Selasa, 20 Mei 2008

Tun Dr. Mahathir keluar dari UMNO


Tindakan Tun Dr Mahathir keluar parti UMNO telah mengejutkan ramai pihak terutamanya ahli UMNO dan pemimpin tertinggi parti. Ada yang mempersoalkan tindakan beliau yang dilihat sebagai 'mengeruhkan keadaan'. Ada pula yang menyanjung tinggi Tun sebagai seorang yang cukup berani. Walaupun apapun, dari dahulu lagi Tun telah secara lantang meminta dan mendesak Pak Lah untuk meletakkan jawatan.

Banyak isu yang dibangkitkan oleh Tun masih tidak terjawab jauh sekali diselesaikan oleh Pak Lah. Penglibatan menantunya Khairy Jamaludin dan anaknya Kamaludin dalam urusan pentadbiran sudah kerap kali dibangkitkan oleh Tun. Sejak Pak Lah mengambil alih pentadbiran negara, secara tiba-tiba Scomi (syarikat di mana Kamaludin sebagai salah seorang pemegang saham) mendapat banyak kontrak daripada Petronas. Projek monorel di Pulau Pinang dan Putrajaya juga juga dikatakan diberikan kepada Scomi melalui syarikat M-Trans yang telah diambil-alih.

ECM-Libra sebuah syarikat yang kecil telah dapat membeli sebuah syarikat GLC yang bsesar, Avenue Assets. Cara pembelian dikatakan melalui strategik kotor. Saham Avenue Assets telah diturunkan supaya dengan mudah ECM-Libra membelinya. Salah seorang pemegang saham ECM-Libra adalah Khairy Jamaludin. Akibat tekanan kerana liputan meluas berkenaan isu ECM Libra Avenue, Khairy Jamaludin telah mengishtiharkan untuk melepaskan semua sahamnya dalam syarikat berkenaan.

Kita sebagai rakyat ingin tahu samada segala yang dikatakan Tun adalah betul atau ia hanya tuduhan liar semata-mata. Jika betul, maka Pak Lah - Mr. Clean bukanlah sebersih seperti yang kita sangka. Sudah beberapa tahun, Tun bercakap perkara yang sama. Tidak semua yang keluar di media. Kerana liputan yang disekat terhadap Tun (banyak yang ditapis), beliau telah memilih untuk bercakap menerusi blognya, http://www.chedet.com/. Pilihanraya ke-12 telah menunjukkan, rakyat marah kepada Barisan Nasional dan semestinya kepada Pak Lah juga. Namun Pak Lah masih terus berkuasa. Maka langkah terbaru Tun untuk memberi tekanan kepada Pak Lah adalah dengan keluar daripada UMNO. Beliau hanya akan kembali kepada UMNO apabila Pak Lah meletakkan jawatan. Tindakan Tun ini tidak patut dipertikaikan. Tun mempunyai hak untuk bersuara dan beliau juga mempunyai hak untuk keluar parti.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah di atas blog baru saudara.
Saudaralah harapan orang2 melayu khususnya melayu jawa, pelapis Dato Dr Khir Toyo dan pejuang dinar emas.
Tahniah sekali lagi dari saya dan oshin

Tanpa Nama berkata...

19 May 2008 merupakan tarikh paling kontroversi bagi ahli-ahli UMNO di mana bekas presiden UMNO yang telah memimpin parti itu selama 22 tahun nekad mengambil keputusan yang amat mengejutkan yakni keluar daripada UMNO,parti yang amat disayanginya selama ini.

Mengapakah harus beliau mengambil tindakan seumpama demikian? Apakah beliau tidak sayang kepada UMNO lagi atau itu merupakan manifestasi daripada kekecewaan beliau kepada kepimpinan tertinggi UMNO sekarang ini.


Jika diamati daripada riak wajahnya semasa mengumumkan tindakannya keluar daripada UMNO , jelas terbayang kekecewaannya terhadap parti yang dipimpinnya selama ini. Beliau benar-benar amat kecewa dengan parti UMNO di mana parti itu kini tidak lagi berperanan sepatutnya seperti UMNO yang dikenalinya semasa tahun 1946.

Beliau merupakan bekas ahli nombor 1 UMNO sanggup mengorbankan diri beliau dengan meninggalkan UMNO namun apakah ahli2 UMNO lain sanggup mengorbankan diri dengan mengikuti jejak langkah TUN?

Tun bukan merupakan seorang yang mudah kecewa ataupun mudah berputus asa namun tindakan nekadnya semalam dilihat setelah segala usaha beliau untuk memastikan Pak Lah meletak jawatan adalah sia-sia sahaja.

Tun kini sudah berusia lebih 80an dan kita sepatutnya bersyukur kerana Tun dikurniakan umur yang panjang namun semuanya ditentukan Allah. Apakah apabila Tun sudah tiada , maka baru kita hendak menyesal?

Mr.EJ berkata...

Tahniah Abg Nad..kamu sudah mahu join blogger yg lain .

Teruskan dgn penulisan yg membina.

Tanpa Nama berkata...

amir:

good job....anyway, krisis TUN ader jugak berpunca dari isu vid klip Lingam yg terbukti DSAI menjadi saksi utama untuk vid clip tersebut....

so, sama2 nntikan kisah selanjutnya episod Dr. M vs Pak Lah vs DSAI..

Tanpa Nama berkata...

Saya sayangkan UMNO, saya tak sayangkan PAS,PKR,DAP...Saya sayangkan parti yang memperjuangkan bangsa Melayu selama ini yang kini tidak lagi seperti dahulu menurut Dr. Mahathir..

Tanpa Nama berkata...

Saudara Nadzri,
Saya mencadangkan agar saudara cuba mendapatkan komen2 membina dari anak kelantan di perantauan.
Anak kelantan di perantauan memiliki pelbagai komen

Tanpa Nama berkata...

jebat_tamingsari,
saya anak kelantan di perantauan.
apa saudara mahu tahu?

Tanpa Nama berkata...

bagi saya, tindakan tun merupakan tindakan yang sangat tepat bersesuaian dengan krisis kepimpinan didalam umno itu sendiri.

Ini menunjukkan Tun tidak percaya pada UMNO sekarang ini

Tanpa Nama berkata...

Pada pandangan saya.. cara yang digunapakai oleh tuh ada baik dan buruknya.. pro and cons.. baiknya dengan cara ini dapat memberi tekanan yang maha hebat pada cara kepimpinan pak lah dan pada diri paklah itu sendirik. juga pada KeJahatan amnya(rujuk huruf besar).

Tetapi cara ini secara tak langsung membuka pekung kelemahan parti yang kita sayangi ini pada bukan setakat org ramai malah kepada dunia sejagat. mendedahkan kepincangan parti penunjang kerajaan yang berubah layarnya. mengubah persepsi rakyat antarabangsa terhadap malaysia. juga menghilangkan pengaruh tun dalam parti itu sendirik. tun sememangnya masih boleh berbicara berkongsi hati dengan kita tetapi di dalam umno he is nobody for now, just a living legend.
Saya lebih menggemari pendekatan anaknya yakni mukhris yang masih memegang kepercayaan barisan di belakangnya untuk terus menerus memberi tekanan dari dalam untuk memperbaiki segala kepincangan yang ada. bak kata pepatah inggeris "power is absolute", kuasa memainkan peranan yang amat berharga. bila mana tun telah keluar parti ini membuatkan kuasa yang ada padanya telah dibiarkan di situ. mungkin ianya perlu bagi mencari kekuatan baru, titik permulaan bagi menyemarakkan perjuangan bangsa melayu di era ini, tetapi ianya bagaikan berundur 2 tapak kebelakang untuk maju setapak ke hadapan.

coretan insan biasa
Ahmad Ruzilan

Tanpa Nama berkata...

Blog yang hebat, sensasi, canggih dan berkuasa tinggi! Artikel dan diskusi dalam blog ni pada pendapat saya banyak menyentuh isu-isu yang agak panas, saya berbangga kerana saudara Nadzri begitu berani menyuarakan pendapat-pendapat dan fakta-fakta yang boleh dikatakan agak melampau dan hampir setanding dengan penulis-penulis artikel kontroversi yang lain yang ada di kalangannya sudah ditangkap pihak berkuasa. Teruskan perjuangan anda! Anda pasti dapat membuatkan Autobot dan Decepticon menamatkan peperangan mereka dan saling berkerjasama antara satu sama lain. Saya akan terus keep-in-touch dengan anda sebagai tanda sokongan penuh!

kuanderas berkata...

Mr.Nadzri,
Good start for you, keep it up.


Thanks

Tanpa Nama berkata...

bagus tulis lagi kasi gua ada makanan minda

good work bro

Tanpa Nama berkata...

Kehadapan Tun

Pada pendapat saya, parti UMNO masih lagi releven kepada orang melayu di Malaysia, cuma pendekatan yang di lakukan oleh pucuk pimpinan terhadap rakyat jelata yang menyebabkan ramai penyokong UMNO telah bertukar fikiran dan merasakan UMNO ini sudah tidak relevan lagi. Dan Tun sendiri mengatakan yang Tun keluar parti untuk sementara sehingga pucuk pimpinan Pak Lah mengudur diri atau pun dipaksa berundur. jadi apabila melihat ramai yang memberi respon UMNO sudah tidak relevan, saya merasakan seperti orang melayu pada hari ini sudah tiada parti lagi. Saya harap Tun dapat membetulkan cara pemikiran rakyat yang telah sedikit terpesong dari konsep yang Tun bawakan ini.

untuk rehatkan minda
www.tr33gonometri.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

eh eh, bukan ke Tun masih jadi advisor pada Petronas, why didnt he stop Scomi to enter? instead of resigning from UMNO?