Sabtu, 31 Mei 2008

Selangkah ke Alam Misteri



Malam kelmarin, 29 Mei 2008 (malam Jumaat) saya telah bersama dengan seorang pengurus syarikat (bahagian sumber manusia) dan beberapa staf untuk menyertai satu 'operasi menghalau makhlus halus'. Kami berkumpul terlebih dahulu pada jam 9.30 malam untuk mendengar taklimat dari Ustaz Abu Bakar di tempat parking hadapan bangunan Main Office. Semua yang hadir sebelum itu telah diingatkan supaya mengambil wudhuk sebelum sampai. Apabila semua sudah berkumpul, kami beramai-ramai diminta beristighfar. Kemudian membaca Surah Al-Fatihah, 3 Qul (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, dan Surah An-Nas) dan Ayat Kursi. Kami kemudian diminta selepas ini agar bertasbih di setiap perhentian yang kami lalui apabila diarahkan oleh uztaz.

Lebih kurang 10 minit kemudian, kami pun mula bergerak. Perhentian pertama, bangunan Main Office. Ustaz telah dimaklumkan bahawa pernah ada beberapa gangguan makhluk halus ke atas staff yang biasanya seorang diri bekerja lewat malam. Sampai sahaja, Ustaz mula membacakan beberapa petikan ayat Quran. Kemudian kami diminta bertasbih. Kemudian Ustaz meneruskan bacaan yang agak panjang. Sesekali Ustaz berhenti. Semakin lama bacaan Ustaz menjadi semakin kuat dan nyaring. Beberapa orang yang berada di situ sudah mula berubah air muka, mungkin menjadi pucat. Saya ada terdengar ustaz berkata, "ukhruj, ukhruj". Kalau tidak silap saya perkataan Arab ini bermaksud "keluar, keluar". Suara Uztaz semakin nyaring. Setelah selesai semua, Ustaz bertanya kepada semua. "Ada rasa apa-apa kelainan?". Dalam hati saya terdetik - ketika mula-mula masuk bangunan, suhu agak panas kerana air-cond bangunan yang sudah lama dipadamkan. Tapi ketika suara ustza semakin nyaring membaca ayat Quran, saya dapat merasakan angin dari dalam bangunan dan suhu yang berubah menjadi agak dingin. Apapun, ada yang menjawab, "Bulu tengkok makin meremang, ustaz.." Ustaz pula membalas yang lebih kurang begini jawapannya, "Apabila dibaca ayat-ayat ini, jin-jin dan syaitan akan lari. Kenapa kita pula yang perlu takut. Mereka lari dan kita sepatutnya makin maju ke depan".

Ustaz mengingatkan semua supaya setiap kali sebelum sampai ke tempat kerja untuk berkata "Masya Allah". Dalam perjalanan ke tempat kerja, elok dibaca Ayat Kursi. Perjalanan kami kemudian diteruskan ke warehouse di sebelah. Ustaz meminta pintu warehouse dibuka. Kemudian kami berjalan masuk ke dalam warehouse yang mempunyai ruang yang cukup besar. Seperti biasa uztaz mula membacakan beberapa potong ayat Quran. Yang lain ikut turut serta beberapa ayat dan bertasbih. Ada yang mula memandang-mandang ke atas.

Perjalanan diteruskan pula ke kawasan plant. Bunyi bising mesin yang beroperasi menenggelamkan suara uztaz membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Setelah selesai, ustaz memberi nasihat jika ada terserempak dengan makhluk halus, segera ingat pada Tuhan dan berzikir. Jika kita ingat pada Tuhan, Tuhan akan sentiasa mengingatkan kita. Kami singgah sebentar di warehouse berdekatan dan ustaz berkumat-kamit seperti biasa. Kemudian kami beredar ke perhentian seterusnya, pos pengawal keselamatan. Apabila sampai, salah seorang pekerja syarikat telah menceritakan kepada saya tentang seorang pengawal keselamatan yang telah berhenti kerana tidak tahan diganggu. Dia sendiri pernah melihat dengan mata kasar, makhluk halus yang menjelma di depan mata. Pos keselamatan tersebut di luarnya boleh dikatakan agak terang. Cuma, ia terlalu jauh dari orang ramai. Saya dapat bayangkan jika 'black-out', mungkin yang lemah semangat akan lari lintang-pungkang. Di sebelah kiri terdapat hutan kecil yang belum diteroka. Di sebelah kanan pula merupakan kawasan hutan yang telah dilenyapkan untuk membina plant baru. Ketika berhenti di sini, kami dapat melihat uztaz mengutip beberapa buah batu dan dibalingkan ke beberapa arah kawasan hutan kecil tersebut. Ustaz berkata, "jika kita membaca ayat Tuhan dan yakin dan kita berniat untuk menhancurkan jin, dengan izin Tuhan makhluk tersebut boleh hancur."

Perjalanan kami diteruskan lagi. Kali ini ke jeti pula. Kami berhenti di temapat parking kerete di tepi jeti. Dikatakan ada orang pernah nampak lembaga seakan-akan dilitupi kain putih berlegar-legar di sini. Uztaz seperti biasa membaca ayat-atat suci Quran. Saya mula merakamkan suasana persekitaran menggunakan handphone. Perjalanan diteruskan pula ke pos keselamatan pintu keluar. Suasananya kurang menyeramkan berbanding dengan pos sebelumnya. Diceritakan ada orang pernah nampak lembaga bertenggek di luar pos keselamatan.

Dan seterusnya kami ke Site Office. Lampu dihidupkan. Ustaz berjalan sampai ke hujung dan sekali lagi membacakan ayat-ayat suci Quran.

Ahad, 25 Mei 2008

Evolution Theory: Satu Penipuan Saintifik


Evolution Theory atau Teori Evolusi secara amnya telah diasaskan oleh Charles Robert Darwin (12 Februari 1809 - 19 April 1882) merupakan satu penipuan besar dalam dunia sains. Walaupun sebelumnya idea berkenaan evolusi ini sudah wujud sejak zaman Greek dan Rom dan dikembangkan oleh beberapa orang biologis dan ahli falsafah, teori ini mendapat perhatian luas dengan terhasilnya penulisan oleh Darwin yang bertajuk, "On the Origin of Species".

Teori ini hanyalah satu penghasilan imaginasi berlebihan oleh Darwin dan kemudian dikembang oleh penyokong-penyokong evolusi (evolutionist). Antara perkara mengarut yang terkandung dalam teori ini ialah manusia yang diberi nama saintifik sebagai 'homo sapien' kononnnya berasal daripada beruk. Kebetulan beruk mempunyai banyak persamaan dengan manusia, maka imiginasi beruk mereka yang keterlaluan menybebkan mereka berpendapat beruk yang telah mengalami evolusi yang memakan masa ribuan tahun telah berevolusi menjadi manusia. Penduduk Afrika dan orang asli yang rupa mereka lebih hampir dengan beruk dikatakan mengalami evolusi yang agak perlahan berbanding manusia di negara-negara Barat.

Evolutionist juga berpendapat bahawa semua makhluk (manusia, haiwan, tumbuhan, mikroorganisma, dan lain-lain) berasal daripada satu benda yang sama. Hanya disebabkan proses evolusi yang berlainan yang mengambil masa yang berlainan dikatakan menyebabkan terhasilnya setiap makhluk dengan rupa yang berlainan. Bagi mereka, Tuhan tidak wujud. Setiap benda di alam semesti ini asalnya berjuta-juta tahun dahulu daripada satu benda yang sama. Kononnya proses evolusi yang memakan masa berjuta-juta tahun telah menghasilkan variasi makhluk yang kita lihat sekarang.

Khamis, 22 Mei 2008

U.S. November Presidential Election





There are 2 dominant political parties in U.S. i.e. Republican & Democrats. For the past decades, all of the former presidents were either Republican or Democrats. The eyes and the medias will put the focus on nominees from these 2 parties. Republican has already concluded the nomination with Senator John Mc Cain as the Republican nominee. Democrats is still struggling but Senator Barack Obama seems to be the person of favaourite for the party nominee.
If Mc Cain wins the election, he will be the oldest person U.S. ever had to hold the office of President. He is now 71. No other former US Presidents resume the presidency at the age of 70. Obama on the other hand, will become the first Black American President if he manages to defeat Mc Cain in the election. At the moment, there is no black American Vice President and no black American President either.
Due to the unpopular war on Iraq, Republican has lost a lot of votes in previous US Congressional Election in 2006. The American people realised that the war did bring more damages than benefit to the country. It is likely that the Americans will give majority votes to Obama of Democrats to continue to support anti-war sentiments especially among the young voters.
Whoever become the next U.S. President, he will create a new history for the presidency. Obama or Mc Cain? The people of the country will decide.

Selasa, 20 Mei 2008

Tun Dr. Mahathir keluar dari UMNO


Tindakan Tun Dr Mahathir keluar parti UMNO telah mengejutkan ramai pihak terutamanya ahli UMNO dan pemimpin tertinggi parti. Ada yang mempersoalkan tindakan beliau yang dilihat sebagai 'mengeruhkan keadaan'. Ada pula yang menyanjung tinggi Tun sebagai seorang yang cukup berani. Walaupun apapun, dari dahulu lagi Tun telah secara lantang meminta dan mendesak Pak Lah untuk meletakkan jawatan.

Banyak isu yang dibangkitkan oleh Tun masih tidak terjawab jauh sekali diselesaikan oleh Pak Lah. Penglibatan menantunya Khairy Jamaludin dan anaknya Kamaludin dalam urusan pentadbiran sudah kerap kali dibangkitkan oleh Tun. Sejak Pak Lah mengambil alih pentadbiran negara, secara tiba-tiba Scomi (syarikat di mana Kamaludin sebagai salah seorang pemegang saham) mendapat banyak kontrak daripada Petronas. Projek monorel di Pulau Pinang dan Putrajaya juga juga dikatakan diberikan kepada Scomi melalui syarikat M-Trans yang telah diambil-alih.

ECM-Libra sebuah syarikat yang kecil telah dapat membeli sebuah syarikat GLC yang bsesar, Avenue Assets. Cara pembelian dikatakan melalui strategik kotor. Saham Avenue Assets telah diturunkan supaya dengan mudah ECM-Libra membelinya. Salah seorang pemegang saham ECM-Libra adalah Khairy Jamaludin. Akibat tekanan kerana liputan meluas berkenaan isu ECM Libra Avenue, Khairy Jamaludin telah mengishtiharkan untuk melepaskan semua sahamnya dalam syarikat berkenaan.

Kita sebagai rakyat ingin tahu samada segala yang dikatakan Tun adalah betul atau ia hanya tuduhan liar semata-mata. Jika betul, maka Pak Lah - Mr. Clean bukanlah sebersih seperti yang kita sangka. Sudah beberapa tahun, Tun bercakap perkara yang sama. Tidak semua yang keluar di media. Kerana liputan yang disekat terhadap Tun (banyak yang ditapis), beliau telah memilih untuk bercakap menerusi blognya, http://www.chedet.com/. Pilihanraya ke-12 telah menunjukkan, rakyat marah kepada Barisan Nasional dan semestinya kepada Pak Lah juga. Namun Pak Lah masih terus berkuasa. Maka langkah terbaru Tun untuk memberi tekanan kepada Pak Lah adalah dengan keluar daripada UMNO. Beliau hanya akan kembali kepada UMNO apabila Pak Lah meletakkan jawatan. Tindakan Tun ini tidak patut dipertikaikan. Tun mempunyai hak untuk bersuara dan beliau juga mempunyai hak untuk keluar parti.