Rabu, 16 Julai 2008

Debat Anwar vs Shabery


Malam tadi saya pasti ramai rakyat Malaysia yang menonton siaran debat 'Hari ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak', Anwar vs Shabery. Debat yang dijalankan sama seperti format debat calon Presiden Amerika. Kalau di Amerika setiap kali pilihanraya presiden, debat antara calon presiden dari Democrats vs calon Republican akan dipertontonkan secara langsung ke seluruh Amerika. Debat mungkin lebih daripada sekali sebelum pilihanraya bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak.

Di Malaysia, ini pertama kali debat sebegini disiarkan. Ini ekoron rakyat merasakan perlu untuk tahu lebih lanjut kewajaran kenaikan harga minyak. Di pihak Pakatan Rakyat pula, Anwar nampaknya menjuarai isu ini. Akhirnya, debat Menteri Penerangan vs Ketua Umum PKR pun dijalankan. Di dalam dewan debat berlangsung, dapat dilihat Ahli Parlimen PKR turun padang untuk memberi sokongan kepada ketua mereka.

'Opening statement' Anwar vs Shabery melihatkan Shabery agak kurang 'points' dan lebih menumpukan untuk menyerang peribadi lawan. Opening statement Anwar lebih meyakinkan. Bagaimana minyak boleh diturunkan secara umum dinyatakan. Wakil Shabery, Nordin Kardi yang bertanyakan soalan lebih menjengkelkan. Tidak habis-habis dengan 'premis'nya dan nampak seperti seseorang yang ingin mematikan pihak lawan dalam pertandingan debat sekolah menengah.

Walaupun kedua-kedua kuat dengan hujah masing-masing, saya nampak hujah Anwar lebih kuat dan meyakinkan. Bukan kerana cara Anwar berhujah atau ekspresi mukanya, tapi lebih kepada 'points' yang lebih kuat yang dibawa. Anwar dengan jelas menyatakan RM 5 billion tambahan diperlukan untuk menurunkan harga minyak sebanyak 50sen daripada harga sekarang. Kenaikan harga yang mendadak, tidak boleh diturunkan harga dengan mendadak.

Pengurangan subsidi boleh dilakukan dengan mengurangkan/menjimatkan penggunaan bahan bakar untuk menjana elektrik. Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikatakan mempunyai “excess capacity” yang melebihi 1000 MW. Penjimatan kos ini juga boleh membuatkan tarif elektrik diturunkan. Ini bersangkut paut dengan perjanjian asal TNB & IPP yang dikatakan perlu di'review' kembali kerana selama ini perjanjian ini nampak sangat menguntungkan sebelah pihak.

Tentang hujah korupsi, saya tidak beberapa setuju. Adakah apabila Anwar berkuasa, kehilangan RM330 bilion (USD90 bilion) yang lesap kerana amalan rasuah boleh dihapuskan terus atau dikurangkan secara mendadak? Begitu juga dengan ketirisan subsidi diesel RM 70 juta. Kerana kenaikan global harga minyak yang agak luar biasa tahun ini, keuntungan Petronas pun naik lebih (untung bersih RM 61 billion) dibandingkan tahun lepas. Mungkin kerana ingin berkongsi mengurangkan beban rakyat, Petronas telah mengumumkan dividen tambahan RM 6 billion kepada kerajaan. Sekarang terpulang kepada kerajaan. Mungkin 1,2 atau 3 billion ringgit boleh digunakan untuk menstabilkan harga minyak sekarang.

Shabery yang banyak kali cuba membangkitkan nostalgia kenangan aktivit Anwar nampak lari dari topik asal perdebatan. Mungkin sekali-sekala dan tidak terlalu panjang boleh diterima. Tetapi serangan peribadi yang berulang-ulang menampakkan kelemahan sendiri yang tidak banyak 'points' bernas untuk diutarakan.

*Nota Tambahan

Semalam berdebat, hari ini 16 Julai Anwar telah pun ditahan polis dan dibawa ke IPK, Kuala Lumpur.
Anwar telah dibebaskan pagi ini 17 Julai atas jaminan polis.

74 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

shabery yang tak tahu menahu sebenarnya
asyik nak pusing ayat2 sama je awal sampai akhir
tapi dengan tertangkapnya anwar, mereka fikir dah aman. jika anwar dipenjara, paklah selamat. jauh mana la selamatnya si tua bongok tu? sama2 kita lihat.

Tanpa Nama berkata...

sudah di agak,ini akan terjadi.lantang bersuara,lantas di tangkap.
ap ini demokrasi namanya?
kata klu pukul 2 patut ditangkap,knpa sblm pukul 2 telah ditangkap?mungkin perlu ke bangku sekolah belajar pasal waktu agaknya

Hiswadi Anuar berkata...

Apa boleh buat syeikh..itulah demokrasi ala Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Shabery cuma mengulangi apa yang kerajaan tekankan selama ini. Serangan peribadi terhadap Anwar menunjukkan mentaliti budak sekolah menteri BN

http://dunia-politik.blogspot.com

Letting the time pass me by berkata...

Sepatutnya Anwar dapat melaukkan Shabery, tetapi saya nampak, Anwar pun kadangkala goyah dengan serangan Shabery.. Anwar mempunyai segala macam advantage didalam debat ini...

Syabas kepada Shabery kerana berani berdebat dalam isu yang sangat-sangat disadvantage pada beliau.. Pada saya, Shabery tetap menang... It is a win-win situation for him...Dia seorang "novis" melawan seorang "expert"...

Dia berjaya berdepan dengan Anwar didalam isu debat yang sangat-sangat berat sebelah.. Mana ade orang yang sokong harga minyak naik... Jadi kemenangan sudah tentu pada pihak Anwar... tetapi Anwar sebaliknya gagal memberikan pukulan KO kepada Shabery dan BN..

Tapi harga minyak pun tetap kekal.. tak turun pun.. jadi apa guna kalau Anwar menang debat nie? Sekadar menang sorak aje ke?

asalbayu berkata...

Memang budaya dusta kini menjadi amalan lumrah. Masakan tidak ingat kenyataan mengenai kenaikan harga minyak yang dikatakan akan berlangsung dalam bulan Ogos 2008. Tiba-tiba awal Jun 2008 harga minyak naik. BN juga pernah jamin harga minyak tak akan dinaikkan selepas PRU12. Sekarang ni naik tinggi yang turut mempengaruhi harga barang. Nelayan menderita. Petani juga tak terkecuali. Pemandu teksi apa lailah. Kakitangan awam pula boleh buat kerja sambilan bagi menambahkan pendapatan. Lebih teruk lagi, jenayah juga meningkat. Benarlah kalau BN itu diterjemahkan sebaai BARANG NAIK.

Tanpa Nama berkata...

Apa yang saya boleh katakan "Debat Anwar vs Shabery" bukan"Buku bertemu Ruas"..... Ibarat Harimau yang kelaparan berlawan Sang Kancil. Cakap Anwar pun ada yang "cakap tak serupa bikin", semasa dalam kerajaan lain pendirian tentang sesuatu isu, slps "tersingkir" dari kerajaan lain pula pendiriannya.

Tanpa Nama berkata...

Tapi kita bagi tabik juga Strwberi Chik nie, sekurang-kurangnya dia berani berdebat dgn DSAI, Badawi dgn Najib, berani ke?...mcm takde teloq jee!!!..Hee!!..Hee!!.Hee!!

Tanpa Nama berkata...

adakah malaysia negara yang merdeka?? cuba korang pikirkan..merdeka kah kite jika dikalangan majoriti masyarakat islam ni tapi kita tidak boleh menegakkan negara islam sebaliknye negara sekular...kita diberi merdeka oleh british dengan syarat xde negara ISLAM!! Merdeka kasihan..aku lagi rela berperang untuk menegakkan negara ISLAM yang sebenar dari diberi merdeka kesian with terms & condition..if we are really independent then there should be no terms&conditions accepted..ni mungkin kejahilan org2 dulu yang x paham maksud JIHAD..mati kerana nak menegakkan negara ISLAM,negara ALLAH..SYAHID..mari kita mengejar syahid..dunia hanya sementara,akhirat kekal abadi..bangunla bangsaku,bangunla saudara seislamku,pulangla ke asal mu,kembali ke fitrahmu..kembali pada Tuhanmu..Allah Hu Akbar!!

Tanpa Nama berkata...

encik dunia politik, menteri2 kita ni mmg belajar sampai alif ba ta je..saya terbaca di tolakpaklah.blogspot.com

Mohd Nadzri Kamsin berkata...

mr. campro,
Demokrasi itu lain maksudnya.

duniapolitik,
Serangan peribadi yang keterlaluan memang tidak patut dalam berbahas.

letting the time pass me by,
Betul juga. Ada masa, Anwar ditenggelamkan oleh Shabery. Tapi keseluruhannya saya rasa Anwar yang menang.

asalbayu,
Ini lebih kepada kelemahan pentadibran flip-flop Pak Lah.

nazri,
Melihat apa yang ada sekarang, Malaysia bukan negara sekular atau negara Islam sepenuhnya. Ada gabungan kedua-duanya. Negara sekular tidak akan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi. Tiada perbelanjaan kerajaan dibolehkan untuk urusan agama. Negara Islam yang sebenar pula sepatutnya mengamalkan undang-undang Islam secara total.

ahib0205 berkata...

apa yang aku nampak la ni mahasiswa dah bangkit untuk sama2 perjuangkan kebenaran. sbb dulu kecik2 tak tau apa. dok perati je. la ni dh besar leh pk mana baik mana buruk. hambekk...

P/s: jaga2 sapa yang bergelar mahasiswa tu. SB sentiasa ada disekeliling anda :P

zulkufli.umcced@gmail.com berkata...

Saudara-saudara ku.

Perdebatan itu merupakan perdebatan hala tuju atau masa hadapan. "The future". Sebarang perbincangan kebelakang atau isu sejarah samada untuk kerajaan, Sabery atau Anwar merupakan 'out of topic'. Inilah masalah yang sering berlaku dalam perbahasan atau perdebatan.

Pada perspektif saya, perbahasan itu mesti dinilai diantara dua pendebat yang hanya melingkari masa depan dan isu "jadi kerajaan dan esok turun harga minyak".

Itu sahaja. Dalam debat lepas saya kira jika kita rasional dan tahu cara menjadi juri mengikut peraturan debat dan undang-undang juri, maka kita akan tahu sebenarnya siapakah yang menang. Kita tidak perlu beremosi tentang perdebatan tersebut kerana ianya bukan untuk Sabery atau Anwar tetapi untuk kita rakyat yang membayar petrol setiap hari, yang membeli makan setiap hari.

Contohnya beras yang di katakan murah, saya sentiasa membeli beras Jasmine 5 kg pada harga RM 18 semalam saya beli dengan harga RM28. Itu beras, belum sabun, gula, gandum, lampin, minyak masak, gas .. bagaimana? Apakah kita pun nak turut jadi hipokrit dengan menjawab, alah naik sikit je barang, tak ada kesan?

zulkufli
zulkufli.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

anwar is really good.. in talk..semua org tau... again.. more experienced.. compare dgn org BN...

apapun... sy x kisah org nk sokong sapa.. but really don't like.. "tanpa nama berkata".. si tua bongok? mind ur words.. jgn org kata..org melayu x tau adat.. :p

unicorn berkata...

salam,

debat DSAI and Datuk shabery hanya memberi lebih kredit kepada DSAI. Topik pula topik sensitif dimana seluruh penduduk dunia 'naik minyak' bila dengar tang ni.

bagi saya (yg menolak DSAI utk menjadi pemimpin )mengatakan DSAI yg lebih berpengalaman dan lebih putar belit telah menang(dlm debat itu)!
on DSAI kena tahan tu, mmg dia yg minta (minta simpati dr penyokong),
kalau IGP dan AG boleh pegi balai on time given, why not him?



Datuk shabery kalau nak lebih menyakinkan pilihlah topik 'liwat meliwat ' atau yg berkaitan ke...ayo yo

ini debat macam gurubesar lawan pelajar daa...
DSAI ni kalau pasal berdebat ,mmg first class tapi pasal lain, hancur. minta bersumpah,kena bersyarat,minta nak test DNA,tolak,minta pi balai,cari idea lain untuk raih perhatian.

Tanpa Nama berkata...

Apa yg dikatakan oleh Letting the time pass me by mmg btul..tp pedebatan ni tak de kemana pun..no point..setakat berdebat..pastu pe jad?ermmm..

johor johor kite berkata...

tidak ade siapa pun setuju minyak naik itu betul... satu tindakan yg berani buat shabery.. TAPI... pi la buat homework skit... cari point yang boleh me'nerang'kan kenapa kena minyak naik... pasal IPP tuh ramai yang tak tahu. kos tuk buat power plant tu memang mahal... bagi tau laa kat rakyat ape jadi kalau si anwar tuh cuba kacau IPP.... kerajaan akan berhadapan risiko blackout semalaysia... kalau dah satu malaysia blackout pasal power plant yang kite pakai tu murah murah punya berapa plak kite rugi? masa tengah bergelap tuh bleh ke si anwar tu kutip balik sorang lima posen yang dia kurangkan tuh.... di sebabkan 1 billion kerajaan rugi berpuluh-puluh billion... kalau rumah tak de karen tak pe sebab tak menjana duit... tapi kalo kilang? kedai? aku rasa all the bloggers lagi laa marah kalo karen tak de.. camne nak bertenet? huhu...

Mohd Nadzri Kamsin berkata...

Kenyataan Media Anwar (selepas dibebaskan)

On Saturday, 12-07-2008, the police came to my house to serve a Section 111 Criminal Procedure Code notice, harassing my family and demanding my presence at the IPK Kuala Lumpur (Federal Territories Police headquarters) at 2pm on Monday, 14-07-2008 despite an earlier agreement with my lawyers for me to come to the IPK on Monday 14-07-2008. On the next day, Sunday, the police also served an ex-parte court order, prohibiting me from physically being within 5 km from the Parliament on Monday 14-07-2008. As you can see, my house and the IPK KL are within 5 km radius from the parliament building.

The court order effectively put me under house arrest on Monday and at the same time prevented me from going to the IPK. On Monday, 14-07-2008, the presence of police personnel outside the compound of my house strengthened our suspicions that they would be prepared to arrest me as soon as I left the compound of my residence, on the pretext of me violating the court order. The issue here, is which order should I comply with, the ex-parte court order or the Section 111 notice from the police?


On the same day, the police through the Investigating Officer, one DSP Jude Pereira wrote and faxed to my lawyer at about 1.06pm, informing that I was required to be present at the IPK KL on Wednesday, 16-07-2008 at 2.00 pm to assist with the investigation. I conveyed my agreement to the appointment and it was communicated to the police through my solicitor, Messrs S.N Nair and Partners via telephone and letter on the same day.


On Wednesday, 16-07-2008, I was at the Anti Corruption Agency (BPR) head office to record my statement pursuant to the police report lodged by me at IPK Shah Alam on 01-07-2008, against the Attorney General Gani Patail and the Inspector General of Police Musa Hassan for their involvement in the fabrication of evidence way back in 1998. To ensure that we will be able to attend the appointment with the police at 2pm, we cut short our statement at the BPR’s office, and this fact was clearly conveyed to the BPR officers present.


At about 12.45 pm, the IO, DSP Jude Pereira called Mr Nair to confirm about our attendance and Mr. Nair confirmed that we would attend that 2pm appointment. We were about to have a quick lunch at my house before proceeding to the IPK. 5 minutes later, we were ambushed by a team of masked and heavily armed police personnel near my house.


I was arrested and brought to the IPK. I cooperated fully with the police by giving my cautioned statement from 2.30 pm to about 7.30 pm. At this particular point, the IO and the other officers handling this case were doing their job professionally. I was then given assurances by Assistant Commissioner of Police Razali and later Senior Assistant Commissioner II Khor (through my lawyer) that I would be released on police bail on the same day.


However, later on, upon my return from Kuala Lumpur General Hospotal (HKL), the IO, DSP Jude Pereira informed me and my lawyers that I will be detained and put in the police lock-up overnight for the purpose of recording a further statement in the morning.
I and my lawyers protested, giving our undertaking that we will be back anytime required by the police to continue with the recording of the statement, and there was no need for me to be detained overnight, and that I should be released on police bail. The police, through the IO were adamant that I should be detained and put in the police lock-up overnight, despite them knowing about my physical condition. I had to spend the night sleeping on a cold cement floor, which aggravated my back injury which was due to the beating I received from the then IGP, Tan Sri Rahim Nor on 20th September, 1998.


This morning, after a short statement that was recorded for about 30 minutes, I was released on police bail. I was in pain and had to immediately receive some medical treatment upon my return home. I now wish to deal with the statement of the Criminal Investigation Department (CID) Director, Dato Mohd Bakri Mohd Zinin as appeared in Utusan Malaysia today, inter alia
“Pasukan khas bertopeng polis terpaksa memintas kenderaan DSAI di Bukit Segambut di sini dan menahan Anwar ekoran tindakan Penasihat PKR itu mengubah haluan kenderaannya pada saat-saat tempoh yang diberi kepadanya untuk menyerah diri kepada polis pada pukul 2 petang ini hampir berakhir”


This is a blatant lie from the CID director to cover up their shameful act of abuse of police powers. I have given the assurances and had just informed the IO 5 minutes before the disgraceful ambush by the police through my lawyer who was with me in the same car.
In addition to the above, the Deputy Home Minister, Wan Farid said, as reported in Star Online that, I “went voluntarily to the police car without any incident.” Again, this is also a blatant lie by the government.


I take to task the IGP for this abuse of police power against me through the events I’ve narrated above. It appears that the events of the last few days, the nature of my unwarranted arrest, my overnight incarceration which was actually absolutely unnecessary, were an act of personal vengeance against me in retaliation to the reports I lodged earlier against him, which are now being investigated by the ACA.
DNA
I have reasonable grounds for having no confidence in the system. In the course of the trial of the false allegations of sodomy in 1998, DNA evidence was fabricated and used against me. The persons responsible for the fabrication then were the IGP, SAC Rodwan and the AG, are new key players in this investigation.


Until now, I have been denied access to the police report made by the accuser against me.
My accuser is still under police protection and as such, any fabrication is possible if they take my DNA. My decision to refuse a DNA test is taken through advice of my lawyers and DNA experts, both local and overseas.

ANWAR IBRAHIM

Tanpa Nama berkata...

A'kum,

jika ada masa sila ke blog saya utk berkongsi pendapat, tq.

nawawidahalan.blogspot.com

cakap.net berkata...

Tun merupakan PM yg hebat, Pak Lah, Najib, sape2 dlm umno sakng ni pon takde yg layak ganti Tun.. kecuali serog je yg setanding iaitu Anwar.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Saye melihat yang debat politik pertama Malaysia ini sebagai masih mentah. Kali pertama dimana format nya tidak dilandaskan dengan baik dan secara objektif dan kedua dua belah sering keluar tajuk. Bila akan datang, lebih banyak debat diadakan, pedebat dan pendengar akan tahu apa yang boleh dan tidak boleh dalam debat.

Bagi saya, serangan atas pedebat lawan adalah sah, jika didalam tajuk. Itu adat berdebat. Datuk Shabery kata IPP yang sekarang adalah kerangka masa DSAI dulu, adalah satu point. DSAI membalas IPP agreement itu di tentang dahulu tetapi dicelah PM, sampai Pengurusi TNB resign, ini adalah ayat pembelaan. Jadi, ini adalah cara debat yang sah.

Dalam debat ini, DSAI adalah Penyokong dan DS adalah pembangkang. Belum lawan DSAI dah dapat point. Tetapi saya sebagai penonton, menantikan point point kukuh, bukan bersahaja. DSAI kata turun 50 sen melibatkan RM 5b diperlukan. RM 2b dari excess tenaga dan RM 3b dari penjimatan dan menampal kebocoran. Point kukuh untuk IPP tp kurang bagi punca mana datang RM 3b.

DS ada bagi point membangkang, seperti habis minyak 2015, baru nak naik harga, dan point kewangan government semakin dimakan oleh subsidi, inflasi di Venuzuela dan Iran tetapi tidak cukup juga untuk membangkang debat penyokong. Nyata DS pon masih kurang point untuk di utarakan.

Walaubagaimanapun, saya pon boring kalau DSAI berulang kali menyebut ketirisan dan kebocoran.

Ini isu minyak, patutnya penyokong memberi dalil yang penyokong mampu untuk turun harga minyak. Pembangkang pula, patut menyatakan yang menurunkan harga minyak akan menjejaskan kewangan kerajaan, dan kerajaan tidak mampu menanggung nya. Tetapi, kedua2 belah pihak sering keluar tajuk, demi agenda lain dari tajuk debat.

Bagi saya, saye mahu quality debat. Jadi saya harap, akan datang lebih banyak debat berkualiti diadakan. Tak kira la siapa yang mendebat. Ikut tajuk debat. Tajuk debat untuk rakyat dan debat untuk Malaysia.

Ingin mengajukan sesuatu. Jika kita nagara bukan pengeluar minyak, apabila kerajaan mengurangkan subsidi. Rakyat tetap akan marah. Tetapi kocek negara berkurang. Pembangkang boleh menang pilihanraya, jika main isu seperti sekarang.

aMiRs82

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya DSAI dah jadi lauk dan banyak soalan yang tak dapat dijawap.

Mula2 confident dgn idea turunkan harga minyak sebanyak 50 sen. Dalam semua cadangan, hanya dgn IPP saja nampak praktikal walau perlu di semak bentuk perjanjian yang dah dibuat. Takut2 nanti ada yang mahu saman menyaman pulak.

Masalah nak ambil duit dari kroni dan dari hasil perangi rasuah tak praktikal kerana duit2 tu dah terpakai.

Sebenarnya bukan kurangi 50 sen yang ingin di sampaikan oleh DSAI. Ianya lebih kepada kenaikan yang mendadak yang membebankan sebenarnya ingin di utarakan. Itu idea lapuk sebab semua orang tahu tu. Setelah dibalas Sabery, ungkapan 50 sen dah jadi sepi tapi alasan kenaikan mendadak pula jadi keutamaan dan banyak kali diulang-ulang dan dipertahankan sama seperti banyaknya serangan peribadi keatas DSAI. Jadi 50 sen tu sebenarnya adalah gimmick politik untuk menarik perhatian audience dan supaya semua orang membeli calculator untuk kira penjimatan belajawan mereka tiap2 bulan. Itu saja pointnya, yg lain cuma bahasa apologetic seorang politikus yg kalah.

Kalau nak dikira dengan rebate RM625 setahun yg dikembalikan kerajaan, kenaikan harga minyak sebenarnya dalam lingkungan 50 sen je..

Andainya kenaikan mendadak yang diprotes, bukankah itu bermaksud beliau juga bersetuju untuk menaikan harga minyak walau secara bertahap? Dan berapa lamakah 50 sen boleh bertahan? 1 tahun 2 tahun? atau 1 bulan atau 2 bulan? Dan berapa kalikah gaji2 kita naik dalam 1 tahun? sekali dua kali?

Sesungguhnya takda orang yg nak harga minyak naik kerana takut effect pada semua harga barang.

Cuma cara pemikiran ahli politik yg kita mahu. Betul kata Sabery bahawa orang diluar senang nak bercakap, komplen atau menuduh sebab mereka bukan pembuat keputusan. YYg susah adalah orang yg buat keputusan...mau populist dan merosakkan atau tidak popular tapi senang kemudian hari.
Tak payah nak bawak contoh tahap negara...tengok sahaja kerjaya kita sendiri. Masa jadi officer bukan main lagi kita hantam tuan manager kita, itu ini semua tak kena. Tapi bila kita pula jadi manager, kita pun sama dengan boss kita dulu.....
Tengok saja case kat Selangor baru2 ni....nasib baik ada orang inform..kalau tak..kroni moni yg berkuasa..

Tanpa Nama berkata...

Shabery sememangnye bukan lawan Anwar. Hanya Tun Mahathir sahaja lawannya.
Point Shabery was vague, but Anwar was really convincing back up with solid facts & figures. Bila dengar Anwar bercakap memang terpukau. Patut la ramai yg kena brainwash bagi tak dapat berfikir dengan jelas.
Whatever it is not enough to convince me, walaupun pemerintah sekarang ini banyak sungguh kekurangannya.

Tanpa Nama berkata...

It is easy to talk when u outside the government especially when u r an opposition..wut actually happen in the goverment,we dont know...in the case of IPP for example,anwar still in government,now he question the thing..

as the future employee of PETRONAS (report 2 sept), i think the government not too dependent on them to provide money..yes PETRONAS has gained a lot of profit,but about 40% if i'm not mistaken it is from outside the country..wut if in 2020 probably malaysia is an oil nett importer? yes with the new technology,PETRONAS can recover more oil,but we must remember,new tech is more expensive...the capital expendinture is much higer, and also the cost operating...

as i said early,it is easy to talk,but when to implement it,it is something else...

Tanpa Nama berkata...

as mahathir said in his blog,we must congratulate shabery for his bravery to debate with old timer DSAI...

for a newbie like him,i think he did quite well...

i want to say CONGRATZ to Shabery...

Tanpa Nama berkata...

i have to disagree with opinion anwar shud be our next PM..dont u see nowadays,PKR is a platform for chinese and indian to rule nation?

wut happen in Perak..MB is malay,but back to history when Sultan just an adviser in religion..now its happening again...MB just a doll they control..i dont know y people still not see this...

or MALAY is very stupid????

Pak Andak berkata...

Jelas Anwar lebih dominan dari segi style and content. Dia kekal dengan tajuk walau diasak dengan serangan peribadi daripada Datuk Shabery yang mungkin kurang bersedia atau terlalu yakin dia dapat menundukkan Anwar dengan mudah.
Walaubagaimanapun saya amat menghormati Datuk Shabery atas beberapa sebab :
1. Keberaniannya berdepan dengan Anwar. Di mana menteri senior yang lain? Adakah mereka hantya berani bersorang dibelakang selepas semuanya selesai?
2. Keterbukaannya memberi ruang untuk penganjuran majlis debat ini amat saya kagumi.
Perkara yang menjejaskan rasa hormat saya kepada beliau pula :
1. Beliau menafikan membuat serangan peribadi terhadap Anwar dalam perdebatan tersebut sedangkan lebih 4 juta rakyat Malaysia menyaksikannya secara langsung. Beliau seharusnya meneruskan keberaniannya dengan tidak menafikan apa-apa.
2. Beliau perlu lebih bersedia dengan melantik seseorang untuk memberikan isyarat apabila air liurnya meleleh ke tepi mulut.

Tanpa Nama berkata...

Khairul...

Agak shallow jugak awak ni.

Cuba baca balik...betul betul what you have said.

Tanpa Nama berkata...

dei... ennada...
tari pudi nari kuti no en tri for BN>>>BN>>>BN....

from: shaberi cheat

nahmy berkata...

inilah yg omputih kata "it's depend to the eyes of the beholder". sapa yg pro Dato Nuar maka Dato Nuarlah yg baik berhujah malam tu. sapa yg pro Dato Shab maka Dato Shablah yg bagus. tapi bagi mereka yg rasional....hmmm..buatlah pilihan bijak anda. saya? i goes with the fact & figures.

Tanpa Nama berkata...

salam,

sekarng ni ada hard core DSAI supporter buat chained email on saiful bukhari's background dan letter to najib -created by dude named 'andrew'.

So, whoever received that kind of emails , dont get too excited abt it. Dari dulu(1998) sampai sekarng, DSAI tak habis modal untuk meraih sokongan drp penyokong-penyokong buta-tuli atau penyokong baru yg menyangka dia(DSAI) begitu istimewa..!

Bagi saya,w/p seorang yg pernah di tolak kerajaan TIDAK akan pernah akan memburukkan negara sendiri di luar negeri apatah lagi kepada Sekutu Iblis (US).

dr masalah peribadi,spt kes liwat kalau DSAI benar mengapa takut dgn bayang2 sendiri? Anda hanya perlu ujian DNA dan hapuskan semua tuduhan itu dan berjalanlah dengan megah jika kebenaran itu adalah hakiki.

malah rakyat pula mahu dimomokkan dengan cerita kononnya konspirasi BN dan facts fabrication oleh polis? apa lagi otak putar alam anda (DSAI) boleh korek untuk raih simpati? mungkin boleh guna agama.?..ini juga telah di pakai oleh DSAI.

Dlm kes liwat pula, peguam2 semuanya kaum india,mrk apa peduli hukum hakam agama jika BENAR SAH salah DSAI.kaum lut atau tidak,Dilaknat Allah atau tidak,peduli apa,janji anak guam menang dan habuan lumayan!

saya setuju dengan komen blogger yg menyatakan PKR adalah platform untuk lebih ramai cina dan india memerintah !

sedarlah semua, jarum dimasukkan perlahan-lahan tanpa anda menyedarinya .INI tanah warisan kita!!!!

Sofie Natashah berkata...

Masa singkat sangat, Anuar cuma sempat sentuh pasal bincang balik perjanjian IPP dan tertinggal cara mcam mana nak dapat lagi 2 bilion untuk cukupkan 5 bilion.


S.Cheek pula, x der point langsung kenapa naikkan harga minyak. Sibuk dengan Venuzuela memanjang. Alasan rapuh, ikut harga minyak global. Patutnya teranglah kenapa kerajaan ikut harga minyak global. Langkah2 yang diambil untuk berdepan dengan ramalan minyak habis 2015.


p/s : Dalam chedet.com, ramai gak yang sungguh2 kata Anuar Ibrahim kaki liwat, tertanya2 juga, masa kena penjara 6 tahun dulu, macma mana Anuar Ibrahim tahan nafsu dia nyer? Ada tak sesiapa yang dengar, mana2 banduan kena liwat? ke Anuar duduk dalam sel sorang2 aja? heheehh...

wallahualam... nauzubillah....

SiR KinG TiGeR berkata...

Saudara Nadzri

Anwar adalah seorang pidato yang hebat. Belum ada lagi saya tengok seorang Menteri sekarang yang dapat mencapai 40% kebolehan Anwar Berhujah. Jadi semalam nampak macam keldai melawan kancil ! Hantar lah orang lain !!

DatOK ZeQ
Kelana Jaya, Selangor
http://datokzeq.blogspot.com

Jeli-Semenyihdaily berkata...

PELIKLA LA JUGAK DALAM BLOG MAHATHIR TU DAH NAK MAMPUS DAH TAPI TAK HABIS-HABIS MEMPERTAHANKAN FITNAH JE,HARAP AMBIL IKTIBAR DARI MOKHTAR ABDULLAH,KHALID JEFRI,ZAINAH ANWAR...SEKARANG NAK TUNGGU DAN TENGOK CAMANA MAHATHIR DENGAN MUSA HASSAN PULAK,APA BALASANNYA..

Tanpa Nama berkata...

aku tak nampak sangat ianya sebagai suatu debat. apabila si-nuar memberikan fakta dan data penurunan harga minyak 50sen, si-stroberi sepatutnya mematahkan hujah fakta dan data tersebut. ini tidak berlaku.
aku rasa si-stroberi kena belajar banyak tentang cara nak berdebat....

Mohd Nadzri Kamsin berkata...

ahib0205,
Kalau hendak memperjuangkan kebenaran, tidak perlu risau soal SB. Persoalannya samada yang diperjuangkan itu betul atau tidak.

zulkifli,
Saya sememangnya berpendapat bahawa penilaian debat perlu hanya kepada apa yang dihujahkan berkaitan tajuk perdebatan. Serangan peribadi memang di luar tajuk.

6ky angel,
Anwar is an orator.

unicorn,
Tajuk debat memang nampak bias kepada Anwar. Tetapi, kedua-duanya telah bersetuju dengan tajuk ini. Persoalan bias tidak timbul lagi.

johor johor kita,
Ramai orang kata Shabery agak gugup masa berdebat. Mungkin kerana itu dia tidak dapat membalas hujah IPP yang dibentangkan Anwar.

cakap.net,
Anwar seorang sahaja dikatakan layak untuk menggantikan Tun?

khairul,
Good luck in your future undertakings with Petronas !!

pak andak,
Memang betul. Sekurang-kurangnya Shabery berani tampil ke depan.

nahmy,
Memang yang mengulas dalam blog ini ada penyokong kuat kedua-dua pihak. Walauapapun, mereka tetap dengan pihak yang mereka sokong.

sofi natashah,
Masa sejam memang tidak sempat untuk menyatakan penuh hujah masing-masing. Namun kedua-duanya sudah menunjukkan yang terbaik.

datok zeq,
Anwar sememangnya seorang pemidato yang hebat.

jeli-semenyih daily,
Tidak elok berprasangka buruk kepada orang.

Tanpa Nama berkata...

jeli-semenyihdaily kata "PELIKLA LA JUGAK DALAM BLOG MAHATHIR TU DAH NAK MAMPUS DAH TAPI TAK HABIS-HABIS MEMPERTAHANKAN FITNAH JE.."

HARAP JAGA perkataan awak..!nampak sangat awak mempunyai mentaliti rendah dan blocked!

Tuduhan kepada DSAI bukan fitnah (note that!)ttp penyiasatan sedang dilakukan berdasarkan laporan dr seorang warganegara malaysia.oleh kerana beliau PUBLIC FIGURE dan seorang politician maka tidak akan lari dr publisiti media(DSAI pun mmg mengahrap publisiti begini sebenarnya).

DSAI telah menggunakan kepetahannya bercakap dan memutar belit fakta sedangkan beliau belum lagi di tuduh secara rasmi di mahkamah! Malah beliau telah 'memusingkan' balik kes seolah2 konspirasi kjaan dan Fitnah untuk menghalangnya menjadi PM..!

Anda sebenarnya berfikiran cetek dan lembab dan juga tak mengenang budi serta bermulut laser yg out of bound!

Zahid berkata...

Pasca Debat: Ulasan yang terlewat

Saya tidak mahu mengemukakan kekecewaan saya terhadap Shabery Cheek, sudah terlalu banyak kekecewaan terhadap beliau dalam begitu banyak blog di Malaysia. Malah, saya melihat hanya Berita Harian yang mengampu beliau dengan ayat “menteri itu lebih banyak mengemukakan fakta berbanding Anwar…” (ampu jangan tak ampu, BH). Tidak terjumpa satu pun blog orang kerajaan yang memuji hujah-hujah Shabery. Dari blog khir toyo, muhammad taib, ali rustam, semuanya membisu dan tidak memberikan komen padahal hari-hari sebelumnya blog-blog ini turut mempromosikan debat tersbut.

Saya tidak mahu bercerita lanjut tentang Shabery. Cukuplah. Saya cuma turut kecewa dengan Anwar, walau pun sedikit. Keseluruhannya OK, berkali ganda lagi bagus dari Shabery yang tidak fokus pada topik. Tapi bagi saya Anwar tidak berjaya meyakinkan orang-orang UMNO bahawa harga minyak di Malaysia mampu diturunkan.

Hujah Anwar yang pertama sungguh tepat dan konkrit. Hujah dan langkah kedua juga berasas.
A. Penjimatan bahan api dan belanja untuk IPP dengan mengurangkan stanby capasity memberikan rm2billion setahun.
B. Kewangan kerajaan sekarang terlalu banyak ‘bocor’ akibat :
B.1. Decision making yang tidak betul menyebabkan banyak projek diluluskan dan kemudian dibatalkan dan terpaksa dibayar pampasan yang sangat tinggi kepada syarikat terbabit;
B.2. Kebocoran kewangan kerana menyelamatkan kroni
B.3. Rasuah dalam projek-projek kerajaan yang berleluasa.

Sebenarnya ada hujah ketiga (C) dalam menurunkan harga minyak, yang saudara Anwar hanya sempat mengulasnya sedikit sahaja, tetapi bagi saya ianya adalah hujah yang paling besar dalam isu ini. Setiap kenaikan USD1 setong minyak, kerajaan Malaysia mendapat beratus-ratus juta tambahan pendapatan setahun. Tidak ada rasional untuk menaikkan harga minyak sedangkan kerajaan bertambah pendapatannya. Pertambahan pendapatan ini jauh lebih tinggi daripada pertambahan bajet yang terpaksa dikeluarkan kerajaan untuk mengekalkan harga minyak pada harga lama.

Daripada Perbendaharaan Negara, pendapatan kerajaan hasil petroleum meningkat dari setahun ke setahun dengan peratus yang sangat tinggi.
2004 – sekitar rm25 billion
2005 – sekitar rm30 billion
2006 – sekitar rm45 billion
2007 – rm52.3 billion
2008 – rm67.6 billion

Untuk data 2004 – 2006, saya ambil berdasarkan anggaran daripada graf di http://kickdefella.wordpress.com/page/2/ yang datanya diperolehi dari halaman perbendaharaan malaysia, http://www.treasury.gov.my . Untuk data 2007 & 2008, saya ambil daripada laporan keuntungan petronas 2008 yang diumumkan pada petang sebelum debat berjalan, dan disiarkan di dalam utusan keesokan harinya. Saya memetik satu perenggan “Berikutan peningkatan keuntungan itu, Petronas membayar sebanyak RM67.6 billion kepada kerajaan pada tahun ini berbanding RM52.3 billion pada tahun kewangan lalu.”

Saya tidak ada data tentang jumlah subsidi bahan bakar, tetapi Shabery berbohong ketika menyatakan, jika mahu mengekalkan harga minyak pada harga lama, kerajaan perlu mengeluarkan sejumlah rm50 billion setahun. Sedangkan, laporan sendiri menyatakan “dengan penstrukturan semula subsidi ini, kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan sejumlah rm13billion setahun yg akan digunakan untuk sektor2 lain seperti makanan dan lain-lain.” Dengan kata lain, jika dikeluarkan rm13 billion dari mana-mana sumber, kerajaan akan dapat mengekalkan harga pada harga lama. rm13billion adalah tidak membebankan jika dibanding dengan perolehan kerajaan daripada petronas sebanyak 67billion. Malahan, daripada bajet 2008, perbelanjaan kerajaan malaysia hanya dianggarkan sekitar 48 billion (rujuk the star 16 july 08).

Ketika Shabery memberikan soalan pandai “Adakah kerajaan pakatan rakyat akan menaikkan harga minyak secara mendadak apabila Malaysia menjadi nett impoter minyak pada 2015?”. Jawapan Anwar bernas, “sape kata minyak kita habis 2015?, kita hanya akan jadi nett importer pada 2015 jika tiada telaga baru ditemui.” Shabery perlu ingat, minyak kita bukan lesap secara mendadak pada 2015, jika benar tahun itu kita menjadi nett importer. Sebagaimana minyak tidak akan lesap secara mendadak, begitu juga kerajaan pakatan rakyat tidak akan menaikkan harga minyak secara mendadak.

Mungkin pada 2015, kita terpaksa mengimport 10 ribu tong sehari, mungkin tahun berikutnya bertambah kepada 20 ribu tong sehari dan seterusnya. Sebagaimana pertambahan ini adalah secara perlahan, begitu juga kenaikan harga minyak tidak sepatutnya dibuat secara mendadak. Lagi membingungkan, kenapa kerajaan sekarang mahu membebankan rakyat ketika negara membuat keuntungan yang bertambah dari setahun ke setahun daripada hasil petroleum.

Tambahan pula, umum mengetahui petronas mencarigali minyak di 33 buah negara. Dengan keuntungan petronas yang meningkat dari setahun ke setahun, maknanya, hasil pendapatan kerajaan dari cukai petronas juga akan meningkat. Kita bukan mahu kacau wang petronas, tetapi sebagai sebuah syarikat malaysia, petronas akan terus membayar cukai kepada kerajaan malaysia (walaupun dividen dan royalti akan berkurang, jika benar hasil petroleum dalam negara berkurang daripada jumlah 650 ribu tong sehari). Tiada kebimbangan dari segi kehilangan sumber pendapatan yang mengejut atau mendadak. Janganlah menakutkan-nakutkan rakyat dari segi ini.

Datuk Johan juga mengecewakan saya apabila mengemukakan soalan "adakah kerajaan pakatan rakyat tidak risau, dengan memberikan subsidi yang tinggi, kerajaan bukan sahaja membantu rakyat, tetapi juga membantu syarikat-syarikat lain yang menjual minyak di malaysia seperti shell, bp, esso dan sebagainya". Pada saya, Datuk Johan sungguh tidak faham konsep. Kita nak beri subsidi untuk mengurangkan harga minyak, bukan hendak menambahkan komisyen jualan kepada syarikat atau pengusaha stesen minyak. Jika shell mendapat 10 sen dari seliter minyak yg dijual, ia akan kekal pada tahap itu. Yang kita nak tambah adalah subsidi, bukan komisyen.

Ini sahaja yang terlintas setakat ini. Tentang Nordin Kardi. Malas pula nak komen. Rasa bodoh pula nak melayan orang yang bodoh. Kalau saya rajin dan ada masa, bahagian kedua akan menyusul.

Wassalaam.

Mohamed Faisal Abdullah berkata...

Tak guna kita bertikam lidah yang akhirnya tiada penyelesaian tetapi menambah demdam di hati sesama Melayu Islam.
Orang melayu susah untuk bersatu berbanding dengan bangsa cina walaupun fahaman politik berbeza mereka masih boleh bersatu. Orang Melayu berpecah belah disebabkan ideologi politik yang berbeza.

Persoalannya mengapa orang melayu susah bersatu?
Jika dikaji dari sudut kelemahan bangsa melayu sememangnya orang melayu sangat taksub dengan fahaman dan parti politik, sehingga meletakkan kepentingan parti politik melebihi kepentingan Agama Islam dan Kepentingan Bangsa Melayu. Di sesetengah tempat ketaksuban terhadap politik amat keterlaluan, di mana soal ibadat di Masjid pun perlukan persamaan ideologi politik. Soal nikah khawin pun perlu persamaan ideologi politik supaya kedua-dua belah pihak keluarga dapat merestui.

Persoalan kedua, bolehkah orang melayu bersatu demi Kepentingan Agama Islam dan Bangsa Melayu.
Jika kita lihat parti Politik di Malaysia, UMNO dan Pas adalah dua parti politik yang mewakili Bangsa Melayu. Jika dikaji dari sudut ideologi politik antara kedua parti ini, kita lihat ideologi politiknya adalah hampir sama, iaitu perjuangan menjurus kepada kepentingan Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia. Persoalannya, mengapa UMNO dan Pas tidak boleh bersatu dibawah satu bumbung demi perjuangan Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia?

Parti PKR juga ramai keahlian dari Bangsa Melayu, tetapi Parti ini adalah Parti Global yang mempunyai ahli berbilang bangsa yang mahukan “keadilan sama rata”. Takkan Sivarasa nak memperjuangkan Agama Islam & Bangsa Melayu? Ideologi PKR seperti tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain, ataupun ideologinya lebih kepada “Malaysian Malaysia”.

Ayuh bangsaku bangun dan bersatu berjuang memartabatkan Agama Islam & Bangsa Melayu. Jangan sampai Melayu Islam tergadai dibumi sendiri baru nak tergadah…………….

Keturunan Awang Ahmad berkata...

Sebahagian daripada titah Sultan Nazrin berkaitan dengan kepentingan Agama Islam dan Bangsa Melayu. Harap dapat dihayati dan direnungi sejenak demi Maruah Bangsa dan Agam Islam

“Sedarlah! Apabila sesuatu bangsa memilih untuk merendahkan bangsanya sendiri, akan terbukalah jendela yang memberanikan bangsa lain untuk menghinanya. Lalu bangsa akan dipandang fakir dan adat budayanya bakal tersingkir.

“Apabila kekurangan begitu cepat ditafsirkan sebagai kelemahan, maka padi mula dikatakan lalang, beras pula disangka pasir,” titah baginda dalam ucaptama ‘Bangsa Melayu: Mencanai Minda - Membentuk Sikap’ di Kongres Pendidikan Melayu.

“Pemimpin Melayu juga harus bijak mengenal pasti bidang-bidang yang dapat memberi kelebihan kepada bangsanya, serta memperlihatkan keberanian, kekuatan dan ketegasan dalam menghadapi tekanan yang mahu menggugat ketuanan bangsa” titahnya.

“Malang bagi bangsa apabila agama yang bertujuan menyatukan ummah, kini dipolitikkan dan mula menjadi pencetus kepada perselisihan dan pemisahan umat yang merugikan bangsa Melayu.

“Pendekatan berlandaskan agama perlu diolah dalam dimensi lebih luas dengan pendekatan melalui saluran agama yang perlu dikembangkan dan dilaksanakan secara lebih inovatif dan kreatif.

“Agama Islam mempunyai pengaruh sangat mendalam dalam kehidupan bangsa Melayu serta memiliki kuasa magnetik yang boleh menangkap emosi bangsa, namun kuasa dan kekuatan itu belum diterokai sepenuhnya,” titah baginda.

“Kandungan pengajian sekolah pondok memerlukan perekayasaan supaya sekolah itu dapat menjadi tapak semaian minda membantu menghasilkan golongan profesional, teknokrat dan saintis Melayu bagi melangsungkan agenda pendidikan pendidikan sepanjang hayat,” titah baginda.

Baginda kesal kerana agama Islam, yang berpengaruh dalam membentuk sikap dan mencanai minda bangsa Melayu, disalahguna dan dieksploitasi untuk politik dan tujuan lain yang tidak produktif sedangkan ia perlu diterokai sepenuhnya untuk pembangunan bangsa.

Tanpa Nama berkata...

A=Anwar
N=Nak
WAR=Perang...

DSAI mmg suka melayu berperang sama sendiri..lagi apa?

Tanpa Nama berkata...

saya rasa, sekiranya 3 bula dari sekarang parlimen dibubarkan, pilihan raya diadakan, kemungkinan besar Anwar dan Pakatan Rakyat akan Memerintah.Hidup Pejuangan Rakyat!!

Tanpa Nama berkata...

saya x stuju dgn comment anonymous diatas...mengatakan bahawa anwar mahu mewujudkan peperangan antara kaum melayu...
xnampakkah apa yg anwar dah buat...sanggup keluar tv untuk menolong rakyat...still x appreciate lg...abistu nk skong pak lah??
yg asyik naekkan arga minyak n seterusnya harga barang laen juga terus naik...
x semua org kaya..kne ingat 2...

Gak® berkata...

DSAI nak berperang???
xlogik2...

Ihsan Khairir berkata...

apa khabar nadz! lama tak jumpak. hebat sungguh kau menulis ya.

Semut Api berkata...

Salam Nadz,

kita tengok pak lah Umno bermuzakarah dgn Pas pulak...

kita tengok bagaimana pak lah melontarkan idea dgn tone suara dan gaya bahasa yang boleh melayukan orang Melayu...

Tanpa Nama berkata...

Salam...

debat tu pada saya...tak kemana...
anwar nampak ada kelebihan sikit...ada point sikit...
Shabery pulak lebih banyak melalut...

debat tu untuk apa sebenarnya...??

adakah untuk membantu rakyat...??

satu untuk menjatuhkan pihak lawan...
satu lagi plak untuk meraih populariti...

daripada hujah anwar...walaupun anwar cuma main agak² je...munkin betul banyak

kroni...rasuah what so ever (kita pun nampak benda ni)...tp dia@kita semua tak berada di

dalam...so dia@kita tak tahu apa sebenarnya yang terjadi...macam yang si Shabery tu

melalut...ada betulnya jugak tu...cuma lari topik...kena buat debat lain la baru releven...

persoalannya...adakah anda pikir sekiranya Pak Lah @ kerajaan ikut padandapat @ hujah yang

diberikan oleh...rasa² anwar akan bubarkan ke PKR...??

adakah anda rasa anwar akan berhenti di situ jer...atau pun dia akan bangkitkan isu lain

plak...dulu hindraf...dah slow isu tu minyak plak...skang ni isu simpati pasal kes

dia...yang tak tahu betul atau tidak...mungkin org nak kena kan dia...atau munking dia nak

meraih simpati ataupun memang dia buat...Wallwahu'Alam...lepas ni isu apa plak dia nak

bangkitkan...

pada saya anwar ni adalah seorang yang sangat kepingin nak jadi PM at all costs...

Cikgu Din Sakura berkata...

makasih nazri, hendak juga kau melawat blog atuk yang sepi tu. atuk memang sokong dsai anwar tak kiralah apa orang kata. dah cukup fedup ngan umno yang lari dari perjuangan asal. pemimpin tulen yang tak mementingkan diri semacam dah lenyap nampaknya.

oh ya, kalau pm dah lancar hydrofuel, atuk plak dah pakai ezi-kit lebih seminggu. mehlah jengok blog atuk. khususnya orang semban.

Gak® berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ibnul'araby berkata...

Salam Nadzri.. Thanks for visiting my blog.. Saya antara org yang kagum dengan keberanian Dr Asri dalam memperkatakan apa yang benar tak kira menyentuh sesiapa pun.. Beliau mempunyai idea yang luas dan amat effisien dalam menjalankan amanah selaku Mufti Negeri Perlis. Buat anda.. Teruskan perjuangan..! Semoga Allah memberkati tiap usaha kita yang memberi manfaat kepada org lain..

Tanpa Nama berkata...

UNTUK UMNO totok!!!
hahaha!!! Sesiapa yang masih bendul setelah menonton DEBAT berikut dan masih tak sedar pada hakikat dan realiti ekonomi negara masih la duk bawah jambatan kelang!!! Minyak global naik = Minyak petronas sweet clear untung besar... untung besar maknanya, Negara kaya, negara kaya maknanya kerajaan berduit... mana datang method hasil negara untung besar tapi negara miskin? sapa ajar? oh lupa... sekolah dari kerajaan 'B'arang 'N'aik...
subsidi untuk sekolah? Islam mengajar melalui kitab Al-Quran... pemerintah adalah WAJIB menyediakan prasarana dan infrastruktur termasuk salah satu ialah pusat pendidikan (sekolah). maka tidak timbul isu subsidi sekolah!!
memang dah tanggungjawab pemerintah sediakan sekolah!!! deii.....
Ahmad Sabery? mana jawapan dari panel soalan berkenaan 4.3 billion dan 13 billion yg katanya dijimatkan utk sistem pengangkutan awam? (langsung tak jawab!!!)

naib canselor tu tahu buat soalan ker? (langsung tak tahu bersoal... kalau nak hujah, berdiri jer a sebelah Ahmad Saberi tuuu...)

Mana Fakta, Angka, & Penyelesaian dari Ahmad Saberi? .... citer apa dier berhujah? minyak abis tahun 2015? deii maca... setiap 1 liter minyak yg rakyat M'sia gunakan, PETRONAS mendapat minyak baru sebanyak 1.8 liter!!!! tu la baca tak abis... sekolah lagi tajaan 'B'arang 'N'aik.

Minyak Naik = Barang harga tak naik.... sapa ajor nie? perghh... pelik betul Menteri... menteri tahap ilmiah begini yang dicari2....

nak marah aku?.... aku cakap suma berlandaskan kepada prinsip Al-Quran... kerajaan telus... rakyat sayang... kalau marah aku... makna ko marah ajaran Al-Quran... maknanya ko marah Allah S.W.T... kalau ko org yang mengucap 2 kalimah shahadah... sama yang aku ucap.... tapi menolak apa yang Al-Quran kata... baik korang mengaku murtad!!! betul tak?
Perangi Al-Quran? Langkah mayat aku seribu kali!!! kerana yg SYAHID itu tidak mati sebenarnya!

Mohd Nadzri Kamsin berkata...

zahid,
Terima kasih kerana memberikan komen yang cukup panjang dan bernas. Sayang sekali, kita tidak dapat mendengar hujah Anwar tentang pertambahan pendapat kerajaan melalui kenaikan harga minyak.

mohamed faisal abdullah / keturunan awing ahmad,
Berdebat dan bertikam lidah bukan tidak ada faedah. Yang penting kedua-dua pihak dapat mencari penyelesaian bersama.

crysys,
Memang tidak logic untuk Anwar berperang. Dengan siapa?

ihsan khairir,
Jika dikatakan hebat saya menulis, bacalah semua yang ada di sini.

semut api,
Sungguh dalam maksud anda. Saya faham.

cikgu din sakura,
Rasanya atuk sudah menjadi penyokong kuat Anwar.

ibul a’raby,
Sama-sama kita terus berjuang.

therion-grass,
Komen yang berisi tapi agak beremosi. Terima kasih.

hafiz berkata...

salam universal dariku! situs yang menarik !

myblogtomyself berkata...

kalau di kira pengalaman - kira Anwar tak menang, sebab dia 'otai' bab-bab bercakap nih... tapi dari segi 'persona', memanglah Shabery kalah. So kesimpulannya:

isi - anwar menang (weight = 2)
hujah - anwar menang (weight =2)
Gaya - seri (weight = 1)
xperience = anwar kalah sebab tak dapat TKO shabery (weight=5)

Result : Shabery (5+1)
Anwar (2+2+1)

So Shabery menang .. huaha... (lagipun aku tak suka si Anwar tu, so kira berat sebelah sikit :) )

Tanpa Nama berkata...

debat anwar vs shabery merupakan satu titik permulaan yang baik bagi meyuburkan amalan demokrasi di negara kita.daripada pengamatan saya terhadap komen-komen dalam blog ini,rata2 blogger menulis dgn emosi yang akhirnya melenyapkan rasional pemikiran.dan yang paling bahaya adalah apabila penulisan disulami dengan sentimen keagamaan.
malaysia dibentuk dengan penyatuan tanah melayu,sabah dan sarawak.perlu dikaji bahawa mungkin sentimen agama dan kemelayuan agak relevan di tanah melayu/semenanjung malaysia. tetapi bagi penduduk sabah/sarawak ianya langsung tidak relevan.kaum pribumi atau penduduk asliu bagi kedua-dua negeri ini adalah dari suku kaum iban/bidayuh/bajau/kadazan/dusun/tobilung/irranum/murut dan banyak lagi tetapi bukan melayu.oleh kerana kedua-dua negeri ini juga sebahagian daripada malaysia (atau lebih tepat lagi kewujudan malaysia adalah kerana penyertaan kedua2 negeri ini)maka haruslah juga diambil kira perasaan kaum-kaum pribumi di negeri2 ini.
sekiranya kaum melayu dikatakan kaum termiskin maka fakta yang saudara/i perolehi nyatalah tidak tepat.hakikatnya kaum pribumi di negeri sabah/sarawak lah yang jauh lebih daif.namun saya bersyukur kerana walaupun dalam keadaan sedemikian kami di kedu2 negeri mundur ini masih bersatu padu dan berjuang untuk membangunkan negara tercinta walaupun hak dan kebajikan kami telah dinafikan sekian lama.harapan saya saudar/i blogger yang lain dapat melawat dan melihat keeratan berbilang kaum dan agama di negeri2 ini yang hidup dengan harmoni tanpa pra sangka buruk antara satu dengan yang lain. cuma kehadiran umno di sabah yang membawa sentimen kemelayuan dan keagamaan dari semenanjung nampaknya menjadi titik mula kehancuran keharmonian kaum di sabah. syukur sarawak masih mempertahankan kedaulatannya dengan menolak kemasukan umno setakat ini.
dalam memilih kerajaan perkara utama yang perlu diambil kira adalah kebolehan urustadbir negara yang baik meliputi ekonomi, perpaduan kaum dan keamanan. saya secara peribadi berpendapat kerajaan yang ada sekarang gagal mengurus negara dengan baik dan memerlukan suatu perubahan yang drastik sekurang-kurangnya peralihan kuasa pemimpin.debat seperti ini walaupun menyuburkan amalan demokrasi tetapi dengan keadaan ekonomi sekarang ianya tidak begitu praktikal. tapi mungkin sekurang-kurangnya rakyat diberi peluang mendengar dan menilai siapa pemimpin yang boleh memerintah dengan lebih baik. apapun asasnya adalah urustadbir negara yang baik.

Tanpa Nama berkata...

anwar kemaruk nak jadik PM.kempunan nak dok putarjaya.same aje,kalau dia jadik PM,kene sumpahan kennedy la gamaknya.

Shagrath berkata...

salam buat semua!!

Sudah la.korang sume yg bg komen dalam ni pun same.pengecut.cakap je lebih.apa pun x buat.pentingkan diri.kalau x setuju psl sesuatu benda tunjuk laa.x setuju ngn kerajaan tunjuk la rasa x setuju ngan kerajaan. nak sokong kerajaan tunjuk la yg ko sokong kerajaan. penakut.semua org sekarang sbnrnya dah jadi org yg pentingkan diri. bersatu padu?bermasyarakat?pegi mati semua tu..semua x ikhlas.. kalau ikhlas nak pjuang nasib rakyat keluar laa..tunjuk yg ko tu pejuang..ini cakap je lebih..

renti kan lah kawan2.jgn bcakap tentang pkara yg kite tak tau sahihnya.setakat dgr baca boleh blah. kate org dapat dosa.Nabi kate jangan cakap orang lain syaitan.kalau ko cakap jugak, ko lebih 40 kali syaitan dari org yg dikatakan tu.jgn kita sewenang2 nak jatuh hukum pada orang lain kerana siapalah kita. Yang penting hisab diri, teguhkan amal ibadat, baiki diri sendiri. kalau x pcaya, Allah kata rosak nya kaum tu puncanya dari tangan mereka sendiri. kaum kita yg kat malaysia ni dah rosak sbb dah kurang rahmat Allah. ada pk?? haa.. balik pk..

Tanpa Nama berkata...

pada pendapat saya, tindakan DSAI untuk 'diserang' oleh shabery adalah betul. perbuatan shabery seperti budak kecil yang bergaduh dan 'mengunkitkan' hal hal yang langsung tiada kaitan dengan debat ini. ini menunjukkan betapa childish nya representative yang dihantar oleh kerajaan.
walau bagaimanapun, DSAI memang jauh lebih hebat dari shabery, at least DSAI did do preparation for the debate.

unicorn berkata...

sofie natashah berkata...
'p/s : Dalam chedet.com, ramai gak yang sungguh2 kata Anuar Ibrahim kaki liwat, tertanya2 juga, masa kena penjara 6 tahun dulu, macma mana Anuar Ibrahim tahan nafsu dia nyer? Ada tak sesiapa yang dengar, mana2 banduan kena liwat? ke Anuar duduk dalam sel sorang2 aja? heheehh...'

Pakar2 (profilers)yg membuat/menyimpan/mengkaji rekod serial killer/rapist/phaedophile dan yg sewaktu dgnnya memberikan fakta w/p penjenayah2 dijel 10 atau lebih bergtg kelas jenayah ,bila bebas pun,big chunk of percentage back to do the same crime!! kira dlm jel tu,'puasa' lah....
kesimpulannya bukan sesuatu yg ganjil jika kesilapan berulang sebab iblis hidup sampai akhir zaman nooo.....!!!

alaa...jgn dok hadap sgt anwar tu, kita banyak pemimpin yg belum nampak taring lagi.

mungkin sebaik Tun M atau lebih ...insa Allah asalkan jgn jatuh kat bangsa lain.

Ya Allah selamatkan tanahairku, agamaku ,keturunan dan anak bangsaku.

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Memang banyak kata2 bernas dari ke dua belah pihak. Apa salah nya, ideologi masing-masing. Saya tak pro ke mana2 pihak. DSAI, betulkah nak perjuangankan nasib rakyat semata atau ada agenda tersendiri atau DS, betulkah seperti dikatakan kerajaan membela rakyat atau sekadar nak melepaskan tengkuk sendiri di dalam debat.

Tertanya saya, apakah yang pentingnya di sini? Selesaikah permasalahan kita sebagai rakyat Malaysia di sini? Gembirakah pro DSAI dengan gambaran debat ini yang seolah2 dimenangi beliau atau gembirakah pro kerajaan yang diwakili DS yang MENYOKONG penuh kenaikan harga minyak yang di buat kerajaan?

Bagi saya semuanya tak menguntungkan. Tak menyelesaikan masalah. Yang nyata cuma perbalahan berterusan.

Yang lebih dikehendaki rakyat adalah pemulihan kepada permasalahan sekarang. Keadaan politik yang kacau, kegawatan ekonomi yang makin meruncing dari hari ke hari, permasalah sosial yang makin kronik dan perbagai isu2lain yang amat menjengkelkan.

Saya lebih prihatin kepada soal kepimpinan sekarang. Saya kira ramai yang bersetuju yang kepimpinan sekarang adalah GAGAL. Butakah atau tulikah mereka yang mengatakan Malaysia kini cemerlang?
Sejarah membuktikan KECEMERLANGAN selama 50 tahun dahulu. Cemerlangkah lagi kita kini?

Secara peribadi saya katakan kerajaan pimpinan AAB harus digantikan dengan kepimpinan baru yang lebih praktikal. Tetapi tidak saya katakan PERLU digantikan dengan kepimpinan dari barisan yang lain. Adakah hanya seorang sahaja yang layak mentakbir negara Malaysia ini? Terlalu tanduskah Malaysia Kini dari para pemimpin? Masih ramai lagi yang berwibawa di luar sana. Cuma kekadang kita terlalu taksub dengan ideologi masing-masing.

Tetapi apa yang pasti..... barisan AAB itu tidak lagi releven.

Tanpa Nama berkata...

hi,

from my point of view...this debate is just a waste of time! Politiking i suppose! where is the solution? Shabery keep attacking Mr Sodomy regarding his past actions and mr Sodomy keeps saying you vote us we reduce 50 cents 2morrow!

To Mr Shabery, we all know the oil price around the globe is soaring like mad, whether u r poor or rich country u r facing this problem. we want to know the solution! Comparing with other countries regarding fuel prices is a good thing but bear in mind that Norway UK Singapore are earning a lot more than us per capita! Solution? Solution?
What happen to Bakun? if u use hydro we dont need to import coal! but for god sake, Kamal son of badawi is the soul coal importer for TNB! so guys should know what will happen if Bakun starts to operate! Biofuel! hybrid! solar! wind power! Those who build their house and use solar to power their electricity will get a lot of tax benefits in Spain! why cant G provide the same thing? Public transport! in Scotland old folks can ride buses and even train for free and student can get their 'student all day ticket' to travel in the city! why cant we do that?

To Mr Sodomy, u said previously the fuel price would be remained after the election if PR is elected but now u r saying the fuel price to be reduced by 50 cents that will only bring down to 2.20! what happen to 1.92? 2ndly, u said petronas will find another oil well, but how sure are u with this? if yes we have it until when we r going to depend on fuel subsidy? what next? the formula that u have created has so many void in it! ur views were and are always the short term solutions! i cannot see u as the leader of Malaysia and never will!

TDM u have done so well i have regretted for not voting u when u were the PM!

lady from hell (scotland)

Fisabilillah Warrior berkata...

Bro, ulasan bro kat blog Nadzri tu best la...

Mohd Nadzri Kamsin berkata...

hafiz,
Salam blog untuk anda.

myblogtomyself,
Walaupun Anwar memang terkenal sebagai seorang pemidato, Shabery sebenarnya sudah sedia maklum di kalangan Ahli Parlimen sejak penggal yang lepas sebagai seorang yang aktif berhujah di Parlimen.

tanpa nama (ulasan 22 Julai, jam 1635),
Orang Melayu memang akan sentiasa membawa sentimen 'kemelayuan'. Ini bagi saya tidak salah. Orang Melayu mempnuyai hak untuk mempertahankan identiti dan kedaulatan bangsa. Semenanjung Malaysia itu sendiri sebelumnya dikenali sebagai Tanah Melayu. Ini semua berbalik kepada sejarah sebelum merdeka. Dalam masa yang sama, Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja menjamin hak orang Melayu, kaum bumiputera lain turut diberi perhatian.

shagarath,
Saya rasa sebahagian besar daripada mereka yang komen sudah pun menunjukkan protes mereka melalui pilihanraya. Protes tidak semestinya demonstrasi jalanan.

william,
Saya turut terfikir samada Shabery sudah membuat persiapan fakta secukupnya.

unicorn,
Apa yang dikatakan memang betul. Belum tentu orang yang sudah lama tidak meliwat tidak akan kembali lagi melakukan perkara yang sama.

adicars,
Anda adalah salah seorang pengulas dalam blog saya yang lantang tentang perlunya Pak Lah meletakkan jawatan.

tanpa nama (lady from hell (scotland),
I like the idea that old folks can ride buses and even train for free and student can get their 'student all day ticket' to travel in the city. Thank you for sharing.

keluarga bahagia,
Ulasan apa?

Tanpa Nama berkata...

Unicorn,

Saya sependapat dengan anda berkenaan nuar brahim tu seperti di bawah

DSAI ni kalau pasal berdebat ,mmg first class tapi pasal lain, hancur. minta bersumpah,kena bersyarat,minta nak test DNA,tolak,minta pi balai,cari idea lain untuk raih perhatian.

Dia ni bukan saja pandai berdebat, tapi juga pandai berkawan dengan musuh bangsa dan agama... ada masalah pi cari turki... tak boleh settle, cari "samseng" ugut kita...Malaysia.. kalau tak, takkan si merica tu cabul sangat nak defence si nuar tu... pasal apa dulu, lepas keluar penjara tak heboh nak dakwa IGP & AG, kenapa baru sekarang nak dakwa... nampak tak betapa liciknya si nuar...tu

Dalam memilih pemimpin, inilah siasah dan ciri paling asas yang patut tak ada dalam nilai diri/jati diri untuk memjadi pemimpin dalam semua peringkat....

Kepada orang Melayu yg sokong dia tu... sedarlah.. kalau dah memang hak kita... buat apa nak bagi kat orang lain...ingat tentang social contract..kita adalah melayu sederhana yang telah bersetuju memberikan sebahagian hak penting kita kepada orang asing.... Jadi kalau orang asing dah tak berapa paham, kenapa lah si nuar ni sibuk nak bagi dema lebih tak paham... Kalau dah betul nak bagi sangat kat orang asing... tu, kau bagi je lah harta kau dan harta anak isteri kau kalau tak cukup, tak payak nak USIK "hak istemewa org Melayu" pegi je mintak kat kawan baik kau..org yahudi yang berperanan menghancurkan negara Iraq..dulu.

Tanpa Nama berkata...

mungkin saya tidak faham tujuan sebenar debat itu di buat, tapi saya yakin ianya supay memberi peluang pada DSAI memberitahu apakah langkah dan bagaimana caranya untuk menurunkan harga minyak.Kalau shabery faham tajuk perdebatan tak mungkin dia akan menyerang secara peribadi @ sebenarnya tiada jawapan untuk menidakkan cadangan yang di utarakan oleh DSAI.
jelas DSAI hanya akan menggunakan 2 billion ringgit untuk menurunkan 50sen harga minyak sekarang.mesej yang saya faham, kalau berbilion bilion boleh di keluarkan untuk menyelamatkan syarikat mega kenapa tidak 2 billion ringgit? sudah jelas petronas sendiri memberi bonus 6 billion ringgit kepada kerajaan. tak bolehkah digunakan duit itu? wang selebihnya yang lain dari petronas masih boleh digunakan untuk subsidi sektor lain seperti yang shabery bentangkan.

Tanpa Nama berkata...

Marilah kita sama-sama bersatu....tak sedarkah kita selama ini hanya merendah-rendahkan keupayaan bangsa kita sendiri sedangkan dalam masa yang sama bangsa lain makin berani menuntut hak kita atas nama kesamarataan...cukup-cukuplah kita selalu kata...kalau semua negara arab boleh bersatu...israel pun akan lenyap...ha..ha.. betulkah ..mampukah kita sesama bangsa di negara yang sama..agama yang sama.. bersatu dulu...lepastu barulah bercakap tentang penyatuan bangsa arab....nak dok heboh ni orang politik...kita tak layan diamlah depatu.......masing-masing telah menjalankan tanggungjawap semasa PRU12..hormatilah kehendak rakyat iaitu kita sendiri...sekarang adalah masa untuk semua pemimpin membuktikan mereka mampu memerintah terutama negeri2 yang 5 tu...jangan masih merasa andatu pembangkang..rakyat seperti masih telah mula menilai... Tahniah untuk Datuk Nik Aziz..walaupun berdepan dengan tekanan dari pusat masih tabah memimpin negeri...bukan macam negeri lain baru tak dapat bajet dah mengelabah..macam mana nak memerintah negara..nanti Amerika gertak sikit aje...kantoi...

Tanpa Nama berkata...

ada yang dah mati mendadak ke harga minyak naik 'mendadak' nih?

ada yang bercerai berai sebab harga minyak naik?

berapa ramai dah kena buang kerja?

ada sesiapa yang kena penyakit kritikal akibat langsung kenaikan harga minyak?

semua shopping complex tutup dah ke? orang tak shopping dah?

penah nampak orang makan rumput tepi jalan?

ade?

rilek ar. chill bro.

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera,
Saya baru terjumpa blog saudara nadzri ni. Interesting.
Pada fikiran saya, kita sebenarnya tidak perlu mengikut rentak politik masa kini kerana inilah yang diingini oleh pemimpin-pemimpin politik. Kita berbelah tentang kenaikan harga minyak, kita menyungut tentang kenaikan harga makan dsnya. tetapi, pernah tak kita berfikir bahawa kita yang sebenarnya mampu membuat sebarang perubahan dari semua segi tanpa pengaruh politik itu sendiri?

Banyak blog-blog yang saya baca lebih membicarakan agar kerajaan menurunkan harga petrol, menaikkan subsidi minyak. Maaf menulis disini, rata-rata kita terutama dari kalangan orang Melayu sebenarnya tidak boleh hidup tanpa subsidi. Kenapa jadi begitu?

Pada fikiran saya, hampir 50 tahun mungkin lebih dari itu, kita semua bermula dari datuk, bapa dan kita sekarang nie telah dimuakan dengan subsidi.

Nak bertani, subsidi, nak minyak, subsidi, nak beras, subsidi, dan s enarai subsidi ini akan terus panjang menjela-jela.

Perasan tak hanya orang kita Melayu sahaja yang dok sibuk berdemonstrasi membantah kenaikan itu dan ini, berlonggok-longgok mempertahankan seorang individu yang memang dari universiti pon dia seorang yang sering memberontak. (dari sudut kesihatan, kalau seseorang tu kerap memberontak maknanya dalam badannya penuh dengan toksid - tak reti nak berak pepagi la tu..hehehe)

Perdebatan dan pertikaian yang tidak berkesudahan tentang isu-isu semasa dari kalangan pelbagai peringkat hingga kita lupa dan alpa ini semua tidak lebih hanya topengan wadah perjuangan, keadilan demi untuk muaskan hati dan keseronokan diri.

Saya pasti bahawa kita akan berasa amat seronok sekiranya pendapat kita, idea kita, debat kita di terimapakai, di senangi malah di puji oleh orang lain.

Berdemonstrasi beramai-ramai, berasak-asak berjam-jam hingga memenuhi seganap pelosok jalan raya hingga menyusahkan orang lain
Bagi saya, secara logik, kita tak perlu subsidi petrol dan gas. Biarkan harganya tinggi.

Dalam dunia yang serba mencabar ini kita perlu kreatif, bijak dan jahat dalam menentukan survival kita. Kita pasti mampu melakukannya disebabkan tekanan hidup.

Kenapa rakyat Jepun masih mampu hidup senang dan kaya sedangkan taraf hidupnya paling tinggi didunia. Mereka berjaya kerana adanya tekanan.

Kenapa rakyat Korea selatan berjaya bangkit dari kemelut ekonomi 1997-98 dahulu? Kerana mereka berjaya menghadapi tekanan. Dari tekanan perang dengan Korea Utara, tekanan kewangan dari IMF dan Bank Dunia, mereka bangkit melawan. Jika kerajaan gagal, pemimpin tinggi mereka akan turun dengan rela hati.
Kenapa bangsa Melayu menentang kenaikan harga petrol dan meminta orang lain menyelesaikannya sedang kita duduk berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa? Kerana kita tidak pernah menghadapi sebarang tekanan.

Kita tak pernah mendapat ancaman perang. Kita tak peduli berapa ramai indon-indon masuk ke negara kita melalui bot-bot pancung setiap hari.

Kita terhangguk-hangguk di Pub dan Disco setiap masa sedangkan bangsa lain berusaha gigih memperbaiki diri.

Enuf say,

Saya tidak mendoakan kesejahteraan buat negara kita Malaysia sebab saya tidak pernah berasa bahawa saya cintakan negara ini. Saya lakukan apa yang perlu sebagai rakyat Malaysia untuk kesinambungan diri dan keluarga.

Keadilan itu hanya ilusi. Pembohongan itu amalan, perjuangan itu hanya topengan melampiaskan nafsu

Tanpa Nama berkata...

korang apa tahu....semua ni mainan DSAI je...from the begining til the end.....publisiti murahan, kampungan gitu... guna otak,pakai telinga,lu pikirlah sendiri apa itu politik.....korang ingat DSAI peduli ke ngan kestabilan politik dan ekonomi negara...kalau betul boleh turunkan harga minyak, suruhlah PKR buka stesen minyak sendiri, harga sendiri....kalau jadi....hmmm..tak payah susah2 buat road show cari keahlian...kitorangpun join jadi PKR.....setuju dak????

Unknown berkata...

Bile membangkang memang senang cari salah orang.ape yang susah.Kite tengok je lah macam mana pembangkang memerintah beberapa negeri yang mereka menang ni.Memerintah negeri2 yang establish dan telah dimajukan oleh kerajaan pun bukan kerja yang susah.Tak dinafikan kepimpinan Pak Lah memang "fail" lah.Bapak kehancuran.Tapi sebagai bangsa Melayu,kan byk cara lain lagi utk betulkan keadaan.Sepatutnya bersatu bukan bergaduh2 sesama sendiri.Bangsa lain tepuk tangan je tengok kite.
Bagi saya jaminan yang PKR tak bersekongkol dengan DAP,Hindraf dll.Baru saya sokong Anwar,(walaupun saya suka cara die berdebat).Harap sama2 fikir mcm mana nak pertahankan ketuanan melayu kite ni.

Tanpa Nama berkata...

hmm.. cube lihat survey yang saya dah lakukan untuk debat anwar vs shabery kat sini.. memang jelas :D

Voice Of Youth - Keputusan Survey Anwar Vs Shabery

Tanpa Nama berkata...

oklah tu ..datuk ahmad shabery tetap anak jantan....cayalah

abangxxx berkata...

abangxxx kata;
Tertangkapnya Anwar bukan kerana debat itu. Pada pemerhatian saya, debat itu menunjukkan Anwar tidak berubah. Retoriknya lebih banyak daripada fakta. Yang banyak fajta adalah Shabery. Apa yang mungkin mempengaruhi persepsi umum ialah tepukan penyokong PAS,DAP dan PKR yang memberi reaksi kepada retorik dan bukan fakta. Ketahuilah, tidak semua orang gemar pada retorik. Retorik pula tidak akan menyelesaikan masaalah negara. Begitulah Anwar.

Tanpa Nama berkata...

Yang paling utama dalam saneness nama ini sedang memanas udara dari ra panas , tanah tersebut , penyebabnya juga bisa menjadi front atmosfer nyaman dan lebih .