Sabtu, 5 Mac 2022

E-book Pertama Saya:

Ini merupakan buku non-fiction saya yang keempat. Pada kali ini saya terbitkan dalam bentuk e-book. Anda semua boleh membelinya dengan harga RM 9.99 di Google Play - Books di pautan berikut:


Buku ini menyelongkar segalanya tentang China daripada zaman pembentukkan awal empayar purba China sehinggalah ke zaman lahirnya Covid-19 yang berasal daripada China.

#shihuangdi #maozedong #dengxiaoping #china #covid19 #konspirasi #chinatransformation #komunis #ekonomi

Selamat membaca !!!

Sabtu, 28 Mei 2016

Buku Ketiga - Kronologi Misteri Kehancuran Israel dan Kebangkitan Dajjal Al-Masih



Akhirnya, berkat kesabaran dan ketekunan berhempas-pulas mengejar masa, saya telah menyiapkan buku ketiga -  Kronologi Misteri Kehancuran Israel dan Kebangkitan Dajjal Al-Masih.

Buku yang menjadi pelengkap kepada dua buku sebelum ini, menjadi karya kemuncak untuk trilogi buku akhir zaman.

Selamat membaca dan dialu-alukan untuk memberikan sebarang komen tentang penulisan buku ketiga ini.

Buku ini boleh dibeli di semua kedai buku MPH dan Popular di seluruh negara.

Boleh juga membuat tempahan online di MPH melalui:

http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx?&pcode=9789675391620





Rabu, 9 Disember 2015

Quality Education Access and Improvement for Orang Asli (Aborigines) in Perak State


The No. 4's Sustainable Development Goals is on quality education. The goal aims to ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning for all. Providing quality education access for Orang Asli (aborigines) in Perak is in-line with this SDG.

Based on research conducted by Sultan Idris Education University of Malaysia, the education level and achievement of Orang Asli is by ethnic comparison, the most left behind. This is due to the fact that they live in isolated places far from economic activity center, the far distance between school and home, absent of transportation facilities and ongoing poverty problem. All these inter-link factors have contributed to low attendance of Orang Asli in school and low academic achievements. The situation is getting worse as the facilities in schools are not up to the national standard and the teachers are not fully committed to teaching as most of them are young inexperienced teachers. As a result of this misery, Only 30% of Orang Asli children completed their primary education. Most of them are not motivated to pursue their secondary education. (source: http://jpbu.upsi.edu.my/images/Jurnal.Vol6.Siri5/PB22.pdf) 

Basically, there are two main problems that need be addressed here. First is the lack of physical infrastructure. Second is the lack of motivation among teachers and Orang Asli themselves in improving the education status.

Perak under the administration of YAB Menteri Besar, Dato' Seri Zambry Abd Kadir has successfully achieved surplus state budget since year 2009 through its effective governance and tax system administration although initially on each annual budget it was presented as deficit. (source: http://www.thestar.com.my/news/community/2014/12/10/dr-zambry-surplus-budget-possible-he-says-economic-landscape-continues-to-be-encouraging/). This accumulated surplus can be partly used as Domestic Resource Mobilization (DRM) to build more roads that connects orang Asli settlement with schools. As building roads involve millions in ringgit (RM) and taking into consideration that state's coffers is quite limited, the state government could source through loan borrowed from the Malaysia's pension funds known as KWSP. As for the school facilities, it is recommended that the state government seeks some allocation from the Federal Government to upgrade those facilities. The state government could contribute about 20% of money (budget commitment) and the remaining 80% could be sourced from the Federal government. Rather than spend a one time lump sum of money from state's fund to finance the infrastructure development for Orang Asli, it is more financially viable to source from other alternatives such as above examples. The state government is recommended to seek advice on knowledge and technical service from International Bank for Reconstruction and Development (IBRD) of the World Bank, one of the Multilateral Development Bank (MDB) on building roads in isolated places and construct schools that can accommodate the needs of delivering quality education for aborigines.

In addressing the lack of motivation problem, the state government is recommended to work with the Association of Aborigines of Peninsular Malaysia (POASM), an NGO representing Orang Asli in organizing interactive program conducted on each Orang Asli's settlements to hear, listen and provide them with the vital information on what are the things the state government want to do to help them and the importance of education . The involvement of POASM is crucial as they are the ones who can speak the same level of language and communication with Orang Asli. The fund to organize such engagement program could be sourced from dedicated international grant available such as World Bank through its Grant Facility for Indigenous Peoples.




Khamis, 9 April 2015

Goods and Services Tax: Myth vs Fact


Despite some claim that the rate of GST in Malaysia is high, we can clearly see from the above picture that our tax rate is the lowest for goods and services.


There is no such thing of accumulation of tax value in GST. Along the supply chain, manufacturer, wholesaler and retailer can claim back from the government for what they have been taxed. In other words, it is not (6+6+6+6)% of tax that are imposed to consumers. The fact, it is only the one-time 6% tax that is imposed to customers.



The new tax is worse than the previous tax? Try to look the comparison above.





Khamis, 5 Jun 2014

Buku Kedua - Misteri Ya'juj Ma'juj: Bangsa Eropah dan Rahsia di Sebalik Kehancuran Dunia

Buku kedua saya - Misteri Ya'juj Ma'juj: Bangsa Eropah dan Rahsia di Sebalik Kehancuran Dunia telah mula dipasarkan buat pertama kali semasa berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 yang berlangsung di Putra World Trade Centre baru-baru ini.



Bagi yang terlepas mendapatkannya semasa pesta buku, anda boleh membelinya di kedai-kedai buku MPH yang berdekatan. Anda juga boleh membeli secara online di:

http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx?&pcode=9789675391316

Selamat membaca !!!

Selasa, 25 Jun 2013

Sunni vs Syiah

Majoriti rakyat di Syria merupakan orang Islam Sunni tetapi pemimpin Syria, Presiden Bashar Hafiz Al-Assad adalah seorang Islam Syiah cabang Alawiyyah.



Majoriti rakyat Syria menolak Presiden Hafiz Al-Assad. Negara Islam Iran menyokong Presiden Hafiz Al-Assad kerana mahu mempertahankan pengaruh Syiah di Syria. Negara-negara Arab yang lain pula menyokong pemberontak di Syria untuk menggulingkan Presiden Hafiz Al-Assad.

Pertembungan peperangan sesama Islam Sunni vs Syiah.

Perkara sebegini sudah lama berlarutan tetapi di Syria ia menjadi parah.

Islam terus berpecah tetapi sampai bila?


Isnin, 18 Jun 2012

Twitter: Baru nak guna....


Dah lama saya install twitter dalam blackberry. Baru semalam saya sign up dalam twitter. :) Masih baru lagi dengan dunia twitter. Masih terkapai-kapai macam mana nak guna.

Apapun, boleh follow saya dalam twitter: nadzrikamsin

Sabtu, 25 Februari 2012

Artikel Saya di Dewan Masyarakat


Mulanya menulis blog. Tulisan saya dalam blog kemudian mendapat perhatian editor majalah Dewan Ekonomi.

Saya mula menyumbangkan beberapa artikel untuk majalah Dewan Ekonomi.

Pernah juga artikel saya disiarkan oleh akhbar Sinar Harian.

Sekarang saya sudah jarang menulis untuk Dewan Ekonomi.

Saya mula beralih ke majalah Dewan Masyarakat. Menariknya Dewan Masyarakat mempunyai laman web yang turut menyiarkan artikel secara online.

Sila klik link di bawah untuk melihat senarai artikel saya yang boleh dibaca di laman web Dewan Masyarakat.

http://dwnmasyarakat.dbp.my/?s=mohd+nadzri+kamsin

Sabtu, 25 Jun 2011

Buku Pertama


3 tahun menulis, akhirnya buku pertama siap berada di pasaran. Penat. Itu gambaran paling sesuai untuk buku pertama. Untuk 1 tahun setengah yang pertama, tidak sampai 40% penulisan untuk buku siap. Saya tulis sedikit demi sedikit. Ada masa hujung minggu saya tulis, ada masa tidak. Selepas siap, penerbit buku pertama yang saya jumpa - Hijjaz Records Publishing (HRP) pada bulan Mac 2011. Seminggu menatap dan membelek-belek manuskrip yang dihantar penerbit kemudian memberi kata putus, bersetuju. Senang kerja. Tidak perlu untuk mencari penerbit buku yang lain.

Tajuk asal yang saya cadangkan untuk buku ini ialah "Siapa Kuasai Dunia?". Setelah meneliti skrip, penerbit mencadangkan "Travelog Israel Kuasai Dunia". Setelah berfikir sebentar, tajuk yang dicadangkan penerbit lagi sesuai. Saya bersetuju. Saya mencadangkan tambahan perkataan 'misteri' pada tajuk. Maka terhasillah tajuk buku "Travelog Misteri Israel Kuasai Dunia".

Tidak lama selepas itu, penerbit memulangkan manuskrip saya untuk penambahbaikkan. Ada beberapa subjek dalam buku yang perlu saya ulas lebih terperinci. Seminggu saya menjadi cukup sibuk untuk 'menambahkan' lagi tulisan dalam buku. Cukup seminggu, saya datang balik dan hantar. Tidak lama selepas itu dipanggil lagi. Kali ini untuk 'final touch'. Mana-mana ada kesalahan dalam buku yang saya ingin perbetulkan. Memang terasa lain menulis buku berbanding menulis artikel. Jauh beza.

Tapi kepenatan nampak berbaloi. Buku sudah diterbitkan pada bulan Jun 2011. Boleh dibeli di kedai buku MPH seluruh negara. Saya pun sudah mula menurunkan autograf pada pembaca. Tiba-tiba macam jadi selebriti. :)

Jumaat, 28 Mei 2010

Sesi Beramah Mesra Bersama YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamed


Pada hari Khamis, 27 Mei 2010 saya bersama sahabat-sahabat Jentayu Emas Trading (JET) telah melakukan kunjungan hormat ke pejabat YABhg Tun Dr Mahathir Mohamed di Aras 86, Menara 1, KLCC untuk sesi beramah mesra dan perbincangan mengenai perkembangan Dinar dan Dirham. Sesi beramah mesra yang dijadualkan bermula pada jam 3.30 petang telah dimulakan lebih kurang 15 minit kemudiannya.

Kami telah dibawa ke bilik mesyuarat yang bertentangan dengan bilik pejabat Tun. Sesi beramah mesra berlangsung di biik mesyuarat tersebut. Sesi dimulakan dengan saudara Nizam bercerita serba sedikit tentang latar belakang JET. Kemudian saya menceritakan kepada Tun tentang sejarah ringkas pendedahan awal kami mengenali Dinar dan Dirham.

Setelah itu, Tun mula bercerita panjang tentang idea Dinar Emas yang dilontarkannya sewaktu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tun memberitahu bahawa idea asalnya adalah untuk menjadikan Dinar Emas sebagai bayaran 'offset' dalam trade settlemen antara dua negara. Yang dicadangkan ketika itu adalah antara Malaysia dan Iran. Tapi sayangnya perkara itu tidak pun berlaku ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri.


Tun turut menyentuh tentang masalah umat Islam yang berpecah-belah. Sebagai contoh di banyak negara Islam pengikut fanatik mazhab Syiah membunuh pengikut mazhab Sunnah dan sebaliknya. Juga di kalangan negara-negara Arab yang terlalu mengagungkan orang Barat. Tun juga menyentuh tentang negara mereka yang mempunyai banyak sumber tetapi diserahkan sahaja kepada orang Barat untuk menguruskannya.

Kemudian saudara Sheikh melontarkan pandangan tentang penggunaan Dinar dan Dirham yang perlu dikembalikan. Sistem yang ada sekarang meletakkan orang ramai terperangkap untuk menjadi hamba dan ditindas.


Tun memberitahu kepada semua tentang pentingnya menyimpan emas. Dia sendiri yang telah banyak bercakap mengenainya sudah mula memulakan simpanan emas. Satu perkara menarik yang disentuh oleh Tun ialah tentang Yahudi yang banyak memperkenalkan sistem yang menguasai kita semua tanpa meletakkan nama Yahudi pada sistem tersebut. Berbeza dengan umat Islam yang suka meletakkan nama Islam pada setiap sistem yang cuba diperkenalkan. Ini mungkin menjadi masalah untuk menarik bukan Islam kepada sistem yang diperkenalkan. Tun pernah mencadangkan penggunaan Asian currency untuk negara-negara Asia dengan menggunakan emas. Ia bukanlah matawang yang digunakan oleh seluruh penduduk Asia melainkan sebagai mawatang antara kerajaan dengan kerajaan dalam menyelesaikan 'trade settlement' antara dua negara.

Ketika jam menghampiri 4.30 petang, Tun memaklumkan kepada JET tentang appointment beliau yang seterusnya. Jika ada masa lagi pada masa akan datang, Tun berkata mungkin JET boleh bertemunya lagi. Sebelum beredar, kami sempat bergambar bersama Tun.

Sabtu, 17 Oktober 2009

Kunjungan ke Kediaman Umar Ibrahim Vadillo



Pada 4 Oktober 2009, Ahad saya dan sahabat-sahabat dari Jentayu Emas Trading telah berkunjung ke kediaman Umar Vadillo di Kuala Lumpur. Jemputan telah disampaikan oleh isteri beliau, Alawiyah Abdul Rahman kepada sahabat saya, Muhammad Nizam Shaidon. Pertemuan diatur untuk berjumpa di kediaman mereka jam 4 petang. Namun atas faktor-faktor tertentu, hanya pada sekitar jam 5 petang kami sampai di sana.

Blog saya telah setahun saya tidak melakukan ‘update’kerana kesibukan kerja dan komitmen lain. Namun, saya berbesar hati kerana masih ada pengunjung blog termasuk Umar Vadillo sendiri dan isteri beliau. Sebelum ini saya hanya sempat berjumpa Umar Vadillo sebagai pendengar ketika beliau mengadakan satu syarahannya di Bukit Damansara sebelum ini. Ini kali pertama saya dan sahabat di Jentayu Emas Trading bersemuka empat mata dengan beliau.
Ketibaan kami telah disambut oleh Abd Ghani, sahabat dan anak angkat Umar Vadillo yang tinggal dalam kawasan kejiranan yang sama. Gani berasal dari Kazakhstan. Kemudian, apabila tiba di pintu kediaman, kami disambut oleh Umar dan isterinya, Alawiyah.
Dalam sembang-sembang petang di kediamannya, Umar banyak menyentuh tentang usaha untuk mengembalikan semula penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang. Ia usaha untuk membebaskan umat Islam dalam sistem ekonomi sekarang yang banyak memberikan penindasan tanpa ramai orang tahu yang diri mereka terperangkap dalam sistem yang tidak betul. Usaha Umar telah bermula 2 dekad yang lepas.
Turut disentuh tentang perdebatan samada emas 916 (kandungan emas 91.6%) atau emas 999 (kandungan emas 99.9%) yang wajar dijadikan standard untuk dinar emas. Umar masih mempertahankan untuk menggunakan 916 berdasarkan kajian sejarah dan kesesuainnya untuk dijadikan matawang. Emas 916 adalah lebih ideal berbanding emas 999 untuk dijadikan matawang.
Umar masih berpendapat bahawa sistem perbankan Islam tetap haram kerana unsur riba yang ada padanya. Apa yang dikesalkan ialah sistem perbankan cuba 'diIslamkan' walhal sistem muamalat dalam Islam sudah sedia ada tanpa perlu diserapkan ke dalam sistem perbankan yang masih asasnya mengandungi riba yang terang-terang diharamkan dalam Islam.
Umar berharap usahanya yang dilakukan selama ini akan ada kesinambungan. Umar sangat berbangga kerana sudah ada generasi pelapis yang akan terus memperjuangkan usaha untuk mengembalikan dinar dan dirham sebagai matawang dan umat Islam dapat hidup dalam sistem ekonomi yang benar-benar berlandaskan agama bukan dicedok daripada sistem ekonomi barat.
Sepanjang sesi sembang-sembang, kami disajikan dengan sedikit jamuan ringan. Sebelum pulang, kami sempat bergambar bersama beliau.

*Nota: Umar Ibrahim Vadillo merupakan pejuang Dinar Emas terkemuka di peringkat antarabangsa sejak dua dekad lalu. Beliau kini merupakan penasihat Permodalan Kelantan Berhad (pengeluar Dinar Emas Kelantan).

Isnin, 18 Ogos 2008

Mubahalah Saiful: Anwar Bila Lagi?


Saiful Bukhari telah bersumpah disaksikan jutaan rakyat Malaysia di kaca televesyen. Sumpah laknat (mubahalah) yang dilakukan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada pukul 6.25 petang Jumaat lalu telah disaksikan oleh bapanya Azlan, ahli-ahli keluarganya, imam masjid, Ramlang Porigi dan para pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Bagi sesetangah pihak yang mempertikaikan sumpah Saiful, mereka berpendapat dalam Islam tidak ada sumpah dengan memegang atau menjunjung Al-Quran. Perkara ini memang betul. Sumpah sambil memegang Al-Quran ini sememangnya tiada dalam Islam. Kita terikut dengan cara barat yang diadaptasi ke dalam cara kita bersumpah. Rata-rata orang Melayu dari dahulu lagi berpendapat, apabila hendak bersumpah kita perlu menyentuh atau menjunjung Al-Quran. Fahaman ini perlu diperbetulkan.

Sumpah yang dilakukan oleh Saiful ada sedikit cacat. Kecacatannya bukan kerana Saiful bersumpah dengan meletakkan tangan kanan atau kiri di atas Al-Quran. Saiful sebenarnya langsung tidak perlu meletakkan tangannya di atas Al-Quran. Ini cara bersumpah orang Barat. Akan tetapi, hanya kerana Saiful bersumpah sambil memegang Al-Quran tidak boleh dikatakan sumpah Saiful boleh dipertikaikan. Lafaz sumpah atas nama Tuhan sudah pun dilakukan. Saiful sudah pun melafazkan,

“Bismillahir rahmanir rahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, nombor kad pengenalan 850706-01-5687, sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:
“A'uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismillahir rahmanir rahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya.
“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga kiamat. Wallahualam.”

Lafaz sumpahnya sudah ada. Saiful sudah pun bersumpah dengan nama Tuhan. Jika dia menipu, laknat Tuhan ke atas dirinya. Orang ramai kini ternanti-nanti bila pula Anwar Ibrahim akan melakukan mubahalah (sumpah laknat) sama seperti yang dilakukan Saiful.

Khamis, 24 Julai 2008

Jin, Syaitan dan Masyarakat Melayu


Pocong, langsuir, pontianak, hantu raya, jenglot, bunian dan pelbagai lagi makhlus halus yang sinonim dengan masyarakat Melayu sebenarnya adalah kelompok makhluk yang sama yang digelar sebagai jin. Ada antara yang disebutkan di atas adalah syaitan. Syaitan itu sebahagian daripada jin.

Iblis yang kita sedia maklum mempunyai dendam yang mendalam terhadap Nabi Adam a.s. dan cucu-cicitnya (manusia) juga merupakan golongan jin. Sejarah Iblis agak istimewa berbanding jin yang lain. Iblis merupakan satu-satunya jin yang dilantik untuk menjadi ketua seluruh malaikat walaupun Iblis bukannya seorang malaikat.

Ketaatan dan amal ibadat yang tinggi mengangkat Azazil (nama asal Iblis) menjadi ketua para Malaikat. Jin dijadikan daripada api. Malaikat daripada cahaya. Manusia daripada tanah. Ciptaan daripada api dianggap lebih mulia daripada tanah. Perintah Tuhan untuk sujud kepada Adam tidak dipatuhi Azazil. Serta-merta, kemuliaannya sebagai ketua malaikat dilucutkan dan gelaran Iblis Laknatullah diberikan.

Dendam kepada Adam diturunkan kepada anak cucu-cicitnya. Setelah dijanjikan Tuhan untuk mendapat umur yang panjang dan boleh hidup sehingga kiamat, Iblis bersumpah untuk menyesatkan seluruh anak adam (manusia) sedaya-upaya. Penyesatan kepada manusia itu pelbagai bentuk.

Masyarakat Melayu yang hampir 100% beragama Islam seperti manusia lain yang tidak terlepas dari penyesatan. Yang ingin saya fokuskan di sini ialah tentang penyesatan dalam bentuk mempersekutukan Tuhan dengan makhluk jin. Dalam Islam, ini dipanggil syirik.

Sedar atau tidak sedar, ramai di kalangan orang Melayu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti berunsur syirik. Yang melibatkan diri secara langsung, akhirnya makan diri sendiri dan menyusahkan anak cucu di kemudian hari.

Kebanyakan orang Melayu sudah biasa mendengar tentang saka. Apa itu saka? Kerana terlalu mengikutkan nafsu untuk jadi kaya, untuk jadi tampan dan cantik secara tidak semulajadi, untuk jadi gagah perkasa sekelip mata, telah berhubung secara langsung dengan jin untuk memenuhi impian mereka. Susuk untuk jadi menarik dan manis hanyalah keindahan wajah palsu yang menipu pandangan mata kasar manusia.

Bagi yang ingin kaya cepat, nombor ekor dan rompakan secara halus antara yang menjadi pertaruhan. Yang hendak memenangi wang besar nombor ekor, dikatakan perlu mengunjungi kubur atau makam sekian-sekian pada waktu malam sambil membaca mentera. Kemudian akan datanglah 'atuk' atau 'nenek' yang akan memberikan nombor bertuah 4 digit, 5 digit kepada cucu-cucu untuk menjadi kaya-raya. Yang hendak menjadi perompak professional pula, jin yang biasanya dipanggil toyol digunakan untuk menjadi perompak upahan yang memang sama sekali tidak dapat dikesan oleh pihak polis.

Lain pula cerita tentang orang yang hendak jadi kuat dengan cara yang mudah dan ekpres. Ada tok guru silat yang memberitahu anak muridnya yang langsung tidak pernah bersilat tetapi setelah diajar mentera tertentu, si anak murid terus membuka langkah seperti seorang pendekar. Ada juga tok guru yang memberitahu kononnya roh Hang Tuah, Hang Jebat boleh dipanggil untuk meresap ke dalam badan dan membolehkan kita bersilat seperti pahlawan Melayu.

Secara logiknya, orang yang sudah mati tidak boleh dipanggil meresap ke dalam tubuh orang yang bernyawa. Yang dipanggil itu sebenarnya bukan Hang Tuah atau Hang Jebat, tetapi jin yang berjaya memperbodohkan manusia.

Untuk menjadi cantik, kaya, atau kuat seperti semua di atas melibatkan perjanjian manusia dan jin. Jin akan memenuhi hajat si pemanggil dan sebagai timbal balas, orang itu perlu melakukan perkara-perkara tertentu yang biasanya bertentangan dengan hukum syarak. Apabila orang ini mati, jin yang sudah biasa berdamping dengannya akan berusaha untuk mencari salah seorang waris si mati (anak-anak, cucu, abang, adik dan lain-lain) untuk meneruskan apa yang dilakukan oleh si mati dahulu. Jin yang mengejar waris si mati inilah yang dinamakan saka.

Rabu, 16 Julai 2008

Debat Anwar vs Shabery


Malam tadi saya pasti ramai rakyat Malaysia yang menonton siaran debat 'Hari ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak', Anwar vs Shabery. Debat yang dijalankan sama seperti format debat calon Presiden Amerika. Kalau di Amerika setiap kali pilihanraya presiden, debat antara calon presiden dari Democrats vs calon Republican akan dipertontonkan secara langsung ke seluruh Amerika. Debat mungkin lebih daripada sekali sebelum pilihanraya bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak.

Di Malaysia, ini pertama kali debat sebegini disiarkan. Ini ekoron rakyat merasakan perlu untuk tahu lebih lanjut kewajaran kenaikan harga minyak. Di pihak Pakatan Rakyat pula, Anwar nampaknya menjuarai isu ini. Akhirnya, debat Menteri Penerangan vs Ketua Umum PKR pun dijalankan. Di dalam dewan debat berlangsung, dapat dilihat Ahli Parlimen PKR turun padang untuk memberi sokongan kepada ketua mereka.

'Opening statement' Anwar vs Shabery melihatkan Shabery agak kurang 'points' dan lebih menumpukan untuk menyerang peribadi lawan. Opening statement Anwar lebih meyakinkan. Bagaimana minyak boleh diturunkan secara umum dinyatakan. Wakil Shabery, Nordin Kardi yang bertanyakan soalan lebih menjengkelkan. Tidak habis-habis dengan 'premis'nya dan nampak seperti seseorang yang ingin mematikan pihak lawan dalam pertandingan debat sekolah menengah.

Walaupun kedua-kedua kuat dengan hujah masing-masing, saya nampak hujah Anwar lebih kuat dan meyakinkan. Bukan kerana cara Anwar berhujah atau ekspresi mukanya, tapi lebih kepada 'points' yang lebih kuat yang dibawa. Anwar dengan jelas menyatakan RM 5 billion tambahan diperlukan untuk menurunkan harga minyak sebanyak 50sen daripada harga sekarang. Kenaikan harga yang mendadak, tidak boleh diturunkan harga dengan mendadak.

Pengurangan subsidi boleh dilakukan dengan mengurangkan/menjimatkan penggunaan bahan bakar untuk menjana elektrik. Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikatakan mempunyai “excess capacity” yang melebihi 1000 MW. Penjimatan kos ini juga boleh membuatkan tarif elektrik diturunkan. Ini bersangkut paut dengan perjanjian asal TNB & IPP yang dikatakan perlu di'review' kembali kerana selama ini perjanjian ini nampak sangat menguntungkan sebelah pihak.

Tentang hujah korupsi, saya tidak beberapa setuju. Adakah apabila Anwar berkuasa, kehilangan RM330 bilion (USD90 bilion) yang lesap kerana amalan rasuah boleh dihapuskan terus atau dikurangkan secara mendadak? Begitu juga dengan ketirisan subsidi diesel RM 70 juta. Kerana kenaikan global harga minyak yang agak luar biasa tahun ini, keuntungan Petronas pun naik lebih (untung bersih RM 61 billion) dibandingkan tahun lepas. Mungkin kerana ingin berkongsi mengurangkan beban rakyat, Petronas telah mengumumkan dividen tambahan RM 6 billion kepada kerajaan. Sekarang terpulang kepada kerajaan. Mungkin 1,2 atau 3 billion ringgit boleh digunakan untuk menstabilkan harga minyak sekarang.

Shabery yang banyak kali cuba membangkitkan nostalgia kenangan aktivit Anwar nampak lari dari topik asal perdebatan. Mungkin sekali-sekala dan tidak terlalu panjang boleh diterima. Tetapi serangan peribadi yang berulang-ulang menampakkan kelemahan sendiri yang tidak banyak 'points' bernas untuk diutarakan.

*Nota Tambahan

Semalam berdebat, hari ini 16 Julai Anwar telah pun ditahan polis dan dibawa ke IPK, Kuala Lumpur.
Anwar telah dibebaskan pagi ini 17 Julai atas jaminan polis.

Rabu, 9 Julai 2008

Huru-hara Urusan Agama di Selangor


Sabtu yang lepas - 5 Julai saya telah menghadiri satu majlis akad nikah yang berlangsung di salah sebuah masjid di Klang. Jurunikah merupakan Imam Besar masjid berkenaan manakala dua orang saksi daripada jawatankuasa masjid.

Sebelum nikah bermula, salah seorang hadirin yang datang bertanya kepada jurunikah samada berlaku apa-apa perubahan kepada jawatankuasa masjid. Jurunikah agak hairan kenapa hadirin tersebut berminat hendak tahu. Orang yang bertanya kemudian memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai di Lembaga Zakat Selangor.

Katanya, sejak perubahan kerajaan di Selangor urusan pentadbiran agama agak kucar-kacir sedikit. Kerajaan yang baru ingin melantik jawatankuasa masjid yang baru. Sultan tidak memperkenankan perubahan jawatankuasa masjid yang ada. Baginda mahu jawatankuasa masjid sekarang meneruskan tugas mereka sehingga habis tempoh berkhidmat mereka tahun depan. Apa yang saya perhatikan sekarang ini, sudah ada masjid dan surau yang menjadikan ADUN atau Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat sebagai penceramah di beberapa kawasan di Selangor.

Berkenaan zakat pula, pengagihan zakat terganggu kerana kerajaan Selangor ingin menilai kembali penerima zakat. Mungkin kerajaan yang baru merasakan ada penerima zakat yang tidak layak. Ini telah menyebabkan penangguhan bantuan zakat kepada penerima.

* Nota tambahan

Menteri Besar Selangor telah pun diarahkan oleh Sultan supaya memastikan rumah-rumah ibadat tidak disalaghunakan untuk tujuan politik.

Sementara itu, Pakatan Rakyat dikatakan telah bercadang untuk membangkitkan usul tidak percaya kepada Pak Lah pada hari Isnin ini, 14 Julai di Parlimen. Anwar dijangka turut hadir untuk menyaksikan usul dibentangkan. Dikatakan akan ada beberapa Ahli Parlimen BN yang akan menyokong usul berkenaan.

Polis telah membuat sekatan jalan raya sekitar Kuala Lumpur dan Selangor semenjak Sabtu, 12 Julai. Polis telah mendapat perintah mahkamah untuk tidak membenarkan Anwar dan penyokongnya mendekati dalam jarak 5 km dari Parlimen. Ini untuk menghalang Anwar menghadiri Parlimen menyaksikan usul tidak percaya Pakatan Rakyat kepada pentadbiran Pak Lah dibentangkan pada pagi ini, 14 Julai.

Usul tidak percaya telah ditolak Speaker Dewan Rakyat. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan kerana tidak berpuashati.

Isnin, 30 Jun 2008

Tuduhan Liwat ke atas Anwar Ibrahim


Negara digemparkan sekali lagi dengan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim. Tuduhan dilakukan oleh bekas pembantu kanan beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Balai Polis Trevers. Anwar melalui kenyataan yang dibacakan pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut. Beliau menambah bahawa ini adalah satu lagi plot terancang oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) yang korup.

Tuduhan liwat tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Murshidul Am PAS, Nik Aziz tidak menolak kemungkinan ini adalah konspirasi politik yang dilakukan oleh orang-orang yang 'tidak beriman'. Allah Taala akan kenakan bala ke atas orang yang menuduh, ujar beliau.

Perdana Menteri, Pak Lah sudah awal-awal menafikan sebarang pembabitannya. Beliau sudah memberitahu kepada semua tidak terfikir beliau sama sekali untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim dengan sedemikian rupa. Apapun, penyiasatan polis tetap diteruskan.

Sementara itu, PKR telah bercadang untuk mengadakan perhimpunan menyokong Anwar Ibrahim, 'Selamatkan Malaysia, Keadilan untuk Anwar' di Parlimen tengah hari ini sewaktu sesi berehat Parlimen. Semua aktivis dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dijemput berkumpul di Parlimen pada jam 12.45 tengah hari.

Pemimpin PKR telah dimaklumkan tentang maklumat daripada beberapa sumber termasuk dari Unit Perisikan sebuah negara jiran tentang cubaan untuk membunuh Anwar Ibrahim di mana beberapa orang pembunuh upahan telah dibawa masuk baru-baru ini.

Malam tadi Anwar Ibrahim telah mengadakan perbincangan tertutup dengan pemimpin PKR di Quality Inn. Pagi ini beliau telah kembali ke kedutaan Turki. Sebelum itu, beliau ada mengatakan bahawa beliau menerima pelawaan beberapa kedutaan negara-negara Arab untuk memberi perlindungan kepadanya. Beliau memilih Turki kerana hubungan yang rapat di samping pernah berkhidmat sebagai penasihat ekonomi kepada negara tersebut.

Anwar Ibrahim meminta kerajaan memberi jaminan keselamatan kepadanya. Semenjak pilihanraya 8 Mac, beliau mendapat bukti-bukti yang boleh dipercayai daripada orang-orang dalam kerajaan dan tentera bahawa agen pemimpin BN telah merancang untuk melakukan sesuatu kepada beliau, keluarganya dan penyokong-penyokongnya. Tuduhan terbaru ini tidak lebih daripada usaha untuk menyekat kemaraan beliau dalam usaha membawa kebebasan dan keadilan untuk Malaysia.

Saiful Bukhari dilaporkan membuat kenyataan seperti berikut, “Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR.”
*Saiful - Gambar kanan di atas, berbaju biru. Di sebelahnya, Khairil Anas Yusof - pegawai khas Timbalan Perdana Menteri, Najib.

Isnin, 23 Jun 2008

Protes Kenaikan Harga Minyak: Berbasikal ke Parlimen


4 orang Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat telah berkonvoi hari ini dengan menaiki basikal dari Bank Negara jam 9.30 pagi ke Parlimen. Mereka tiba di sana lebih kurang 10 minit kemudian.

Mereka yang terlibat ialah: YB Tian Chua (Batu), YB Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan) ,YB Gobalakrisnan (Padang Serai) & YB Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru).

Semalam, dalam blognya YB Zulkifli Nordin sudah memberitahu yang beliau bersama 3 orang Ahli Parlimen, Pakatan Rakyat akan berbasikal ke Parlimen sebagai tanda berkongsi kepayahan bersama rakyat.

Kalau betul hendak berkongsi kepayahan bersama rakyat, diharap semua Ahli Parlimen di atas akan terus berbasikal setiap kali menghadiri sidang Parlimen sehingga pilihanraya seterusnya. Kepayahan rakyat memang patut dirasa bersama oleh pemimpin. Bak kata YB Zulkifli Nordin setelah selesai berbasikal ke Parlimen, "Boleh tahan jugak nak mengayuh ke Parlimen. Berpeluh ketiak." Harapan saya semoga semua ahli Parlimen di atas akan terus berbasikal ke Parlimen. Kita tunggu dan lihat.

Ahad, 15 Jun 2008

Gold Dinar & Silver Dirham: Pandangan Saya



Dalam artikel sebelumnya, saya hanya menceritkan apa yang saya dengar dari ceramah ‘Dinar & Dirham: Uniting the Ummah’ oleh Umar Ibrahim Vadillo. Saya tidak menyatakan pendapat saya. Artikel kali ini, saya akan membentangkan secara terbuka pandangan saya tentang Dinar Emas & Dirham Perak. Sebelum itu, saya ingin membetulkan pendapat seorang blogger yang menggambarkan seolah-olah saya memberitahu semua orang bahawa hutang itu tidak Islamik. Saya tidak pun membuat penyataan sebegini rupa. Hutang semestinya dibolehkan. Peminjam adalah seorang yang mengharapkan sesuatu di luar kemampuannya dan Islam menggalakkan orang yang mempunyai lebihan untuk memberikan pertolongan pinjaman kepada yang berhajat.

Dinar Emas & Dirham Perak – apa bezanya dan apa yang boleh kita harapkan berbanding duit kertas (fiat money)? Untuk menjawab soalan ini, saya perlu membawa pembaca untuk kembali kepada sejarah. Dinar itu hanyalah pada nama. Yang penting sebenarnya adalah penggunaan satu benda yang mempunyai nilai sendiri secara semulajadi untuk dijadikan matawang. Perkara penting & asas yang ada pada emas & perak ialah dari sejak penemuannya, manusia secara semulajadi suka kepada emas & perak dan terus menganggapnya sebagai benda bernilai walau keadaan apa sekalipun (kemerosotan ekonomi, peperangan, wabak penyakit, bencana alam).

Kerana apa? Emas dan perak mempunyai nilai intrinsik secara semulajadi. Duit kertas tidak mempunyai nilai intrinsik. Nilainya ada kerana datang ‘secara paksa’ oleh kerajaan untuk digunakan oranng ramai sebagai matawang yang sah. Apabila datang satu fenomena luar biasa – peperangan, kemelesetan ekonomi global, rampasan / peralihan kuasa sebagai contoh, nilainya boleh turun secara mendadak dan sampai satu tahap, duit kertas boleh menjadi satu benda yang langsung tiada nilai. Sejarah sudah banyak menceritakan semua ini. Manusia yang tidak belajar dari sejarah akan terus melakukan kesilapan yang sama. Sejarah terus berulang.

Iraq sebagai contoh, ketika Saddam Hussein masih berkuasa duit kertas Iraq yang mempunyai gambar Saddam berfungsi seperti biasa sebagai matawang. Apabila rejim Saddam tumbang, matawang Iraq secara tiba-tiba menjadi langsung tidak bernilai. Orang ramai berebut-rebut untuk menukarkan duit kertas mereka kepada matawang lain. Huru-hara jadinya. Negara kita sendiri pun pernah terjadi. Ketika Jepun berkuasa, kita menggunakan duit Jepun. Apabila Jepun dikalahkan British, semua duit sebelumnya sudah menjadi ‘daun pisang’, langsung tidak bernilai. Itu contoh yang kita boleh lihat akibat peperangan dan peralihan kuasa.

Bagaimana dengan kemelesetan ekonomi? Jerman pada awal abad ke 20 telah mengalami kemelesetan ekonomi. Matawang mereka jatuh teruk. Ramai orang kebuluran dan pengangguran berleluasa. Perkara yang dianggap mengarut boleh terjadi kepada duit kertas telah terjadi. Nilai duit kertas susut ke satu tahap yang sangat tidak munasabah. Untuk membeli sebuku roti, rakyat Jerman terpaksa membayar sehingga 10,000 deutch mark. Ini mungkin gaji untuk berbulan-bulan yang hanya dapat dibelanjakan membeli makanan yang tidak sampai seminggu untuk dihabiskan. Contoh lain ada banyak lagi tetapi saya tidak mahu memanjangkan artikel semata-mata untuk memberikan contoh apa yang terjadi.

Dalam sejarah manusia yang pernah menggunakan emas, perak, atau benda lain yang berharga sebagai matawang tidak pernah terjadi perkara yang begitu teruk atau mengarut seperti apa yang terjadi kepada sistem matawang kertas. Sebabnya adalah mudah. Emas dan perak nilainya ada secara semulajadi dan tetap bernilai sepanjang masa walau apa keadaan sekalipun. Sejak dari permulaan manusia menemui emas perak dan saya boleh jamin sampai ke hari kiamat, emas dan perak tetap bernilai di hati manusia. Duit kertas pula, ia tidak mempunyai nilai secara sendiri dan nilainya boleh susut secara drastik apabila terjadi keadaaan-keadaan yang luar biasa.

Sejarah telah membuktikan, penggunaan emas & perak sebagai matawang telah menyebabkan inflasi / kenaikan harga sebagai hampir tiada. Katakan harga seeokor kambing adalah 1 Dinar Emas, 100 tahun kemudiannya harganya tetap 1 Dinar Emas. Ini bukan cerita rekaan saya. Ini adalah sejarah yang pernah terjadi. Dibandingkan dengan sistem matawang, jangankan 100 tahun, 5 tahun sahaja kita boleh tengok kenaikan harga banyak benda. Kenapa? Mesti ada sebab disebaliknya.

Baru-baru ini kita semua melenting apabila kerajaan menaikkan harga minyak. Di peringkat global, harga minyak naik. Tetapi yang pelik, kenapa harga minyak dunia naik walhal tidak adapun kekurangan bekalan minyak? Tidak adapun berlaku loji minyak terbakar secara besar-besaran. Tidak pula berlaku pengeluaran minyak dunia susut secara mendadak. Kenapa minyak tetap naik? Puncanya adalah kerana susutnya nilai US Dollar. Ini sudah beberapa kali terjadi. US dollar naik, harga minyak turun, US dollar turun, harga minyak naik. Apa kaitannya?

Urus niaga minyak dunia dijalankan menggunakan matawang US dollar. US dollar pula susut nilainya yang berpunca dari kelembapan ekonomi Amerika. Secara asasnya, untuk satu tong minyak yang sama memerlukan lebih banyak US dollar berbanding sebelumnya. Jika satu dunia menggunakan emas / perak sebagai matawang dan pembelian minyak dilakukan menggunakan emas / perak, perkara sebegini tidak terjadi. Mungkin harga minyak dunia boleh naik kerana faktor demand & supply. Demand lebih dan supply kurang dan pengeluar minyak boleh mengambil kesempatan untuk menaikkan harga minyak. Tetapi sekurang-kurangnya kita tidak merasai kenaikan harga minyak yang berpunca kerana urusniaga yang dijalankan menggunakan matawang kertas US Dollar!!

Seperti yang saya katakan pada permulaan artikel, yang penting bukanlah dinar & dirham kerana dinar dan dirham itu hanyalah nama semata-mata. Yang saya ingin tekankan di sini ialah penggunaan semula emas dan perak sebagai matawang. Tetapi untuk kearah penyatuan umat Islam, tidak salah untuk kita menggunakan emas yang dipanggil dinar dan perak yang dipanggil dirham sebagai satu matawang. Semuanya berkongsi satu nama yang sama. Usaha kearah mengembalikan semula emas dan perak secara serius telah bermula sejak dua dekad lalu.

Di peringkat antarabangsa, sudah ada negara Islam yang mengeluarkan dinar emas dan perak. Mungkin belum sepenuhnya menggantikan wang sedia ada, tetapi sekurang-kurangnya sudah ada yang menjalankan urusan zakat, perkahwinan, simpanan menggunakan dinar emas dan dirham perak. Di Malaysia pun sudah ada. Kelantan adalah negeri yang tampak lebih serius dengan mengeluarkan dinar emas Kelantan dan pada masa yang sama menggalakkan rakyatnya untuk menggunakannya dalam mas kahwin, zakat dan simpanan peribadi.

Sabtu, 7 Jun 2008

Dinar & Dirham Uniting the Ummah


Tajuk ceramah dan faktor penceramah telah menarik perhatian saya untuk berkunjung ke Masjid UmarAl-Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumur pada 1 Jun 2008. Penceramah merupakan seorang yang sudah kerap namanya saya dengar sebagai seorang tokoh yang memperjuangkan penggunaan semula dinar emas di peringkat antarabangsa. Orang yang saya maksudkan adalah Umar Ibrahim Vadillo.

Ceramah bermula lebih kurang jam 5 petang. Saya ke sana bersama sahabat, Nizam. Sepanjang hampir 2 jam, saya cuba untuk mendengar dengan teliti apa yang disampaikan. Umar Vadillo telah menceritakan bagaimana perjuangannya untuk mengembalikan semula penggunaan dinar emas bermula sejak 20 tahun yang lepas. Beliau tekad untuk berusaha setapak demi setapak agar penggunaan dinar secara meluas suatu hari nanti akan menjadi realiti.

Beliau menceritakan tentang sistem ekonomi sekarang yang berasaskan riba. Beliau tetap mempertahankan bahawa sistem perbankan Islam adalah haram kerana ia tetap mengamalkan riba. Apa yang berlaku sekarang adalah kita cuba untuk 'mengislamkan' sistem perbankan. Adakah wajar jika wujudnya pusat pelacuran, kita akan mengislamkan pusat pelacuran. Mungkin pelacur dibenarkan melacur tetapi cara pelacuran itu kita Islamkan. Apapun, dalam Al-Quran telah secara jelas menyatakan riba itu haram.

Apa yang perlu dilakukan bukanlah untuk mengislamkan sistem perbankan. Kita perlu mewujudkan sistem ekonomi Islam yang bersih daripada riba sepertimana yang diamalkan oleh nabi, para sahabat, dan yang ada pada zaman khalifah. Sistem riba yang ada sekarang menjadikan kita semua hamba pada zaman modern. Beliau turut mennyatakan bahawa adalah satu perkara yang mengarut untuk seseorang itu memiliki rumah, dia perlu berhutang sehingga 15-20 tahun. Ini satu jangkamasa yang terlalu lama.

Penggunaan dinar emas yang diperjuangkan Umar Vadillo bukan sekadar emas sebagai matawang semata-mata. Perjuangannya adalah untuk menghapuskan sistem riba dan menyatupadukan umat Islam agar dapat mewujudkan sistem ekonomi sendiri yang bersih daripada riba. Krisi kewangan Asia 1997 telah memberitahu kita tentang keburukan matawang kertas yang terdedah kepada spekulasi dan manipulasi penyangak matawang. Matawang negara boleh dipermainkan untuk dinaikkan atau diturunkan nilainya secara mendadak untuk keuntungan segelintir pihak. Ia berbeza daripada dinar emas & dirham perak yang nilainya adalah stabil dan praktikal dan tidak memerlukan sistem pertukaran matawang yang terdedah kepada serangan penyangak matwang.

Sistem matawang kertas itu sendiri banyak lagi kelemahannya. Ini termasuk apabila kita perlu menukarkan kepada duit matawang negara lain apabila berbelanja. Kelemahan lain ialah nilainya adalah tidak stabil, bergantung kepada sistem pasaran matawang asing yang kerap berubah. Kebetulan pensyarah lama saya, En. Abd Halim Abd Hamid turut berada di sana. Ketika hendak mengakhiri ceramahnya, Umar Vadillo meminta beliau untuk berdiri dan berkata, "saya sangat berbesar hati kerana di Malaysia ada orang yang turut memperjuangkan dinar emas (merujuk kepada En. Abd Halim) dan orang ini dapat menarik ramai orang untuk datang ke program dinar yang dianjurkan setiap tahun di Melaka."

Khamis, 5 Jun 2008

Harga minyak naik lagi....


Berkuatkuasa hari ini, harga minyak akan naik 40% kepada RM 2.70 seliter. Harga diesel pula naik 63% kepada RM 2.58 seliter. Kenaikan kedua-dua bahan apa ini adalah kenaikan yang cukup keterlaluan ditambah pula dilakukan secara mendadak. Kenaikan harga minyak memang sudah dijangka lama tetapi yang tidak dijangka adalah pengumuman kerajaan untuk menaikkan harga minyak pada kadar yang cukup tinggi.

Harga minyak global sudah mengalami kenaikan sejak beberapa bulan yang lepas. Awal tahun 2008, harga minyak dunia telah mencecah USD100/barrel. Kemudian harga minyak terus naik sehingga paling tinggi dicatatkan pada 22 May apabila mencecah USD 135.14/barrel. Walaupun harga minyak mengalami naik turun sepanjang tahun ini (lebih banyak naik daripada turun), harga minyak masih berada di tahap yang cukup tinggi. Harganya masih melebihi USD100/barrel.

Minyak adalah satu perkara yang sangat sensitif. Kesannya cukup besar dalam ekonomi. Apa yang dikesalkan kerajaan menaikkan harga minyak pada kadar yang keterlaluan dalam satu masa. Sebaik sahaja orang ramai mengetahu tentang kenaikan harga minyak, orang berpusu-pusu ke stesen minyak untuk mendapatkan minyak sebelum naik keesokannya.

Yang kita lihat kesesakan yang berlaku kerana orang ramai berebut-rebut membeli minyak adalah yang paling teruk pernah berlaku. Saya rasa jika kenaikan minyak dalam lingkungan 10%, kesesakan tidak sebegini teruk kerana akan ramai yang beralah. Tetapi kerana kenaikan yang cukup tinggi - 40%, majoriti besar tidak mahu mengalah untuk membeli minyak walaupun beratur panjang.

Perkara lebih besar yang kita bimbangkan ialah 'domino effect' kenaikan harga minyak. Sebelum ini pun kita sudah mendengar Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) meminta tambang bas (bas ekspres, bas mini dan bas henti-henti) dinaikkan sehingga 100% dengan alasan khuatir syarikat bas akan menghentikan perkhidmatan satu demi satu kerana sudah tidak mampu lagi untuk menanggung kos operasi yang kian meningkat. Harga beras sudah pun naik. Dengan kadar baru yang ditetapkan kerajaan, sudah ada peruncit yang merungut kerana dikatakan untung sangat tipis dan 'cukup makan'.

Selepas kenaikan minyak, saya pasti kita akan mendengar bertubi-tubi sana-sini harga barang yang akan naik. Peniaga seperti biasa akan memberikan alasan terjejas kerana kesan kenaikan harga minyak yang antaranya mereka terkena tempias daripada kesan kenaikan kos pengangkutan. Orang ramai akan merasai kesengsaraan harga barang dapur yang akan meningkat, tambang bas anak-anak sekolah yang juga berpotensi untuk naik, makanan dan minuman yang dijual di restoren, gerai, kedai makan juga tidak terlepas untuk kita sama-sama merasai pesta kenaikan harga barang. Mungkin sebagai salah satu program pelancongan Malaysia, kita boleh masukkan sekali program 'Karnival Harga Barang Naik Malaysia' yang diadakan setiap 3 bulan sekali.

Ramai di antara kita yang merungut tentang kekerapan harga minyak yang naik lebih daripada 2 kali setahun. Tiada siapa yang benar-benar mengira beberapa banyak peratusan kenaikan yang ditanggung semua. Harga minyak naik, harga barang naik. Namun yang menyedihkan kita, kadar kenaikan harga minyak dan barang adalah lebih tinggi daripada kenaikan gaji tahunan kita secara purata. Itu pun bukan semua antara kita yang mendapat kenaikan gaji.

Jadi apa yang berlaku ialah, secara tidak sedar setiap tahun kita semua menjadi lebih miskin. Persoalannya, jika kenaikan harga barang dan minyak yang kita tanggung saban tahun melebihi 50%, adakah wajar untuk kita meminta majikan kita - "Boss, harga barang & minyak naik banyak setiap tahun. Minyak baru-baru nie pun dah naik 40%. Tarif elektrik pun dah naik. Harga barang bakal menyusul. Gaji kita boleh tak dinaikkan paling kurang 25% setahun ??".