Pada 4 Oktober 2009, Ahad saya dan sahabat-sahabat dari Jentayu Emas Trading telah berkunjung ke kediaman Umar Vadillo di Kuala Lumpur. Jemputan telah disampaikan oleh isteri beliau, Alawiyah Abdul Rahman kepada sahabat saya, Muhammad Nizam Shaidon. Pertemuan diatur untuk berjumpa di kediaman mereka jam 4 petang. Namun atas faktor-faktor tertentu, hanya pada sekitar jam 5 petang kami sampai di sana.
Blog saya telah setahun saya tidak melakukan ‘update’kerana kesibukan kerja dan komitmen lain. Namun, saya berbesar hati kerana masih ada pengunjung blog termasuk Umar Vadillo sendiri dan isteri beliau. Sebelum ini saya hanya sempat berjumpa Umar Vadillo sebagai pendengar ketika beliau mengadakan satu syarahannya di Bukit Damansara sebelum ini. Ini kali pertama saya dan sahabat di Jentayu Emas Trading bersemuka empat mata dengan beliau.
Ketibaan kami telah disambut oleh Abd Ghani, sahabat dan anak angkat Umar Vadillo yang tinggal dalam kawasan kejiranan yang sama. Gani berasal dari Kazakhstan. Kemudian, apabila tiba di pintu kediaman, kami disambut oleh Umar dan isterinya, Alawiyah.
Dalam sembang-sembang petang di kediamannya, Umar banyak menyentuh tentang usaha untuk mengembalikan semula penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang. Ia usaha untuk membebaskan umat Islam dalam sistem ekonomi sekarang yang banyak memberikan penindasan tanpa ramai orang tahu yang diri mereka terperangkap dalam sistem yang tidak betul. Usaha Umar telah bermula 2 dekad yang lepas.
Turut disentuh tentang perdebatan samada emas 916 (kandungan emas 91.6%) atau emas 999 (kandungan emas 99.9%) yang wajar dijadikan standard untuk dinar emas. Umar masih mempertahankan untuk menggunakan 916 berdasarkan kajian sejarah dan kesesuainnya untuk dijadikan matawang. Emas 916 adalah lebih ideal berbanding emas 999 untuk dijadikan matawang.
Umar masih berpendapat bahawa sistem perbankan Islam tetap haram kerana unsur riba yang ada padanya. Apa yang dikesalkan ialah sistem perbankan cuba 'diIslamkan' walhal sistem muamalat dalam Islam sudah sedia ada tanpa perlu diserapkan ke dalam sistem perbankan yang masih asasnya mengandungi riba yang terang-terang diharamkan dalam Islam.
Umar berharap usahanya yang dilakukan selama ini akan ada kesinambungan. Umar sangat berbangga kerana sudah ada generasi pelapis yang akan terus memperjuangkan usaha untuk mengembalikan dinar dan dirham sebagai matawang dan umat Islam dapat hidup dalam sistem ekonomi yang benar-benar berlandaskan agama bukan dicedok daripada sistem ekonomi barat.
Sepanjang sesi sembang-sembang, kami disajikan dengan sedikit jamuan ringan. Sebelum pulang, kami sempat bergambar bersama beliau.
*Nota: Umar Ibrahim Vadillo merupakan pejuang Dinar Emas terkemuka di peringkat antarabangsa sejak dua dekad lalu. Beliau kini merupakan penasihat Permodalan Kelantan Berhad (pengeluar Dinar Emas Kelantan).
*Nota: Umar Ibrahim Vadillo merupakan pejuang Dinar Emas terkemuka di peringkat antarabangsa sejak dua dekad lalu. Beliau kini merupakan penasihat Permodalan Kelantan Berhad (pengeluar Dinar Emas Kelantan).
7 ulasan:
Assalamualaikum,
Semoga pertemuan dengan Sidi Umar Vadillo tidak berakhir begitu sahaja. Malah ia menjadi stepping stone dalam memperjuangkan Dinar Emas.
Mungkin selepas ini kita perlu berjumpa dengan En Abdul Halim, pensyarah MMU Melaka dan orang lama dalam memperjuangkan Dinar Emas di Malaysia.Ketelusan perjuangan En Halim turut diakui oleh Sidi Umar Vadillo.
Tahniah kepada En Nadzri yang telah menulis beberapa artikel mengenai Dinar Emas dan telah dipublishedkan dalam majalah Dewan Ekonomi.
Seperti Sidi Umar Vadillo ckp, perjuangan Dinar Emas perlu diteruskan oleh pelapis2 muda. Ini adalah jihad kita. Jihad dalam Ekonomi dalam menaikkan ekonomi ummah.
Dalam The Edge Malaysia (12 Oct 2009), Tan Sri Muhammad Ali Hashim, President and CEO of Johor Corporation ada menulis tentang" Corporate Waqaf way to prosperity".
Sesungguhnya sistem Ekonomi Islam itu cukup sempurna dan cantik dalam membangunkan ekonomi ummah.
Semoga Allah memberi kita semua kekuatan dalam meneruskan Perjuangan Dinar Emas dan Dirham Perak ini.
Wallahualam.
Muhamad Nizam Shaidon
nizam@jentayuemastrading.com
Cuba kita masyarakat di Malaysia (dinar emas bukan milik umat Islam sahaja) ini mengambil langkah untuk menyimpan setengah dinar setiap bulan. Jika ada 10 juta rakyat Malaysia yang membeli emas, jadi jumlah dinar yang diperlukan adalah 5juta diperlukan untuk menempa dinar emas oleh Malaysia setiap bulan. Ini bersamaan dengan 21,250,000 gram emas diperlukan setiap bulan atau 255,000,000 gram setiap tahun. Jika ini diulang di beberapa buah negara OIC, kita dapati permintaan emas akan terus meningkat dan harga emas mengikut ukuran dolar akan terus meningkat. Kuasa membeli wang dolar AS akan menyusut dan pada waktu itu kita akan dapati mereka memerlukan lebih banyak kertas untuk membeli minyak kelapa sawit, getah dan kereta yang dikeluarkan dari negara ini. Jika harga emas tidak di kawal harganya oleh lima agensi yang menetapkan harga emas dunia sekarang ini, sudah tentu harganya dalam dolar AS akan terus meningkat.
Sebenarnya emas 4.25gram tetap tidak berubah tetapi kuasa membeli dolar AS akan terus menyusut. Yang berhormat Datuk Shaykh Noh bin Gadut, Mufti Negeri Johor pernah menyarankan supaya umat Islam di Malaysia ini menyimpan 20 dinar emas di setiap rumah dan mengeluarkan setengah dinar setelah cukup haulnya. Ini cadangan yang amat baik. Jika kita umat Islam memulakan pembayaran zakat menggunakan dinar emas, hantaran masa kawin menggunakan emas, simpanan untuk naik haji juga disimpan dalam dinar emas dan memberi hadiah hari jadi kepada isteri juga dinar emas, sudah tentu kita akan dapati kekayaan sebenar akan berada di tangan umat Islam. Kalau kita tidak melakukan usaha ini - siapa lagi? Jadi umat Islam boleh menggunakan dinar emas sebagai agen dan strategi penyatuan ummah.
Kita mesti berjuang untuk terus membuat perubahan dari wang kertas ilusi kepada dinar emas yang bernilai intrinsik. Untuk mengubahkan norma penggunaan wang kertas kepada dinar tidak sukar. Yang menjadi sukar adalah kerana kita menyatakan bahawa menggunakan dinar emas itu sukar. Sesuatu perubahan itu memerlukan pengorbanan dan kecekalan, apa yang kita gunakan sekarang ini adalah suatu tabiat atau habit. Dulunya kita gunakan dinar emas, kini setelah sekian lama dipaksa menggunakan wang kertas ke atas kita lama kelamaan ianya menjadi satu tabiat. Penggunaan dinar emas pada mulanya akan nampak janggal tetapi setelah ianya diterima dan digunakan oleh masyarakat umum, dinar emas pula akan menjadi perkara biasa dan wang kertas menjadi janggal. Sesungguhnya penggunaan wang kertas yang janggal iaitu kita menukar sesuatu yang bernilai dengan sesuatu yang tidak ada nilai intrinsik. Peluh kita di bayar dengan kertas yang tidak mampu menyimpan nilai mengikut masa.
Di Malaysia terdapat pelbagai pihak yang berusaha untuk mengembalikan dinar emas dan dirham perak, sama ada orang per seorangan mahupun berkumpulan. Kesukaran melakukan perubahan daripada penggunaan wang kertas kepada dinar emas adalah disebabkan ramai diantara kita umat Islam berpegang kepada cara pemikiran atau teori ekonomi barat. Pendidikan barat yang kita terima sering mempengaruhi cara kita berfikir, iaitu suatu pemikiran yang agak rejid mengikut struktur permikiran berlandaskan konsep tesis dan anti tesis. Untuk menukar kepada penggunaan dinar emas kita terbawa memikirkan tentang logik cukup atau tidaknya emas, emas berat untuk dibawa atau Amerika Syarikat akan merosakkan sistem yang akan dibangunkan. Kita harus memikirkan cara pengenalan yang boleh melepaskan daripada terus dimanipulasikan oleh sistem ekonomi yang berteraskan riba. Kita umat Islam mesti menggantikan sistem riba dengan sistem yang pernah digunakan oleh Rasulullah dan para sahabah dan mengelak diri kita dan umat kita daripada diperangi Allah dan RasulNya terhadap pengamal riba.
Wallahualam
nizam@jentayuemastrading.com
Very interesting. Tak pernah lagi saya dengar tentang pertukarang matawang kepada dinar. How different will it be compared to the current system?
inilah yang dikatakan mengislamkan islam. 'islamisasi' 'islamization' satu cara pendekatan yang lembut. tapi keras sebenarnya. kita memrlukan sifat muamalah. ada sesetngah orang mempertahankan islamic banking, walhal, masih pada dasar yang sama dengan bank konvesional. sedih aku
Nizam,
Perjuangan tetap diteruskan.
Hope,
Terlalu banyak beza apabila kita menggunakan sepenuhnya dinar emas / dirham perak dan mengabaikan duit kertas sebagai matawang. Seluruh sistem ekonomi perlu dirombak untuk melihat kesan yang menyeluruh. Perkara ini akan mengambil masa tetapi momentumnya sudah ada.
Azman,
Setuju dengan pandangan anda. Sistem perbankan Islam masih mengamalkan teras yang sama seperti perbankan konvensional yang bertentangan dengan sistem muamalat Islam.
bro beruntung dapat jumpa otai cam Umar tu.. dia nie memang menentang sistem kapitalis serta byk menasihat tentang 'kehancuran' sistem ekonomi Barat sampai Che Det pun mintak pandangan dia..
malangnya, x ramai Malaysian kenal dia..
COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram, harga semasa RM 1270.
Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.
Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.
Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.
Harga belian semula yang hebat.
Terima kasih.
Catat Ulasan