Jumaat, 28 Mei 2010

Sesi Beramah Mesra Bersama YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamed


Pada hari Khamis, 27 Mei 2010 saya bersama sahabat-sahabat Jentayu Emas Trading (JET) telah melakukan kunjungan hormat ke pejabat YABhg Tun Dr Mahathir Mohamed di Aras 86, Menara 1, KLCC untuk sesi beramah mesra dan perbincangan mengenai perkembangan Dinar dan Dirham. Sesi beramah mesra yang dijadualkan bermula pada jam 3.30 petang telah dimulakan lebih kurang 15 minit kemudiannya.

Kami telah dibawa ke bilik mesyuarat yang bertentangan dengan bilik pejabat Tun. Sesi beramah mesra berlangsung di biik mesyuarat tersebut. Sesi dimulakan dengan saudara Nizam bercerita serba sedikit tentang latar belakang JET. Kemudian saya menceritakan kepada Tun tentang sejarah ringkas pendedahan awal kami mengenali Dinar dan Dirham.

Setelah itu, Tun mula bercerita panjang tentang idea Dinar Emas yang dilontarkannya sewaktu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tun memberitahu bahawa idea asalnya adalah untuk menjadikan Dinar Emas sebagai bayaran 'offset' dalam trade settlemen antara dua negara. Yang dicadangkan ketika itu adalah antara Malaysia dan Iran. Tapi sayangnya perkara itu tidak pun berlaku ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri.


Tun turut menyentuh tentang masalah umat Islam yang berpecah-belah. Sebagai contoh di banyak negara Islam pengikut fanatik mazhab Syiah membunuh pengikut mazhab Sunnah dan sebaliknya. Juga di kalangan negara-negara Arab yang terlalu mengagungkan orang Barat. Tun juga menyentuh tentang negara mereka yang mempunyai banyak sumber tetapi diserahkan sahaja kepada orang Barat untuk menguruskannya.

Kemudian saudara Sheikh melontarkan pandangan tentang penggunaan Dinar dan Dirham yang perlu dikembalikan. Sistem yang ada sekarang meletakkan orang ramai terperangkap untuk menjadi hamba dan ditindas.


Tun memberitahu kepada semua tentang pentingnya menyimpan emas. Dia sendiri yang telah banyak bercakap mengenainya sudah mula memulakan simpanan emas. Satu perkara menarik yang disentuh oleh Tun ialah tentang Yahudi yang banyak memperkenalkan sistem yang menguasai kita semua tanpa meletakkan nama Yahudi pada sistem tersebut. Berbeza dengan umat Islam yang suka meletakkan nama Islam pada setiap sistem yang cuba diperkenalkan. Ini mungkin menjadi masalah untuk menarik bukan Islam kepada sistem yang diperkenalkan. Tun pernah mencadangkan penggunaan Asian currency untuk negara-negara Asia dengan menggunakan emas. Ia bukanlah matawang yang digunakan oleh seluruh penduduk Asia melainkan sebagai mawatang antara kerajaan dengan kerajaan dalam menyelesaikan 'trade settlement' antara dua negara.

Ketika jam menghampiri 4.30 petang, Tun memaklumkan kepada JET tentang appointment beliau yang seterusnya. Jika ada masa lagi pada masa akan datang, Tun berkata mungkin JET boleh bertemunya lagi. Sebelum beredar, kami sempat bergambar bersama Tun.

2 ulasan:

Hope berkata...

just visiting..

MahathirTalam2Muka berkata...

Tuan Reid dah lama mati. Banyak negara telah bertukar sejak perang dunia kedua. Sama ada kamu mahu hormat atau tidak terpulang. Yang penting Melayu mesti membangunkan Tanah Melayu, menamatkan dominasi ekonomi Cina seperti Kuok yang mengaut 40 billion,India seperti Ananda Krishnan, Lim Goh Tong, dsb sebagai nya. PNB simpanan semua Melayu cuma ada 40 billion.

Ke tidak adilan ini dibuat semasa pemerintahan Mahathir yang pura2 anti China Singapura supaya dia di beri kepercayaan oleh orang Melayu. Tetapi bukti kekayaan Cina seperti Kuok, Goh Tong, Vincent Tan dari judi yang membeli MAhathir melalui Yayasan PErdana adalah bukti nyata talam dua muka Mahathir.

Begitu juga rakyat dibeban dengan bil TNB untuk mengkayakan Cina seperti Yeoh Tiong Lay dan sekarang diberi lesen Wimax oleh Lim Keng Yaik.

Yang penting adalah sekarang. NGO Melayu perlu mendesak untuk mengadakan Royal Commission untuk mengkaji kekayaan Cina dan In0dia yang di beri oleh Mahathir seperti:-

1. Lesen IPP kepada YTL, ANANDA
2 LEsen JUDI kepada Vincent Tan dan MPHA
3. Semua lesen Wimax kepada syarikat2 Cina
4. 1 bilion untuk membeli laptop oleh RAis Yatim
5. penjualan 2 boeing 400 juta untuk RM1 oleh Mahathir kepada India Fernandes
6. Monopoli gula kepada Cina kuok
7. Lesen bank kepada Public Bank
8. pembinaan airport yang bebilion untuk Fernandex
9. Merger syarikat PNB Sime Darby oleh NAzir RAzak yang melibatkan kerugian 3 bilion

Yang lepas dah lepas. Reid dah mampos. Yang penting the next 50 years. And the crooks like Mahathir
who enriched the Chinese are exposed and taken to court.