaga Zakat Selangor.
Katanya, sejak perubahan kerajaan di Selangor urusan pentadbiran agama agak kucar-kacir sedikit. Kerajaan yang baru ingin melantik jawatankuasa masjid yang baru. Sultan tidak memperkenankan perubahan jawatankuasa masjid yang ada. Baginda mahu jawatankuasa masjid sekarang meneruskan tugas mereka sehingga habis tempoh berkhidmat mereka tahun depan. Apa yang saya perhatikan sekarang ini, sudah ada masjid dan surau yang menjadikan ADUN atau Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat sebagai penceramah di beberapa kawasan di Selangor.
Berkenaan zakat pula, pengagihan zakat terganggu kerana kerajaan Selangor ingin menilai kembali penerima zakat. Mungkin kerajaan yang baru merasakan ada penerima zakat yang tidak layak. Ini telah menyebabkan penangguhan bantuan zakat kepada penerima.
* Nota tambahan
Menteri Besar Selangor telah pun diarahkan oleh Sultan supaya memastikan rumah-rumah ibadat tidak disalaghunakan untuk tujuan politik.
Sementara itu, Pakatan Rakyat dikatakan telah bercadang untuk membangkitkan usul tidak percaya kepada Pak Lah pada hari Isnin ini, 14 Julai di Parlimen. Anwar dijangka turut hadir untuk menyaksikan usul dibentangkan. Dikatakan akan ada beberapa Ahli Parlimen BN yang akan menyokong usul berkenaan.
Polis telah membuat sekatan jalan raya sekitar Kuala Lumpur dan Selangor semenjak Sabtu, 12 Julai. Polis telah mendapat perintah mahkamah untuk tidak membenarkan Anwar dan penyokongnya mendekati dalam jarak 5 km dari Parlimen. Ini untuk menghalang Anwar menghadiri Parlimen menyaksikan usul tidak percaya Pakatan Rakyat kepada pentadbiran Pak Lah dibentangkan pada pagi ini, 14 Julai.
Usul tidak percaya telah ditolak Speaker Dewan Rakyat. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan kerana tidak berpuashati.
15 ulasan:
Loss to the oil and gas company? If they know how to seize opportunity, they will continue become energy producer company...not necessary oil and gas company anymore.
Thanks for your comment.
PAKATAN RAKYAT DAH PEGANG KUASA SEMUANYA NAK TUKAR,TAK SEDAR DIRI....
inilah akibatnya, paku dulang paku serpih mengata orang PKR yang lebih
Sedar2 la, jgn dok buat kecoh mcm budak2. Semua nak tukar. Apa salah ajk2 masjid ni, hanya kerana lantikan UMNO dulu semuanya hendak dibuang. Sampai bila kita nak jadi mcm ni. Apa2 jawatan semua utk kepentingan parti. Dimana perginya perjuangan utk rakyat.
Urusan agama, urusan Allah pun menjadi kelam kabut pasal parti. Betul tuk guru kata, la ni byk orang politik tak sembah padas Allah yang Esa, tp bertuhankan pangkat dan JAWATAN
Betul ke? Saya tidak begitu pasti tentang hura-hara yg berlaku di belakang tadbir. Tetapi, sejak perubahan kerajaan. Masjid di kawasan saya (Kelana Jaya) byk mengadakan ceramah-ceramah agama and tazkirah-tazkirah (oleh ahli politik dan para ulama) yg sememangnya mengimarahkan masjid-masjid yg sebelum ini kosong dan lengang.
i went there.. try to find the mosque.. but theres nuthin happening... but do hope that u'll buzz me next time for any similar talk.
desmond_thecoach,
I still believe that it is hard for the current oil & gas company to switch to another type of energy product.
nizam,
Saya sependapat dengan anda. Urusan agama memang tidak sepatutnya dipolitikkan.
nadia,
Mengimarahkan masjid itu bagus. Tapi jika masjid penuh kerana hendak dengar ceramah politik, itu tidak ada makna.
tun teddy,
I will notify you whenever i get the updates of the talk.
Saya tidak begitu pasti tentang hura-hara yg berlaku di belakang tadbir. Tetapi, sejak perubahan kerajaan. Masjid di kawasan saya sri sentosa byk mengadakan ceramah-ceramah agama and tazkirah-tazkirah (oleh ahli politik dan para ulama) yg sememangnya mengimarahkan masjid-masjid yg sebelum ini kosong dan lengang.
salam semua,
biasalah tu, dah pegang kuasa,semua nak orang yg fahaman politik yg sama..sebenarnya itu dah secara indirectly nak politikkan masjid...!
apa mika orang ingat ,bila solat,kalau imam org PKR,Tuhan kasi lebih sikit pahala ka..?
on undi tak percaya oleh Parti PR ni, bila dok fikir2,kalau pak lah dah announce nak alih kuasa pada Najib 2010 ni...so tak perlulah bagi ahli parlimen BN yg kononnya nak undi tak percaya jugak ( aku tak percaya ler, sapa tu,anwar tu pakar putar belit,ari tu kata 4 ahli parlimen confirm nak tukar ke PKR,pah tu kata postpone...last skali, 4 org itu keluar statement kat paper, tak ada niat pun...! salah seorang tu menteri baru....gua caya la lu ,mmg pakar kelentong anwar nih..!)
Pemimpin yg sgt dihormati dan disayangi ramai, Tun M pun mmg nak suruh najib ambil alih dulu selepas satu term(Pak lah) tapi mungkin sebab 'peel' Pak lah maka Tun M 'merajuk'...harap2 semua pemimpin UMNO termasuk Tun M berbaik semula.
drp aku sokong tindakan PR nak undi no confidence tu ,lebih baik aku sokong pak lah dulu...sehingga 2010.
Masa BN memerintah, ahli jawatan kuasa masjid di Selangor memang banyak orang UMNO, atau sekurang-kurangnya simpatisan UMNO. Orang PAS pula disekat daripada memberi ceramah di masjid, walaupun mereka ada kelayakan.
Sekarang Pakatan Rakyat memerintah. Tentu mereka mahu orang mereka pula jadi ahli jawatan kuasa masjid. Ini wajar.
Jadi terimalah perubahan. Sekali air bah, memang sekali pantai berubah.
alahai cik abg oi..biase r tu..bknnye ape pn..stkt bende kcik camtu nk habaq kt cni x yah le..tu, yg time trengganu jth kat bn blk..lg la haru biru..x de pn nk habaq..ape ke bute hang ni..
oooo...time PKR naik br nk tulis..huhu
bkknye smua AJK tu drombak..sorang dua yg x leh dpakai je..
kalau smua AJK kt slngr ni kene tukar blh r nk wat isu..ish2..
slps PKR naik..AJK2 yg krg mnjlnkn tugas mmg ptt dtukar..bnyk diskriminasi politik sblm ni..dh mls nk habaq kt cni...hang tau2 je la...
Saudara Nadzri
Minta izin untuk respons komen Nadia.
Memang sekali pandang bila ada ceramah agama disampaikan oleh politik masjid ramai dikunjungi orang. Persoalannya, orang luar yang meramaikannya atau bilangan ahli kariah yang bertambah? Nadia yang kerap ke masjid pasti tahu.
Memang diakui penceramah biasanya tidak bercakap hal politik. Malangnya orang yg datang dari luar kariah (atau sengaja didatangkan)akan membuat soalan provokasi berbentuk politik apabila majlis dibuka untuk soaljawab. Bila ini berlaku maka majlis ilmu menimbulkan ketidakselesaan dikalangan jemaah yang datang dari pelbagai parti.
Lagi satu, majlis kesyukuran sempena 100 hari pemerintahan kerajaan PR Selangor yg diadakan di masjid,sanggupkah ahli UMNO untuk mengaminkan doa yang dibaca? Akhirnya, keputusannya selesai berjemaah terus balik.
Dalam hal ini, pada pendapat saya tidak kira PAS, PKR mahupun UMNO dan waimah DAP ataupun PSM jangan jadikan masjid sebagai landasan pengukuhan kepartian. Sebaliknya masing-masing harus menerima masjid sebagai intitusi keislaman yang membawa perpaduan ummah khususnya ahli kariah, tanpa mengambilkira latar belakang politik masing-masing. InsyaAllah.
ni lah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. kerana nila paklah, habis semuanya rosak.
http://tolakpaklah.blogspot.com
sy ikut ucapan menteri penerangan semlm.. thn 74..anwar ajak semua student UM wat demostrasi.. thn 2008, dia ajak lg pengikut dia wat demostrasi..x ada keje lain ker? asyik nk merusuh jer.. dpd g merusuh, baik la g bg idea mcm mana nk turunkan harga minyak ke.. or buat apa2 manifesto PKR dulu..
Nak tanya satu perkara. Yang tukang ulas semua ini selalu pergi ke masjid @ surau ke? Ke setakat berdegung-degang kat sini jer? Tunjuk prihatin keadaan surau dan masjid-masjid yang hidup segan dan mati tak mahu.
Ikutlah tazkirah dan majlis yang dianjurkan. Sekurang-kurangnya dapat pahala. Ini tak pergi dengar tapi sibuk cakap sini politik sana politik. For sure baru Ustaz baca satu dua ayat Al-Quran, terkena batang hidung terus cakap politik. Come on la brother. Kalau tak boleh imarahkan masjid bagi lah orang yang nak imarahkan.
'Nak tanya satu perkara. Yang tukang ulas semua ini selalu pergi ke masjid @ surau ke? Ke setakat berdegung-degang kat sini jer? Tunjuk prihatin keadaan surau dan masjid-masjid yang hidup segan dan mati tak mahu'
hehe, terkedu dua tiga kepala yang baca. Itulah yang berlaku kepada bapa saya. Perginya tidak, sibuk buat alasan politiklah, propalah.. padahal masa BN perintah Selangor dulu, ustaz2nya dari kalangan UMNO.. pun dia x pergi. Selalunya tazkirah yang diberi berkisar tentang kehidupan seharian. Pengurusan hidup kita muslimin muslimat seharian. Bila bercakap tentang rasuah, maksiat dan amalan jahiliah dikatakan politik. tahukah kamu politik itulah yang menguruskan kehidupan kita selama ini?
Catat Ulasan