Khamis, 24 Julai 2008

Jin, Syaitan dan Masyarakat Melayu


Pocong, langsuir, pontianak, hantu raya, jenglot, bunian dan pelbagai lagi makhlus halus yang sinonim dengan masyarakat Melayu sebenarnya adalah kelompok makhluk yang sama yang digelar sebagai jin. Ada antara yang disebutkan di atas adalah syaitan. Syaitan itu sebahagian daripada jin.

Iblis yang kita sedia maklum mempunyai dendam yang mendalam terhadap Nabi Adam a.s. dan cucu-cicitnya (manusia) juga merupakan golongan jin. Sejarah Iblis agak istimewa berbanding jin yang lain. Iblis merupakan satu-satunya jin yang dilantik untuk menjadi ketua seluruh malaikat walaupun Iblis bukannya seorang malaikat.

Ketaatan dan amal ibadat yang tinggi mengangkat Azazil (nama asal Iblis) menjadi ketua para Malaikat. Jin dijadikan daripada api. Malaikat daripada cahaya. Manusia daripada tanah. Ciptaan daripada api dianggap lebih mulia daripada tanah. Perintah Tuhan untuk sujud kepada Adam tidak dipatuhi Azazil. Serta-merta, kemuliaannya sebagai ketua malaikat dilucutkan dan gelaran Iblis Laknatullah diberikan.

Dendam kepada Adam diturunkan kepada anak cucu-cicitnya. Setelah dijanjikan Tuhan untuk mendapat umur yang panjang dan boleh hidup sehingga kiamat, Iblis bersumpah untuk menyesatkan seluruh anak adam (manusia) sedaya-upaya. Penyesatan kepada manusia itu pelbagai bentuk.

Masyarakat Melayu yang hampir 100% beragama Islam seperti manusia lain yang tidak terlepas dari penyesatan. Yang ingin saya fokuskan di sini ialah tentang penyesatan dalam bentuk mempersekutukan Tuhan dengan makhluk jin. Dalam Islam, ini dipanggil syirik.

Sedar atau tidak sedar, ramai di kalangan orang Melayu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti berunsur syirik. Yang melibatkan diri secara langsung, akhirnya makan diri sendiri dan menyusahkan anak cucu di kemudian hari.

Kebanyakan orang Melayu sudah biasa mendengar tentang saka. Apa itu saka? Kerana terlalu mengikutkan nafsu untuk jadi kaya, untuk jadi tampan dan cantik secara tidak semulajadi, untuk jadi gagah perkasa sekelip mata, telah berhubung secara langsung dengan jin untuk memenuhi impian mereka. Susuk untuk jadi menarik dan manis hanyalah keindahan wajah palsu yang menipu pandangan mata kasar manusia.

Bagi yang ingin kaya cepat, nombor ekor dan rompakan secara halus antara yang menjadi pertaruhan. Yang hendak memenangi wang besar nombor ekor, dikatakan perlu mengunjungi kubur atau makam sekian-sekian pada waktu malam sambil membaca mentera. Kemudian akan datanglah 'atuk' atau 'nenek' yang akan memberikan nombor bertuah 4 digit, 5 digit kepada cucu-cucu untuk menjadi kaya-raya. Yang hendak menjadi perompak professional pula, jin yang biasanya dipanggil toyol digunakan untuk menjadi perompak upahan yang memang sama sekali tidak dapat dikesan oleh pihak polis.

Lain pula cerita tentang orang yang hendak jadi kuat dengan cara yang mudah dan ekpres. Ada tok guru silat yang memberitahu anak muridnya yang langsung tidak pernah bersilat tetapi setelah diajar mentera tertentu, si anak murid terus membuka langkah seperti seorang pendekar. Ada juga tok guru yang memberitahu kononnya roh Hang Tuah, Hang Jebat boleh dipanggil untuk meresap ke dalam badan dan membolehkan kita bersilat seperti pahlawan Melayu.

Secara logiknya, orang yang sudah mati tidak boleh dipanggil meresap ke dalam tubuh orang yang bernyawa. Yang dipanggil itu sebenarnya bukan Hang Tuah atau Hang Jebat, tetapi jin yang berjaya memperbodohkan manusia.

Untuk menjadi cantik, kaya, atau kuat seperti semua di atas melibatkan perjanjian manusia dan jin. Jin akan memenuhi hajat si pemanggil dan sebagai timbal balas, orang itu perlu melakukan perkara-perkara tertentu yang biasanya bertentangan dengan hukum syarak. Apabila orang ini mati, jin yang sudah biasa berdamping dengannya akan berusaha untuk mencari salah seorang waris si mati (anak-anak, cucu, abang, adik dan lain-lain) untuk meneruskan apa yang dilakukan oleh si mati dahulu. Jin yang mengejar waris si mati inilah yang dinamakan saka.

14 ulasan:

Uncleseekers berkata...

Anda telah melakukan satu langkah permulaan yang baik.
Syabas

Akar Umbi berkata...

"Apa itu saka? Kerana terlalu mengikutkan nafsu untuk jadi kaya, untuk jadi tampan dan cantik secara tidak semulajadi, untuk jadi gagah perkasa sekelip mata, telah berhubung secara langsung dengan jin untuk memenuhi impian mereka. Susuk untuk jadi menarik dan manis hanyalah keindahan wajah palsu yang menipu pandangan mata kasar manusia."

So, saka bangsa tu lebih kurang maksud di atas ke?

zelmey berkata...

Mereka yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan kehidupan akan menemui jalan yang tepat ..

Syabas ! saudara ....

Unfiltered-Madness berkata...

MEH BAGI PENDAPAT

SURVEY: JIKA PR MEMBENTUK KERAJAAN

http://anakmalaysia81.blogspot.com/2008/07/survey-jika-pr-membentuk-kerajaan.html

Nandre The Legend berkata...

makaseh sahabat karna bisa memberikan ruang untuk yayasan kepimpinan perdana bertapak di blog anda...

much appreciated

azlishukri berkata...

salam, saudara nadzri saudara sudah pun berpengalaman menulis, saya sangat mengalu-alukan tulisan saudara..sila hantar ke email saya azli.dbp.gov.my artikel saudara antara 4-6 muka surat, langkau 2 baris, topik berkenaan pengurusan, ekonomi semasa, ekonomi antarabangsa pelaburan dan kewangan. saya sangat mengalu-alukan.

donmny berkata...

TUAN

MOHON 'LINK' ARTIKEL KE BLOG HAMBA. TQ

Tanpa Nama berkata...

UMNO PENIPU BANGSA MELAYU.

UMNO KHIANATI RAKYAT

UMNO CEMARKAN AGAMA ISLAM

UMNO MESTI DIHAPUSKAN.

Tok Pawi berkata...

Aneh sungguh, agama dan hidup di dunia moden gagal hapuskan kepercayaan animistik orang-orang Melayu.

Nadzri, saya tertarik dengan banner anda yang berlatarbelakangkan Jalur Gemilang, maka sempena bulan Merdeka ini dan kempen peribadi saya jadi saya linkkan blog anda ke ayorlemuju.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Jin, Syaitan memang sudah meresap ke dalam masyarakat melayu, bahkan ada yang sudah melebehi jin dan syaitan. Yang memperkotak-katikkan undang-undang negara, sistem kehakiman, dan kebebasan bersuara di dalam masyarakat melayu. Sanggup berkerjasama dengan musuh dalam dan luar negara, keluar masuk mahkamah dan banyak yang sudah jadi wakil RAKYAT yang di pilih oleh anda semua. Shame on you people...

Tanpa Nama berkata...

Cerita pasal hantu di kampung aku ada banyak hantu..

1. Hantu Perakang

2. Hantu Pok Pok

3. hantu kentot

4. hantu amput

semua jenis hantu ni tak ada di lain tempat kecuali tempat aku

Tanpa Nama berkata...

Luruskanlah perjalanan lahir dan batinmu kerana jalan Allah itu adalah lurus. Jalan syaitan dan kekufuran itu banyak, pilihlah yang mana satu hendak ditempuh. Tapi jalan Tuhan itu hanya satu, tidak ada pilihan. Kalau tidak boleh menempuhnya pasti terpilih salah satu jalan syaitan dan kekufuran

fade0 berkata...

azazil = saiful bahari?

Razak Bahaman berkata...

Jin itu makhluk Allah serupa dgn maknusia. Juga difahamkan maknusia itu lebih mulia disisi Allah berbanding dgn jin - kalau tak macam mana Allah suruh jin beri tabek hormat pada maknusia? Pokoknya, kalau ada maknusia nak guna jin sebagai orang suruhan nya, pada saya itu okay aje. Cuma yg perlu di ingati adalah apakah urusan yg di pohon itu mendapat bukan sahaja izin Allah tetapi misti juga dapat redza Allah.