Sabtu, 25 Jun 2011
Buku Pertama
3 tahun menulis, akhirnya buku pertama siap berada di pasaran. Penat. Itu gambaran paling sesuai untuk buku pertama. Untuk 1 tahun setengah yang pertama, tidak sampai 40% penulisan untuk buku siap. Saya tulis sedikit demi sedikit. Ada masa hujung minggu saya tulis, ada masa tidak. Selepas siap, penerbit buku pertama yang saya jumpa - Hijjaz Records Publishing (HRP) pada bulan Mac 2011. Seminggu menatap dan membelek-belek manuskrip yang dihantar penerbit kemudian memberi kata putus, bersetuju. Senang kerja. Tidak perlu untuk mencari penerbit buku yang lain.
Tajuk asal yang saya cadangkan untuk buku ini ialah "Siapa Kuasai Dunia?". Setelah meneliti skrip, penerbit mencadangkan "Travelog Israel Kuasai Dunia". Setelah berfikir sebentar, tajuk yang dicadangkan penerbit lagi sesuai. Saya bersetuju. Saya mencadangkan tambahan perkataan 'misteri' pada tajuk. Maka terhasillah tajuk buku "Travelog Misteri Israel Kuasai Dunia".
Tidak lama selepas itu, penerbit memulangkan manuskrip saya untuk penambahbaikkan. Ada beberapa subjek dalam buku yang perlu saya ulas lebih terperinci. Seminggu saya menjadi cukup sibuk untuk 'menambahkan' lagi tulisan dalam buku. Cukup seminggu, saya datang balik dan hantar. Tidak lama selepas itu dipanggil lagi. Kali ini untuk 'final touch'. Mana-mana ada kesalahan dalam buku yang saya ingin perbetulkan. Memang terasa lain menulis buku berbanding menulis artikel. Jauh beza.
Tapi kepenatan nampak berbaloi. Buku sudah diterbitkan pada bulan Jun 2011. Boleh dibeli di kedai buku MPH seluruh negara. Saya pun sudah mula menurunkan autograf pada pembaca. Tiba-tiba macam jadi selebriti. :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
26 ulasan:
Saat ini sedang membaca buku tuan pada helaian 234. Tahniah dan terima kasih.
*diharap cetakan kedua nanti dibuat pembetulan ejaan pada beberapa tempat. :)
Memang ada beberapa kesalahan ejaan... Sila teruskan pembacaan... :)
It has been so long since I last heard from you.
Hope you are ok.
Selamat hari raya :)
quite busy writing my second book plus some other stuff... i hope u have bought my first book - travelog misteri israel kuasai dunia ... :)
Saya sangat suka dengan hasil tulisan anda....Hebat cara anda mengolah misteri tentang bangsa Israel...syabas..teruskan berkarya... :)
Terima kasih... selamat membaca sampai habis Tulisan Dari Manjung....
Great book bro.
An eye opener.
Bought your book 11th Oct 2011 and finally manage to finish read em up today 16th Oct 2011.
It's a great content I must say.
Btw read ur profile that u were mmu graduate.
Pernah dtg Uni Brunei ke?
Thanks
Syed, Brunei
Thanks Syed
11 - 16 Oct, it took less than 1 week... speed reading?
Saya tak pernah datang ke Uni Brunei.
Speed reading? Well actually i read few times on some pages that Hard to understand. But it just keep bugging me to finish asap. Ada daya tarikan nak tau apa cerita selapas ini. Until the end la mcm tu :)
haha...which chapter is hard to understand?
by the way, where did u get the book?
nice blog ^^
Thanks Denah..
Thank you for writing this book. I met a lot of people who still do not now the history of Jew, but keep saying Israelis are bad. It is an eye opener, and I hope everyone who read it will eventually build up the knowledge of what's happening within the middle-east as we're speaking.
I've been promoting this book to my friends, hopefully you'll get more fans after this :)
Do look into the idea of Malay as one of the lost tribe from the Israel Clan (I'm not sure Bani translates into what, but Clan seems close enough).
Khirol Amir
Thanks...
I'm looking forward to having more of your friends to become my fan... :)
I have gone through some articles on Melayu as one of the the Israel's Lost Tribe... i don't find them convincing enough...
buku yg sgt menarik utk dibaca! membuka minda dan mata sy selama ini. Isu-isu berkaitan dgn Israel, Yahudi, peranan AS akhirnya terjawab sedikit sebanyak di minda sy. cara olahan yg ringan, seronok dan mudah difahami oleh smua golongan. Terima kasih krn mengarang buku ini. highly recommended kpd sesiapa yg belum membaca buku ini. Looking forward to read the 2nd edition bro.
salam..tgah mmbaca buku neyh:) sgat menarik skali;) ~penulisan yg baek;) byak rhsia2x yahudi yg sblum neyh xthu..
Namiahabdullah
Memang saya cuba mengolah supaya senang dibaca....subjek berat tapi yg lebih penting utk org faham...
2nd edition insyallah is going to be my 3rd book.... anyway, just fyi i have submitted manuscript for my 2nd book.... bukan psl israel...
sizuka yamara
selamat membaca sampai habis... :)
banyak lagi rahsia awak akan tahu...
tahniah nadzri kerana berjaya menerbitkannya..saya baru saja membelinya...kupasan yang menarik harap edisi ke-2 bakal menyusul..p/s saya suka membuat kajian ilmiah tentang bangsa istimewa ni harap dapat menerbitkan buku seperti anda suatu masa nanti..salam urkwah
Terima kasih kerana membeli....buku kedua sudah dihantar kepada publisher....edisi kedua berkenaan bangsa 'istimiewa yang lain...
Syabas Saudara Nadzri atas penulisan yg menarik mengenai Yahudi. Penulisan anda senang dibaca dan difahami. Mungkin Anda nak menulis pula tentang Freemasons atau Mossad. Teruskan usaha and dan saya akan menyokongnya.
Terima kasih saudara anuar...
Freemason sudah pun ditulis oleh ramai orang termasuk penulisan yang diterbitkan oleh HRP. Tentang Mossad pula, insyallah akan diterbitkan oleh HRP. Penulisnya orang lain, bukan saya. :)
assalamualaikum,
just dropping by to say that this book is really an eye awakening.
It's good to write this kind of simple-to-understand book esp for those who know none abt the jew. (people like me) haha
now i know more abt them n who they actually are. It's good. two thumbs up.
thanks for writing :) ez
mualaikumsalam
Thanks for reading. ez - is that your name?
salam,
saya juga turut ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca blog saya tentang ulasan saya setelah membaca buku anda.
dah beli. Terjumpa semasa di pesta buku. Mantop. Olahan yang berkesan. :) Teruskan berkarya. Abg saya yang juga kawan lama penulis juga berminat. :)
bintun siddique
siapa nama abang?
Catat Ulasan